Disaat aku menulis ini, aku telah berada di kem operasi melebihi 24 jam. Banyak yang telah berlaku. Insyaallah aku cuba kongsi sebanyak yang boleh untuk pengalaman kita bersama.
Aku tiba di Lapangan terbang antarabangsa Rafik Hariri, Beirut pada jam 9.50pm waktu tempatan. Cuaca ketika itu sekitar 22°c. Sejuk tu! Ketika nak mendarat, kita boleh lihat betapa pesatnya pembangunan di beirut. Bangunannya padat, moden dan indah berbanding KL yang masih terdapat banyak tanah lapang.
Selepas urusan imigresen yang minimal (petugas UN mendapat imuniti daripada imigresen dan kastam), kami diiring oleh petugas UN dari Tanzania ke luar lapangan terbang. Kami menaiki bas awam yang membawa kami ke kawasan lapang di belakang lapangan terbang.
Disitu kami diarah untuk memakai helmet besi dan body pax besi yang masing-masing seberat 1kg dan 5kg kemudian menaiki kira-kira 12 buah coaster UN yang dipandu oleh petugas UN dari Austria. Kami juga diminta untuk tidakntidur sepanjang perjalanan dan melihat persekitaran sekiranya ada sebarang ancaman. Pukul 11pm, kami mula bertolak ke kem utama Malbatt di Tibnin. Perjalanan mengambil masa 3.30 jam.
Satu jam pertama melalui kawasan bandar Beirut. Ramai yang terlena termasuk aku sekali. Yela, penat travel weh. Jet lag lagi dengan perubahan masa yang drastik. Masa di Lubnan lewat 6 jam berbanding Malaysia. Kemudian troop kami berhenti rehat seketika sebelum menyambung perjalanan memasuki kawasan perang. Ketika rehat, pemandu memasangkan bendera UN pada kenderaan.
Perjalanan seterusnya mengambil masa 2.30 jam. Kawasan yang dilalui sebenarnya masih lagi kawasan pekan yang berpenghuni tetapi bilangannya sudah merosot. Kelihatan banyak penempatan dan kenderaan yang ditinggalkan sepanjang jalan. Ketika ini aku susah nak tidur. Dah la perjalanan yang bumpy ditambah pula helmet aku yang tak boleh ikat tu asyik nak tercabut je. Sabo je la.
Tiba di kem jam 3.30 pagi, kami terus dikumpulkan di dewan utama dan diberikan taklimat ringkas tentang pentadbiran dan operasi yang insyaallah akan kita bincangkan dalam entry aku yang berikutnya. Selesai semua, kami di jemput untuk minum pagi. Sejuk sangat ketika itu. Kena sup panas dengan minuman panas memang melegakan. Tiba-tiba kedengaran azan subuh jam 4.20 pagi. Kami pun solat berjemaah di surau kem.
Selepas itu, aku dberikan bilik yang sememangnya disediakan untuk pegawai awam selama ini. Bilik sorang. Orang lain semua bilik kongsi. Syukur la, privacy sikit. Hehehe. Dobi di bawah bilik aku siap dryer lagi. Toilet selang 2 pintu dari bilik aku. Tapi takde pintu. Mandi tutup dengan langsir je. Tawakal je la. Selepas selesai semua, aku masuk tidur pukul 7 pagi. Kami diberi pelepasan untuk masuk pejabat lewat sikit. Hehehe..
Itu sikit sebanyak pengalaman yang aku tempuh untuk tiba ke kem. Insyaallah lepas ni aku akan cuba kongsi lebih kepada operasi, demografi beserta kupasan ilmiah sikit. Walau bagaimanapun masih tertakluk kepada kerahsiaan misi insyaallah.
Doakan kami selamat menjalankan misi dan sentiasa dibawah perlindungan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan