Di sini pada wakktu kini, pahi kami bermula seawal 4.30 pagi. Biasanya kami cuma gosok gigi dan berwudhu sebelum ke surau. Subuh pada jam 4.45. Surau kem tak jauh dari penginapan tapi nk berjalan di tengah kesejukkan tu mmg cabaran. Biasanya aku akan pakai bj 3 lapis termasuk 2 lapis sweater.
Selepas subuh, kami akan membaca al-maksurat & tadarus quran. Biasanya hingga pukul 6 pagi. Aku kemudian akan pegi gim utk bersenam sikit. Sini nk jogging luar sejuk, tak tahan. Jogging atas treadmill jela. Selesai, aku akan naik mandi.
Mandi kat sini simple. Walaun org ramai, tapi semua mandi kejap je. Sebab sejuk. Bilik air dan bilik mandi jauh; satu di hujung sana, satu di hujung sini. Bilik mandi pula tak ada pintu. Tirai sahaja. Ruang bilik air dan bilik mandi kecil. Tak sampai sedepa. Kenapa nak depa dlm bilik mandi? Hahahaa..
Selesai mandi, kami akan sarapan. Sarapan bergantung kepada ransum yg ada. Buat masa sekarang, kami tak dapat bekalan dari Malaysia lagi. Jadi, kami makan ransum yang dibekalkan UN. Jadi rasa pun tak macam Malaysia. Takpe, janji tak lapar. Dewan makan ni juga merupakan tempat pegawai berkumpul dan lepak. Ada tv, ada mini library, gitar dan board game.
Untuk musim sejuk ni, office hour mula pukul 7.00 pagi hingga 4.00 petang. Bermula dengan perhimpunan pagi. Anggota akan baris mengikut elemen, pegawai baris di hadapan, kiri dan kanan. Anggota lapor kekuatan, siapa sakit demam, apa masalah dihadapi. Kemudian kem komandan akan sampaikan amanat of the day. Ringkas tapi bermakna. Biasanya cuma 15 minit, kemudian bersurai melakukan tanggungjawab masing-masing.
Kalau aku tak keluar, aku akan duduk di pejabat, solat zuhur pada jam 11.30, asar pada 2.15 dan magrib pada 4.45 sebelum isyak pada pukul 6.00. Selalunya aku ada kat pejabat sampai isyak, kecuali kalau aku malas. Hahaha.. atau aku keluar.
Malam yang panjang. Biasanya kami isi dengan aktiviti riadah seperti main pingpong, badminton, takraw, futsal atau layan movie. Kami cuma ada satu dewan tertutup. Tu pun tutup dengan kanvas je jadi dewan. Kalau main futsal, org lain x boleh main benda lain.
Kem tibnine ini disewa oleh UN daripada penduduk tempatan. Oleh yang demikian, semua bangunan yang nak dibina di atas tanah ini perlulah yang senang dirobohkan. Sebab itulah kebanyakkan bangunan termasuk hospital adalah daripada kabin. Ruang pejabat dan lain-lain kecil dan padat. Walau bagaimanapun, bagi memenuhi piawaian UN, kem ini terpaksa membina menara kawalan dan bunker.
Hidup tentera dalam misi memang serba kekurangan. Air tak cukup sebab kami tak boleh bila tangki air. Ruang pejabat dan kediaman padat, kenderaan lama dan bukan military based, makanan seadanya dan kami tidak boleh sewenang-wenang keluar dari kawasan kem. Hiduplah kami dalam ni. Walaupun operasi ini tidak memberi kesan langsung kepada rakyat Malaysia, tapi mereka sebenarnya berjuang menaikkan nama negara, dlm keadaan yang serba kekurangan dan merbahaya. Hidup ATM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan