Isnin, 3 November 2014

Nilai Sebuah Penghargaan



Assalamualaikum,
 My first blog entry since balik daripada Lebanon. Sila baca kisah ini diluar kotak.
Dalam industri muzik, ada 2 kelas bidang. Muzikal dan non-muzikal. Bidang muzikal seperti menulis lagu, main alat muzik, dan tentu sekali menyanyi. Bidang non-muzikal pula adalah seperti penulisan lirik. Bidang yang paling kurang glamour.
Pada dasarnya, penulis lirik diterima oleh pemuzik dan masyarakat umum. Tetapi penerimaan tidak sebesar mereka yang dalam kelas muzikal. Yang lebih glamour, disanjung dan dipuja. Ada juga yang menyoal perkaitan penulis lirik dengan muzik. Ini kemudian memberi kesan kepada penulis lirik membuatkan dia kemudian berhijrah ke bidang yang lebih muzik, yang lebih glamour. Kemudian dia semakin dikenali, semakin dipuja, dan semakin lupa kepada penulisan lirik dan akhirnya kemahirannya hilang.
Ya. Lirik bukanlah muzik. Tapi pada liriklah terletaknya cerita, pesanan dan nasihat. Yang mana merupakan hati kepada sebuah lagu. Liriklah yang disiulkan oleh peminat-peminat. Tidak sempurna sebuah muzik itu jika tidak disulam dengan lirik yang baik. Daripada penulis lirik yang satu kini dia menjadi antara penulis lagu yang beribu.
Dalam apa jua yang kita lakukan, segala penghargaan, pengiktirafan, penerimaan dan balasan yang paling baik adalah daripada Allah.