It's 2000h and i just arrived from my office. Late. But my colleague Capt. Zul is still there. And the other officers are in a meeting with the Commander. So actually, i'm the earliest to be in my room.
Wah,semangat aku cakap english, tersampuk aura meeting CDU (Commander Daily Update) la ni. Hehehe. Budaya kerja tentera memang tak sama dengan kita awam ni kerja. Dari pandangan aku, banyak yang kita boleh contohi. Tapi, aku tak nak cerita pasal budaya kerja dulu. Lagipun baru day 3, tak adil aku hurai dengan pemerharian 3 hari ni.
Kali ini aku nak cerita pasal misi ini dan bagaimana Malbatt beroperasi.
Sebagai Peacekeeper, fungsi utama Malbatt dan mana-mana batt lain yang datang ke misi adalah membuat rondaan keselamatan di sekitar kawasan sempadan Lebanon-Israel. Rondaan bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak sama ada dari Lebanon, Israel atau lain-lain yang cuba membuat serangan / mencetuskan perbalahan.
Dalam kawasan operasi Malaysia, terdapat kira-kira 75,000 orang penduduk termasuk pelarian dari Syria dan Palestin. Kepelbagaian ini menyumbang kepada banyak faktor yang boleh mencetus kepada perbalahan. Krisis politik, fahaman agama serta tindakan israel antara perkara yang akan aku ceritakan dalam entry akan datang.
Jadi, watak utama dalam Malbatt ini adalah anggota peronda atau kami panggil combat team. Rondaan dibuat setiap hari, mengikut kawasan yang telah ditetapkan dan laporan perlu dibentangkan kepada komander setiap hari. Rondaan dibuat secara on foot dan on wheel bergantung kepada kawasan.
Dikisahkan, terdapat salah satu platun combat team yang membuat rondaan di kawasan Brasit telah dikepung oleh Hizbullah. Hizbullah bertindak merampas barangan peribadi milik pasukan tersebut seperti wang dan telefon bimbit dan kemudian melepaskan mereka. Sebagai peacekeeper, kita tidak boleh memulakan serangan kecuali mempertahankan diri.
Lain-lain ancaman adalah penerimaan masyarakat setempat. Berbanding pasukan negara lain, Malbatt lebih disenangi dan diterima penduduk tempatan. Penerimaan ini dipercayai kerana Malbatt majoriti beragama Islam, sama seperti majoriti penduduk tempatan. Tetapi sebahagian yang tidak menerima kemasukan tentera UN kadang kala bertindak agresif dengan membaling batu atau membuat provokasi ke atas pasukan. Yang ini pun kita kena sabar dan tidak ambil apa-apa tindakan selagi belum diancam.
Untuk kes ini, Malbatt ada memperkenalkan CiMiC atau Civilian Military Connection (tak berapa yakin nama penuh dia). CiMiC adalah program / aktiviti yang diatur oleh komander untuk mendekati penduduk tempatan.
Buat masa kini, Malbatt ada menawarkan bantuan perubatan percuma kepada penduduk sekitar. Pasukan juga menjemput penduduk tempatan untuk masuk ke kawasan kem setiap hujung minggu untuk membuat jualan ala-ala pasar malam dipanggil 'murah-murah'. Lain-lain program dan aktiviti biasanya di rancang bersama mayor bandar berkenaan dan tertumpu kepada kawasan yang dirasakan memberi ancaman kepada Malbatt.
Banyak lagi aku nak kongsi tapi akan aku ceritakan dalam entry yang lain pula. Doakan keselamatan dan kejayaan misi kami :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan