Pada 22 oktober 2013, SOTI pertama pasukan MALBATT VI telah bertolak ke Lebanon untuk menyahut seruan misi UNIFIL. Ramai yang sangka aku telah bertolak. Sebenarnya, aku ni dalam SOTI kedua, bertolak pada 29 oktober 2013. Alamak! Dah tak lama tu! Huhuu..
Maka, pada 26 oktober 2013, aku telah ke Malbatt Village untuk ke sekian kalinya bagi urusan load bagasi ke dalam kontena. Perkara ni memang dirancang oleh pihak pengurusan bagi melancarkan urusan pergerakan masa nak bertolak nanti.
Aku tiba di Malbatt Village jam 8 pagi. Kelihatan semua anggota sedang berbaris, mendengar amanat daripada Timb Komandan. Komandan dah bertolak ke Lebanon dalam SOTI pertama. Aku pun terus lapor dan join baris.
Selepas amanat diberi, semua anggota bersurai dan bersedia untuk memasukkan beg ke dalam kontena. Ketika ini, aku berpeluang untuk berkenalan dengan rakan-rakan misi. Sebagai satu-satunya pegawai awam dalam misi ini, aku tak rasa pun terasing. Alhamdulillah mengurangkan sedikit kegusaran aku nak kesana nanti.
Ketika itu juga aku dibekalkan dengan 1 set baju loreng Malaysia, n baju loreng UN. Wah, makin bersemangat aku nak kerja. Memandangkan pemberian tu pada saat akhir, aku terus kemaskan semua barang tersebut ke dalam beg yang juga dibekalkan (hehehe), terus simpan dalam kontena. Aku hanya bw balik 1 set loreng UN yang kena pakai masa bertolak nanti.
-entry ini ditulis dlm keadaan kelam kabut sambil kemas rumah sbb family mertua nk tido rumah. Hehehee..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan