Sabtu, 12 Oktober 2013

UNIFIL dan MALBATT

Sebagai persediaan, aku ada buat sedikit bacaan berkenaan misi pengaman ini. Aku juga dijadualkan untuk mengikut kursus di Malbatt Village, Port Dickson. Pasukan tentera yang turut serta perlu ikuti kursus di tempat yang sama selama lebih 2 bulan. Tujuan utama adalah penyatuan. Al-maklumlah, misi ini disertai oleh ketiga-tiga perkhidmatan. Ok, hasil daripada bacaan serta kursus yang aku sertai, ini ada beberapa maklumat misi yang boleh aku kongsikan dengan semua.

Apa itu UNIFIL?

UNIFIL atau United Nation Interim Force In Lebanon merupakan misi pengaman yang diwujudkannkhas oleh PBB untuk mengawal ketegangan diantara Lebanon dan Israel. Hubungan Lebanon-Israel sememangnya dingin susulan daripada penindasan Israel ke atas Palestin. Pada tahun 1978, Israel menyerang Selatan Lebanon dengan alasan Lebanon mempunyai hubungan dengan PLO (Palestine Liberal Organization) yang telah membuat serangan ke atas Israel. Susulan daripada serangan itu, Lebanon segera menghubungi PBB melaporkan isu ini. Maka, PBB segera melancarkan misi pengaman dipanggil UNIFIL.

Untuk makluman lanjut berkenaan UNIFIL, bolehlah rujuk ke laman web ini.

http://www.un.org/en/peacekeeping/missions/unifil/background.shtml

Apa itu Malbatt?

Malbatt adalah ringkasan kepada Malaysia Battalion, iaitu pasukan yang dihantar untuk menyertai misi UNIFIL. Malaysia telah menghantar pasukan keselamatan untuk menyertai misi ini sejak sekian lama. Aku dijadualkan menyertai pasukan Malbatt 6, menggantikan pasukan Malbatt 5 yang telah menamatkan misi mereka selama 9 bulan. Selain Malbatt, pasukan-pasukan lain yg turut menyertai misi UNIFIL termasuklah Itabatt (Italy).

Secara umum, pasukan Malbatt 6 mempunyai kekuatan anggota yang ramai, ratusan anggota. Kami akan dipimpin oleh seorang Kolonel dan dibahagikan kepada 4 elemen termasuk 1 elemen pengurusan.

Misi utama kami adalah untuk meneruskan apa yang telah diperjuangkan oleh pasukan-pasukan sebelum ini iaitu untuk memastikan tidak timbul sebarang kekacauan diantara Lebanon-Israel atau dari mana-mana pihak lain yang menggunakan sempadan ini.

6 ulasan:

  1. Salam, saya nk tnya kalo mcm nak join Malbatt ni hnya utk anggota tetap je ke ataupun sukarela pun boleh sertai sekali?

    BalasPadam
  2. Anggota sukarela hanya di atur gerak sebagai option akhir. Utk ke misi antarabangsa ni, anggota tetap pun berebut.

    BalasPadam
  3. Anggota sukarela hanya di atur gerak sebagai option akhir. Utk ke misi antarabangsa ni, anggota tetap pun berebut.

    BalasPadam
  4. Malbatt ni askar ke TUDM ke TLDM?

    BalasPadam
  5. Semoga sy juga berkesempatan pergi ke sana...#sediaberkorban

    BalasPadam
  6. Macam mna nak jadi Anggota Malbatt? Apakah kriteria pemilihan ?

    BalasPadam