Khamis, 27 Ogos 2015

Tips ajar anak muhasabah

Islam menuntut kita muhasabah diri kita setiap malam sebelum tidur. Supaya kita boleh jadikan esok lebih baik daripada hari ini. Untuk pupuk budaya ni, eloklah kalau kita latih anak kita daripada dia kecil, supaya terus jadi amalan.

Aku amalkan satu kaedah yg menarik. Kaedah ini secara tak langsung bagi 'upah' kepada kebaikkan dia, 'denda' kepada keburukkan dia, dan muhasabah setiap malam sebelum tidur.

Setiap malam sebelum tidur, aku akan tanya anak aku apa kebaikkan yg dia buat sepanjang hari. Untuk setiap kebaikkan, aku bagi upah 1 bintang. Tapi biasanya aku akan tarik balik bintang tu untuk setiap keburukan dia.

Macam malam tadi, ni perbualan aku dgn dia:

Abi: ok, hari ni affa buat baik apa?
Affa: Bangun pagi affa sembahyang dengan abi.
Abi: ok, dapat 1 bintang. Lagi?
Affa: Affa mandi terus, lepas tu makan, tak nangis pun.
Abi: itu biasa je. Takde bintang. Lagi?
Affa: kat sekolah teacher bagi bendera kat semua orang tapi affa x dapat sebab tak cukup. Tapi affa tak nangis pun, tak rebut-rebut.
Abi: ok good job. Dapat 2 bintang. Lagi?
Affa: abi ambil affa blk skolah, affa good girl.
Abi: tak good girl sebab affa minta2 abi beli kat kedai runcit. Tolak 1 bintang.
Affa: Alaaaa....

Macam tu la lebih kurang. Tapi biasanya aku genapkan 5 bintang 1 hari. Kalau hari dia nakal sgt, dia dpt kurang drp 5 bintang. Mmg dia terasa. Harapnya dgn konsep bintang ni nanti senang aku nak kaitkan dgn konsep dosa - pahala nanti. Lagipun, aku xnk terapkan konsep upah dgn duit.

Mungkin korang juga boleh cuba kat rumah ;)