Ahad, 17 November 2013

Sunni dan Syiah

Assalamualaikum rakan-rakan. Memandangkan entri aku sebelum ni menceritakan tentang Syiah, aku bercadang untuk ceritakan lebih berkenaan Sunni dan Syiah dalam entri kali ni. Ini sebenarnya kirang berkaitan dengan misi UNIFIL tapi aku rasa ada baiknya aku kongsi kat sini selain untuk rekod aku sendiri. Kalau tak tulis, lama-lama hilang pengetahuan ini. Ini adalah seperti yang diceramahkan oleh Ust Akhrom JAKIM, Ust Jamal & Ust Subhi Kagat serta beberapa bahan bacaan aku.

Sabda Rasulullah SAW, "Pada akhir zaman, umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya 1 golongan sahaja yang akan masuk ke syurga." Kepada yang belum tahu, Syiah adalah satu golongan daripada Islam, yang mengaku mereka Islam, tetapi amalan dan kepercayaan berlainan dengan Islam yang kita pegang. Kita adalah golongan Sunnah wal-jamaah atau Sunni yang berpegang kepada Al-quran dan sunnah rasulullah. Syiah juga berpegang kepada Al-quran tetapi tidak kepada sunnah.

Syiah sendiri terbahagi kepada banyak golongan. Ada sumber mengatakan Syiahnterbahagi kepada 3 golongan besar. Dalam tiga golongan ini ada lagi banyak pecahan-pecahan kecil. Ada yang dilabelkan sangat ekstrim, ada yang lebih tenang.

Sejarahnya, Saidina Ali mengetuai satu pasukan perang. Selepas perang tersebut, beliau dan pasukannya diajak oleh Rasulullah untuk menunaikan haji / umrah bersama. Ketika itu, pasukan perang ini berhasrat untuk menggunakan pakaian baru hasil rampasan perang tetapi ditegah oleh Saidina Ali. Ini bertentangan dengan Rasulullah yang membenarkan rampasan perang. Maka, timbullah konflik diantara Saidina Ali dan pasukannya.

Dalam konflik itu, Rasulullah datang berjumpa dengan pasukan tentera Ali dan berkata, "Barang siapa yang menganggap aku sebagai pemimpin, maka perlulah menganggap Ali sebagai pemimpin." Peristiwa ini dinamakan peristiwa Ghadir Khum.

Salah seorang daripada ahli pasukan Saidina Ali bernama Abdullah bin Saba' menggunakan kenyataan Rasulullah memberitahu semua yang Rasulullah telah melantik Saidina Ali sebagai penggantinya. Perkara ini dipegang oleh pengikut-pengikut Ali. Selepas kewafatan Nabi dan pelantikan Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah, pengikut-pengikut Saidina Ali berang dan mula membuat cerita buruk tentang para sahabat, sedangkan Saidina Ali tak kata apa pun.

Dikisahkan, untuk mendapatkan sokongan ramai, kisah ni makin disensasikan sampai akhirnya timbul kisah Saidina Ali yang sepatutnya jadi rasul dan bukan Nabi Muhammad. Hal ini juga, menyebabkan Syiah membenci sahabat dan lebih mengagungkan keluarga-keluarga Nabi (Ahlul Bait). Lupa nak cakap, Abdullah bin Saba' adalah orang YAHUDI.

Syiah percaya selain beriman kepada Allah, Malaikat dan para Rasul, mereka juga beriman kepada imam 12. 12 orang imam ini bermula dengan Saidina Ali, Hasan bin Ali, Husin bin Ali, dan diakhiri dengan Imam Mahadi yang akan turun pada hari kiamat kelak. Imam-imam ini adalah MAKSUM; yakni tidak akan melakukan dosa. Menurut kitab-kitab Syiah, terdapat beberapa ruksah dan keistimewaan dalam amalan ibadah diberikan oleh Allah kepada golongan Syiah melalui wahyu kepada Imam-Imam termasuklah solat jamak-qasar dan kahwin mutaah.

Sebagai orang Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama kita. Islam agama yang mudah dan adil. Islam tidak akan menganiaya penganutnya. Saya dengan ilmu yang sedikit ini, tidak berani untuk mengulas lanjut, dikhuatiri menyebarkan fitnah. Sama-samalah kita belajar. Wallahuaklam.

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kalau penulis blog zalora dah kata mcmtu, saya pun semakin bersemangat utk menulis.....hehehee

      Padam