Selepas 1st day yang mana kami kalah 2 game, malam tu kami buat post mortem. Daripada post mortem ni, aku x sengaja came out dengan 1 method yang berguna dan maybe boleh pakai lagi next time.
Objektif postmortem adalah (1) nak kenal pasti kesilapan dan pembetulan yang perlu dibuat. Selain tu juga postmortem boleh juga untuk (2) meluahkan rasa tak puas hati kepada pasukuan. Ini untuk menyelesaikan konflik. Cara aku buat post mortem hari tu adalah seperti berikut:
1. Minta semua ahli bercakap secara bebas apa kesilapan / punca kekalahan. Kalau ada kurang senang dengan mana-mana ahli, sebut nama depan-depan. Cakap sampai habis, sampai puas.
2. Kalau ada nama yang disebut, ahli tu diminta bagi respon kepada tuduhan yang dibuat. Cakap sekali sahaja sampai puas.
3. Semua punca-punca yang dinyatakan tu dicatatkan. Tiada point yang tidak betul. Semua diterima (ni untuk menggalakkan semua contribute)
4. Lepas dah pasti tiada lagi punca-punca yang nak dibangkitkan, then kita go through balik dari punca 1, minta dorang cadangkan apa penyelesaian. Terima semua pandangan dan cuba rangkumkan jadi satu penyelesaian yang dipersetujui bersama. Kita akan lebih nak buat benda yang kita sendiri cadangkan.
5. Jika ada point yang menyentuh kuasa ketua, ingatkan ahli yang ketua tu adalah orang yang kita sendiri iktiraf. Kita boleh beri cadangan pada dia tapi hak dia untuk terima atau tidak sebab dia ada sudut pandangan dia yang kita tak nampak - pandangan semua orang berbeza. Jika kita menjadi ketua, kita juga mentadbir pasukan dengan cara yang betuk daripada pandangan kita.
6. Tamatkan sesi dengan mengingatkan persamaan kita - satu matlamat. Kemudian bersaman dan berpelukan untuk tamatkan konflik tadi.
Ni mungkin berhasil untuk aku sebab aku pegawai dan ahli-ahli lain ni level staf. Better kalau post mortem ni dikendalikan oleh orang yang ada berkecuali sebab macam aku tengok rami yang nak persoal ketua. Susah la ketua nak jadi moderator sebab dia nak kena respon.
Ni based on try and error, mungkin salah daripada prinsip psikologi i don't know. Tapi ia berhasil buat kami. We played better the next day, we had better bond, semua puas hati dengan permainan esoknya tapi kami tetap kalah ;D
FYI, gambar yang last tu gambar aku bayar gaji awal kepada players. Kat Malbatt ni pegawai gaji dah macam santa claus, kehadiran dia membawa kegembiraan. Hahahaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan