BBC dan CNN
Dua rangkaian berita paling top kat dunia. Popularitinya membuatkan semua orang tengok dan percaya apa yang dia cakap. Walaupun hakikatnya belum tentu benar. Then again, kalau tiada angn, masakan pokok bergoyang. Betul tak?
Merujuk kepada entri aku terdahulu bertajuk yang sama, aku ada ceritakan pandangan positif warga tempatan / orang arab terhadap Malaysia. Aku juga kata tanggungjawab kita untuk kekalkan pandangan positif ni. 13 Mac 2014, akhbar arab ada menulis pernyataan berkenaan isu MH370 bertajuk: Sihir Jalan Terakhir Malaysia Menyelesaikan Nahas Pesawat. Sejak keluarnya berita itu, beberapa pekerja tempatan di sini mula bertanya tentang penerimaan bomoh di Malaysia. Yela, sebab bomoh yang di KLIA tu dinyatakan dlm akhbar 'diupah oleh kerajaan'. Yang aku boleh cerita, aku jelaskan la. Bayangkan orang2 arab lain yang tak kenal siapa Malaysia sebenarnya. Bagaimana persepsi kereka terhadap kita lepas baca berita tu?
Berbalik kepada kisah intro aku pasal BBc dan CNN. Kat sini, kami memang tengok BBC news je. Mana la dapat buletin utama.
Semasa awal nahas MH370 selama sebulan berita ini menjadinliputan utama BBC news. Wartawan BBC di Malaysia, Jennifer Pak membuat liputan untuk semua PC dan perkembangan terkini. Dalam salah satu penyataannya, Jennifer Pak berkata,
"Kerajaan Malaysia lemah dalam menghadapi tekanan media antarabangsa. Lambat dalam membuat pernyataan dan pernyataan terlalu umum. Ini adalah kerana media perdana Malaysia dikuasai oleh kerajaan, dan kerajaan boleh menyekat / mengubah penyataan sekiranya berlaku kesilapan menyebabkan tidak biasa dengan tekanan media.."
Shocking.. but partly its true. And the fact that everybody in the world knows it is an embarresment.
Dalam liputan lain, Jennifer Pak berkata, "Dalam tempoh 4-5 tahun saya berkhidmat di Malaysia, ini kali pertama saya dapat lihat demokrasi dalam PC apabila bukan sahaja menteri tetapi ketua pengarah DCA, Panglima Angkatan Tentera, CEO MAS dan beberapa tokoh berkaitan turut melaksanakan PC yang sebelum ini hanya dibuat oleh menteri.."
Tengah hari tadi, BBC ada buat liputan pasal Malaysia lagi. Kali ini berkenaan lawatan Obama. Ulasan BBC adalah,
"Malaysia berada dalam landasan ekonomi yang betul suatu ketika dahulu sehingga dihimpit krisis ekonomi. Dalam usaha untuk bangkit semula, kekangan utama yang menyekat usaha ini adalah tindakan kerajaan untuk memberi keutamaan kepada kaum bumiputera - yang mengarah kepada kronisma. Obama akan datang untuk membincangkan berkenaan TPPA yang boleh membantu ekonomi Malaysia semula.."
Benar. Kita tak boleh tutup mulut orang. Tapi zaman sekarang telinga yang mendengar takkan terima tanpa mata yang menyaksikan. Sebagai warga Malaysia, aku terima berita2 ni sebagai teguran yang perlu kita lihat semula, dan buat pembetulan. Kalau kita benar, tiada apa yang kita perlu takutkan. Anjing menyalak bukit takkan runtuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan