Sebagai satu-satunya pegawai awam dalam misi ini, aku senestinya kena ikut sistem pengurusan tentera. Macam semua sistem lain, tentu sekali ada yang baik dan ada yang kurang. Untuk rujukan aku dan kawan2, aku akan share apa yang aku rasa patut dicontohi setiap kali aku alaminya dengan tajuk 'Cara Tentera'.
Straight To The Point
1. Hari pertama aku masuk pejabat, aku dipanggil oleh komander di mess pegawai masa makan. Dia ajak makan bersama. Kemudian, dia terus beritahu aku yang dia nak aku terlibat dengan semua aktiviti bersama dengan pegawai-pegawai tentera lain.
2. Dalam mesyuarat komander (CDU) bil 1, komander maklumkan kepada semua yang dia 'tidak gembira' dengan cara pelaporan yang dibuat oleh pegawai-pegawainya kini. Dia terus memaklumkan hasratnya dan apa yang dia kehendaki dengan nada tegas tapi rasional.
3. Mengikut SOP, perkara pertama perlu dibuat dalam pengurusan aset adalah melantik pegawai aset dan penubuhan lembaga pemeriksa. Aku pun draf surat meminta SO 1 (Lt. Kol) untuk namakan pegawai yang hendak dilantik. Aku minta PS 1 (Mejar) untuk proof read dan hasilnya, surat aku katanya terlalu mendayu-dayu. Draf baru lebih padat dan straight to the point.
Kesimpulan,
Dalam perkhidmatan kini, kita terlalu menekankan 'kesopanan dan kesusilaan'. Waima dalam aku menulis entry ni pun aku dok jaga 'kesopanan dan kasusilaan' aku. Tu yang lama nk buat 1 entri pun tu hehehee. Tidak salah. Tapi ia tidak sepatutnya menjejaskan produktiviti.
Ada orang kata tentera ni tak jaga hati, sebab tu la boleh direct macam tu. Aku berpendapat, sekiranya kita dapat beri rasional arahan kita yg direct tu, pasti tak ada hati yang terguris. Tapi kenalah siasat terlebih dahulu. Dan gunakan perkataan yang positif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan