Isnin, 3 November 2014

Nilai Sebuah Penghargaan



Assalamualaikum,
 My first blog entry since balik daripada Lebanon. Sila baca kisah ini diluar kotak.
Dalam industri muzik, ada 2 kelas bidang. Muzikal dan non-muzikal. Bidang muzikal seperti menulis lagu, main alat muzik, dan tentu sekali menyanyi. Bidang non-muzikal pula adalah seperti penulisan lirik. Bidang yang paling kurang glamour.
Pada dasarnya, penulis lirik diterima oleh pemuzik dan masyarakat umum. Tetapi penerimaan tidak sebesar mereka yang dalam kelas muzikal. Yang lebih glamour, disanjung dan dipuja. Ada juga yang menyoal perkaitan penulis lirik dengan muzik. Ini kemudian memberi kesan kepada penulis lirik membuatkan dia kemudian berhijrah ke bidang yang lebih muzik, yang lebih glamour. Kemudian dia semakin dikenali, semakin dipuja, dan semakin lupa kepada penulisan lirik dan akhirnya kemahirannya hilang.
Ya. Lirik bukanlah muzik. Tapi pada liriklah terletaknya cerita, pesanan dan nasihat. Yang mana merupakan hati kepada sebuah lagu. Liriklah yang disiulkan oleh peminat-peminat. Tidak sempurna sebuah muzik itu jika tidak disulam dengan lirik yang baik. Daripada penulis lirik yang satu kini dia menjadi antara penulis lagu yang beribu.
Dalam apa jua yang kita lakukan, segala penghargaan, pengiktirafan, penerimaan dan balasan yang paling baik adalah daripada Allah.

Rabu, 10 September 2014

The Finishing Line

11 September 2014

Pagi terakhir aku bangun di Kem Marakah. Sebentar lagi aku akan bertolak keluar dari kem, menuju ke lapangan terbang dan balik ke Malaysis. Terus, tiada kembali lagi. Meninggalkan separuh lagi rakan Malbatt 850-1 yg akan balii dlam tempoh lagi 2 minggu, menyerahkan kepada rakan Malbatt 850-2 yg mengganti dalam setiap sortie.

Dalam hampir setahun disini, banyak yang aku terima melebihi yang aku beri.

1. Aku sedar makna sebenar hadis rasulullah mengenai umat Islam akhir zaman yang ramai tapi umpama buih dilautan. Islam memang ramai. Tetapi tidak bersatu.

2. Aku nampak finah yahudi yang memecah belahkan Islam serta kerja buruk sekutu-sekutunya dan bagaimana media dikaeal, dan diseleweng.

3. Aku lalui cabaran hidup, budaya kerja tentera serta tahap profesionalisma (dan tidak profesional) mereka. Dan ini essential kepada aku sebagai pegawai di Mindef untuk penambahbaikan dan kerja seharian.

4. Aku sedar pandangan dan harapan tinggi masyarakat timur tengah terhadap negara Malaysia.

Mungkin detik aku bersama saudara2 islam di lubnan, pelarian palestin dan syria terhenti di sini. Tapi ini bukan penamatnya. Aku akan terus membantu in sha Allah. Setidak-tidaknya membantu mengingatkan saudara2 di Malaysia yang kita punya saudara yang harapkan bantuan kita di sini.

Blog ini saya bangunkan untuk perkongsian pengalaman saya disini. Now that i've completed the mission, the blog is no longer relevent to its purpose. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang membaca dan mengikuti. Jutaan terima kasih juga pada rakan-rakan Malbatt yang membimbing saya along the way. I couldnt do this without u guys. Saya ingin memohon maaf atas segala salah silap dalam penulisan, penyampaian maklumat dan pandangan. Semoga kita akan teruskan perjuangan kita. Demi Islam.

Wallahu aklam.

Selasa, 9 September 2014

Keluarga Besar Malaysia di Lubnan

This is something i should have wrote earlier.

Malbatt ada hubungan yang sangat akrab dengan kedutaan Malaysia ke Lubnan. TYT Mr Bala, duta Malaysia ke Lubnan adalah seorangnyg mesra, cool dan berilmu.

2nd Secretary, Mr Melvin adalah rakan sidang aku masa DPA so we are close to each other. Dengan pengalaman dia bersama SEARCCT dulu + dengan passion dia dalam security n defense, dia adalah the beat person for the job.

3rd Secretary En Shamsul adalah org yg selalu deal dengan kami pasal kewangan, atau hal2 pentadbiran contohnya kalau ada lawatan ke, makan2 ke.. Isteri dia ex schoolmate isteri aku, n kenal bapa mertua aku. Glamer sgt abah sampai ke Lubnan..huhuu

Sorang lagi warga Malaysia di pejabat kedutaan ialah Pn Adawiyah, PA TYT duta. Puan adawiyah seorang yg rileks, simple. Tapi cakap english berabuk! Husband dia Encik Ali mmg sporting. Dia baru sampai je, belum buka mulut, semua dah gelak.

Kerani di pejabat duta adalah org tempatan, yg aku kurang kenal sangat. Tp driver n bodyguard duta adalah kwn baik kami. Sabir dari palestine, kahwin dgn org Malaysia dan bodyguard Osman dari Burkina Faso.

Bila ada event, dorang semua akan dtg turun kem, bawa semua anak-anak dorang sekali. memang ramai yg volunteer jadi pengasuh. lepas rindu kat anak-anak.

Selasa, 26 Ogos 2014

Penghargaan dan motivasi

Sebagai seorang ketua, antara tanggungjawab utama adalah untuk mengekalkan motivasi anak buat. Ini bagi memastikan pasukan boleh maju ke arah sasaran yang ditetapkan. Ada banyak bentuk motivasi tapi antara yang paling disebut-sebut disini adalah penghargaan.

Moving towards the end of the mission, the management decides to throw an appreciation feast to reward the soldiers for a job well done. Dalam satu sesi perbincangan informal seorang pegawai kanan mencampakkan spana,

"Perlukah kita buat malam penghargaan? Perlukah kita hargai mereka kerana mereka lakukan kerja yang memang sepatutnya mereka buat, yang mereka dibayar gaji keatasnya?"

Ini membuatkan aku terfikir. Ada benarnya kata beliau. Memang apa yang dilakukan adalah tanggungjawab dia. Sama macam kalau kita pergi perkhidmatan kaunter bank dan sebagainya. Mmg tanggungjawab pegawai khidmat pelanggan tu layan kita, penuhi keperluan kita. Tapi, kalau dia memberi servis yang baik, tak bolehkah kita hargai dia? Mestilah boleh.

Tapi di peringkat pihak pekerja, mereka dah merasakan penghargaan ni wajib. Aku dah kerja keras hari ini, bos aku wajib belanja makan. Wajib bagi aku off day esok. Wajib jaga aku. Wajib calonkan aku APC. Kegagalan diberi penghargaan menjejaskan motivasi. Maknanya, perkhidmatan yang diberikan mwngharapkan penghargaan daripada boss semata-mata. Mana keikhlasan? Mana percaya kepada rezeki drp Allah?

Di peringkat pegurusan pun macam tu. Penghargaan ni wajib buat. Kalau tak motivasi anak buah terjejas. Disogok-sogok sampai lali. Sampai jadi norma. Sampai tak boleh tak ada. Sampai bos yang baik adalah bos yang suka memberi. Sampai timbul riba! Yang lagi tak best, sesetengah majlis penghargaan oleh boss dibuat bukan pakai duit boss. Kat mana menghargainya tu?

"awak dah tolong saya, terima kasih sangat2. Sy nak beri penghargaan kepada awak. Nanti awak minta duit daripada bapa saya, ok"

"dear sir, in order to motivate my fellow workers, can yuo please buy us a meal?"

Kita dah mention tadi, tanggungjawab motovasi anak buah adalah tanggungjawab ketua.

Lastly,

Memberi insentif ni macam bagi dadah. U cannot give to only one, u must give it to everyone. U cannot give it once, u must give it everytime. Sebab tulah kerajaan pening kepada dgn elaun2 pegawai kerajaan yg bermacam2 ni. Nak tarik tak boleh. Ps masa yang sama, yg tak dapat tu sibuk meminta-minta. Nak tarik balik memang takkan boleh.

Pada aku, apa yang kurang pada anak buah ada sense of belonging. Kurang dilibatkan dalam perbincangan dan membuat keputusan. Tunjukkan penghargaan dengan mengucapkan yerima kasih.

Rabu, 13 Ogos 2014

Pick your battle

Konflik Dunia Islam
Agak lama saya tak blogging. Sebenarnya banyak sangat nak diceritakan, nak dikongsi. Terlalu banyak sampai tak tahu mana nak mula. Palestin, Lubnan, Syria, Iraq... Islam. Terlalu banyak perjuangan, terlalu banyak pertubuhan. Terlalu banyak peperangan.

Persepsi
Akhir-akhir ini, sedutan video daripada movie hindustan bertajuk "kurbaan" went viral di fb dan whatsaap. Sedutan berkenaan seorang pelajar Islam berdebat dengan seluruh kelas pasal siapa pengganas sebenar Islam atau Barat. Itulah hakikat dunia sekarang, persepsi yang wujud. Tak guna berdebat. Macam soalan 'telur dan ayam' mana datang dulu. Of course everybody will thinks they are doing the right thing.

Decision making.
Cara membuat keputusan yangnsebenar adalah terlebih dahulu menilai kesan baik buruk sesuatu keputusan jika diambil, dan kemudian baru putuskan. Tapi zaman sekarang, keputusan ditentukan dahulu oleh stakeholders kemudian baru penilaian / justifikasi dibuat. Justifikasi ni bukan untuk bantu nilai keputusan terbaik, tapi nak bagi orang ramai terima apa keputusan dibuat ni yang terbaik. Nak tutup mata, tutup mulut orang.

Arena pertempuran
Dengan ilmu dan pengetahuan yang ada, maka kita pun kenalpasti arena pertempuran kita. Ramai umat Islam seluruh dunia datang ke timur tengah untuk jihad. Macam-macam kisah kita boleh baca kat laman sosial, kat internet. Kita kagum kecekalan mereka. Kita doakan kejayaan mereka dan semoga usaha mereka diberi ganjaran terbaik drp Allah.

Tapi, arena pertempuran bukan semata di medan perang. Islam menyuruh kita berperang hanya bila kita diserang, diancam. Ekonomi, politik antarabangsa, sains dan teknologi, ni semua juga medan perang. Islam menguasai 2/3 dunia suatu masa dulu bukan atas kekuatan peperangan semata-mata. So, why limit yourselves to war only? Apa maknanya seorang pakar matematik, habiskan semua simpanan untuk berperang di Syria, hanya untuk ditembak mati sebelum dapat tembak sedas peluru pun?

Im not against mujahadah yang ramai-ramai datang berjuang disini. Cupa pada saya, you have to be wise to pick your battle. Benar, Allah tidak menilai hasil, sebaliknya Allah nilai usaha. Benar, jika kamu gugur dalam menentang musuh Allah, aku gugur sebagai syuhadah. Tapi Allah juga minta kita fikir. Allah minta kita usaha, doa dan tawakal. Allah letakkan kekerasan sebagai jalan akhir. Dan Allah letakkan peperangan sebagai jihad KECIL berbanding jihad menentang nafsu. And that makes perfect sense.

Know your enemy
Dah lebih sebulan Gaza diserang Israel. Seluruh dunia mengutuk serangan Israel ini. Rakyat seluruh dunia bangkit berdemo. Tapi, kutuk hanya kuruk, demo hanya demo. N of course ada aktiviti boikot ekonomi Israel which had small effect. (Why small? Sbb, israel takde duit, amerika bagi dana. Dalam sebulan ni, dah lebih 1bil dollar US pump kat israel utk beli roket la, peluru la, iron dome la.) Selain itu TIADA apa2 bantuan lain dlm aspek ketenteraan ke, kemanusiaan ke kpd Gaza. Kalau ada pun, yg tak rasmi, atas inisiatif sukarelawan. Tiada daripada mana2 negara, termasuk negara Arab.

Tapi, yang kat Syria ni, perang antara kerajaan (syiah) dengan penentang (sunni), iran hntr bantuan, arab saudi hantar bantuan. Konflik kat lubnan ni pulak, syria hantar askar, arab saudi hantar bekalan ketenteraan. Perang perang perang. Bunuh sesama Islam. Siapa musuh kita sebenarnya ni?

Kesimpulam
1. Islam adalah agama yang cintakan keamanan. Buktikan kita orang islam yang taat. Memaki hamun orang keje McD bukan aman. Memaki hamun orang yang memaki hamun pekerja McD juga bukan aman.
2. Al-quran nyatakan janganlah kamu jadikan yahudi dan nasrani sebagai teman rapat. Jadi, janganlah jadikan teman rapat.
3. Berperang pada jalan Allah tidak terikat pada menghunus senjata semata-mata. Setiap kita dilahirkn dengan kelebihan yang berbeza. Manfaatkan kelebihan pada jalan Allah.

P/s: entri kali ni bercampur aduk but i hope i had deliver my point? WASSALAM
ALLAHHU AKBAR

Ahad, 10 Ogos 2014

Pick your battle

Konflik Dunia Islam
Agak lama saya tak blogging. Sebenarnya banyak sangat nak diceritakan, nak dikongsi. Terlalu banyak sampai tak tahu mana nak mula. Palestin, Lubnan, Syria, Iraq... Islam. Terlalu banyak perjuangan, terlalu banyak pertubuhan. Terlalu banyak peperangan.

Persepsi
Akhir-akhir ini, sedutan video daripada movie hindustan bertajuk "kurbaan" went viral di fb dan whatsaap. Sedutan berkenaan seorang pelajar Islam berdebat dengan seluruh kelas pasal siapa pengganas sebenar Islam atau Barat. Itulah hakikat dunia sekarang, persepsi yang wujud. Tak guna berdebat. Macam soalan 'telur dan ayam' mana datang dulu. Of course everybody will thinks they are doing the right thing.

Decision making.
Cara membuat keputusan yangnsebenar adalah terlebih dahulu menilai kesan baik buruk sesuatu keputusan jika diambil, dan kemudian baru putuskan. Tapi zaman sekarang, keputusan ditentukan dahulu oleh stakeholders kemudian baru penilaian / justifikasi dibuat. Justifikasi ni bukan untuk bantu nilai keputusan terbaik, tapi nak bagi orang ramai terima apa keputusan dibuat ni yang terbaik. Nak tutup mata, tutup mulut orang.

Arena pertempuran
Dengan ilmu dan pengetahuan yang ada, maka kita pun kenalpasti arena pertempuran kita. Ramai umat Islam seluruh dunia datang ke timur tengah untuk jihad. Macam-macam kisah kita boleh baca kat laman sosial, kat internet. Kita kagum kecekalan mereka. Kita doakan kejayaan mereka dan semoga usaha mereka diberi ganjaran terbaik drp Allah.

Tapi, arena pertempuran bukan semata di medan perang. Islam menyuruh kita berperang hanya bila kita diserang, diancam. Ekonomi, politik antarabangsa, sains dan teknologi, ni semua juga medan perang. Islam menguasai 2/3 dunia suatu masa dulu bukan atas kekuatan peperangan semata-mata. So, why limit yourselves to war only? Apa maknanya seorang pakar matematik, habiskan semua simpanan untuk berperang di Syria, hanya untuk ditembak mati sebelum dapat tembak sedas peluru pun?

Im not against mujahadah yang ramai-ramai datang berjuang disini. Cupa pada saya, you have to be wise to pick your battle. Benar, Allah tidak menilai hasil, sebaliknya Allah nilai usaha. Benar, jika kamu gugur dalam menentang musuh Allah, aku gugur sebagai syuhadah. Tapi Allah juga minta kita fikir. Allah minta kita usaha, doa dan tawakal. Allah letakkan kekerasan sebagai jalan akhir. Dan Allah letakkan peperangan sebagai jihad KECIL berbanding jihad menentang nafsu. And that makes perfect sense.

Know your enemy
Dah lebih sebulan Gaza diserang Israel. Seluruh dunia mengutuk serangan Israel ini. Rakyat seluruh dunia bangkit berdemo. Tapi, kutuk hanya kuruk, demo hanya demo. N of course ada aktiviti boikot ekonomi Israel which had small effect. (Why small? Sbb, israel takde duit, amerika bagi dana. Dalam sebulan ni, dah lebih 1bil dollar US pump kat israel utk beli roket la, peluru la, iron dome la.) Selain itu TIADA apa2 bantuan lain dlm aspek ketenteraan ke, kemanusiaan ke kpd Gaza. Kalau ada pun, yg tak rasmi, atas inisiatif sukarelawan. Tiada daripada mana2 negara, termasuk negara Arab.

Tapi, yang kat Syria ni, perang antara kerajaan (syiah) dengan penentang (sunni), iran hntr bantuan, arab saudi hantar bantuan. Konflik kat lubnan ni pulak, syria hantar askar, arab saudi hantar bekalan ketenteraan. Perang perang perang. Bunuh sesama Islam. Siapa musuh kita sebenarnya ni?

Kesimpulam
1. Islam adalah agama yang cintakan keamanan. Buktikan kita orang islam yang taat. Memaki hamun orang keje McD bukan aman. Memaki hamun orang yang memaki hamun pekerja McD juga bukan aman.
2. Al-quran nyatakan janganlah kamu jadikan yahudi dan nasrani sebagai teman rapat. Jadi, janganlah jadikan teman rapat.
3. Berperang pada jalan Allah tidak terikat pada menghunus senjata semata-mata. Setiap kita dilahirkn dengan kelebihan yang berbeza. Manfaatkan kelebihan pada jalan Allah.

P/s: entri kali ni bercampur aduk but i hope i had deliver my point? WASSALAM
ALLAHHU AKBAR

Khamis, 31 Julai 2014

Palestin: Kita buat apa?

Rasanya dah tak perlu cakap betapa teruk Palestin di serang oleh Israel. Buka kat fb, semua orang share berita, share link itu ini. Tapi share sahajakah?

Baru-baru ni, ada demo secara aman di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Malaysia di KL. Demo menuntut askar Malaysia dihantar untuk membantu di Palestin. Aku bangga dengan demo ni. Tahniah kepada yangbdatang menunjukkan kesungguhan.

Macam orang2 ni, aku pun mahu Malaysia bantu. Aku nak bant sendiri sama. Apa lagi aku ni kat sebelah sempadan je sekarang. Aku nak bantu terang-terangan.

Maka, berlakulah perbualan aku dgn beberapa orang pegawai kanan Malbatt.

Aku: kenapa Malbatt tidak dterang-terangan menyatakan sokongan kpd Palestin n tarik perhatian kontigen2 UNIFIL untuk buat sesuatu?

Peg Kanan: UNIFIL ni 1 titik je daripada UN. Malbatt pulak satu titik je drp UNIFIL. Kalaupun Malbatt lantang kat UNIFIL, belum tentu UNIFIL akan kisah, n belum tentu dibawak ke UN. Orang yg betul untuk bercakap bg pihak Malaysia di UN adalah perwakilan malaysia.

*teringat aku kpd apa yang aku belajar kat sini. Idea yang baik pelu disampaikan oleh orang yang betul, melalui saluran yang betul di tempat yang betul.*

Peg Kanan: di peringkat Malbatt, Malbatt serahkan keputusan atasan kepada pihak atasan. Di peringkat Malbatt, kita cuba jadikan Malbatt allign dengan apa yang patut kita sbgi Islam dan manusia lakukan, setakat bidang kuasa kita.

Aku: kita sebagai Malaysia, kenapa kita tak hantar pasukan bantuan? Kita dah kritik depan.

Peg Kanan: Malaysia sorang2 memang tak mampu. Pertahanan Malaysia bukan berteraskan offensive tetapi defensive, maka kita tidak sedia untuk menyerang. Tangok jiran Arab mereka sendiri. Qatar, Arab Saudi, Oman, semua diam je. Turki la ada gertak sikit. Mesir habis langsung. Kalaulah Dr Morsi masih di Mesir, gerenti Israel x berani. Sebab itulah israel plotkan dia ditangkap, ganti dengan kroni israel, As-Sisi.

Yup alasan. Semua orang boleh bagi alasan. Pada aku, alasan ni valid n fair enough. Pada aku, untuk plan further action, kita sepatutnya berpandukan quran dan sunnah.

1. Surah Al-Maidah ayat 51
"Wahai otang yang beriman, janganlah kamu jadikan yahudi dan nasrani itu teman rapat kamu; mereka melindungi antara satu sama lain."

Langkah pertama kita boleh buat adalah putudkan hubungan baik dengan yahudi (mmg dah putus) dan nasrani (US, UK). Apa akan jadi dengan perdaganagan kita? Import export kita? Kita wujudkanlah circle Islam. Lagi besar pasaran kita. Dan, percayalah rezeki itu drp Allah. Ikut petunjuk Allah, pastinya rezeki lebih makmur.

2. Hadis riwayat al bukhari dan muslim
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga SELURUH umat Islam berperabg dengan seluruh kamu Yahudi. Orang Islam akan membunuhnya di sebalik batu..."

Kemenangan Islam keatas yahudi hanya setelah seluruh Islam bersatu untuk menentang yahudi. Maka itulah sepatutnya menjadi sasaran kita - untuk bersatu sebagai umat Islam.

Alasan Israel

Hari ini adalah hari ke 23 gaza digempur oleh Israel. Lebih daripada 1000 nyawa rakyat Palestin telah terkorban. Al Fatihah. Majoriti adalah orang awam; warga tua, wanita dan kanak-kanak. Tempat yang diserang adalah kawasan tumpuan dan kawasan perlindungan, masjid, hospital dan sekolah UN. Menurut Israel, serangan akan diteruskan sehingga semua rangkaian terowong bawah tanah palestin dilumpuhkan.

Justifikasi Israel: 'Pengganas' Hamas mengancam negara Israel dan serangan Israel adalah untuk mempertahankan diri. Mereka 'terpaksa' menyerang bangunan perlindungan kerana disitu tempat hamas menyimpan roket dan melancarkan serangan. Bangunan sekolah UN musnah kerana collateral damage dan tidak semestinya berpunca daripada roket hamas. Mereka mensasarkan hamas semata-mata dan amaran awal telah diberikan untuk orang awam kosongkan tempat tersebut, tetapi hamas menggunakan orang awam sebagai perisai.

Bodoh sangat statement ni. Memang jelas ia hanya alasan. Ramai masyarakat dunia termasuklah di eropah, amerika termasuklah rakyat israel sendiri melakukan bantahan keatas serangan Gaza ini. Tapi, tak kurang juga ada yang taksub dan betul2 percaya dan menyalahkan Hamas dalam hal ini.

Point-point menyalahkan Hamas;
1. Hamas tak setuju pelan gencatan senjata
Jawapan: Syarat yang diletakkan langsung tidak memberi manfaat kepada Gaza. Gaza tidak diberi perhubungan dengan dunia luar (no airport or port), kurang keperluan asas (air dan elektrik) dan tiada kebebasan asasi (kena pengesahan Israel utk semua tindakan antarabangsa)

Gencatan senjata dah dibuat berkali-kali dengan syarat yang sama. Israel tetap cabuli, menindas dan menyerang Gaza, tapi tiada tindakan keatasnya.

2. Hamas menghantar roket menyerang israel.
Jawapan: habis yang ko lancarkan tu ape? Bulu tangkis?

3. Orang palestin bersubahat dengan hamas, melindungi hamas dan kemudian mendakwa kepada dunia yang israel sengaja menyerang orang awam.
Jawapan: Mana ada orang sengaja biar diri ditembak. At least bukan kanak-kanak. Nak suruh orang palestin lari dan sembunyi kat mana? Israel serang dari laut, dari udara dan darat

Fikirkanlah.

Jumaat, 25 Julai 2014

Why This Coming Eid is Not Raya

Sedar tak sedar, Aidilfitri is just around the corner. But we were never in a festive mood. Too many factor. We were far from our family of course; our relatives in Palestine were under massive oppression and tragedies involves Malaysia that had shed too much blood and tears.

Eid might fall on this Monday in Lebanon but UNIFIL announced that its a working day for the peacekeepers. Whats the different? We will still be here doing our job and daily routines though its holiday. That was also another factor.

What made us upset the most is because of all this tragedy, we are powerless to do anything. Especially to our fellow relatives in Palestine. Serving under UN flag as a peacekeeper in Lebanon, we are subjected to serve only in the interest of Lebanon. As peacekeeper and implementing the aspirations of Malaysian leaders, we are promotong peace, no offensive force whats so ever. Some of us, many of us would like to join the war though.

In my opinion, the best way to fight fire is with water. Talks are in progress, with UN on one end and US on the other hand but both parties are calling for peace. Yet both Israel and Hamas is playing  blame game with Israel blaming Hamas for rejecting their call for cease fire and Hamas tells that the cease fire conditions put Palestine under disadvantage and they had been fooled by Israel too many times to know it.

Israel is under pressure. Believe it or not, the economic boycott by us and the world had effected Israels income. Refer here:

http://worldobserveronline.com/2014/07/17/israeli-finance-minister-expresses-boycott-fears/

Same goes to Palestine. While i'm writing, it was recorded that more than 700 Palestinian had died. Hamas believe they are on the way to win. They believe they could get something this time. Allah promises that Islam will eventually wins the war but not before all th muslims unite. And we are still far from there.

Forgive me my pitiful english. Selamat Hari Raya to all. May we celebrate this Hari Raya moderately and with full of syukur to Allah. Lets pray for Islamic unity.

Isnin, 21 Julai 2014

Kunjungan Takziah Indobatt

Pada 17 Julai 2014, kita dikejutkan dengan berita penerbangan MAS MH17 ditembak jatuh di sempadan Ukraine - Ruasia. Berita tersebut sampai ketika kami hampir-hampir berbuka puasa. Berita tersebut amat mengejutkan kami dan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada semua yang terkesan dengan kemalangan ini.

Al-fatihah

Pada 19 Julai 2014, kami menerima panggilan daripada Komander Indobatt bertanyakan sekiranya dia dan beberapa orang anggota boleh berbuka puasa di Malbatt. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan, maka pada petang tersebut delegasi seramai 10 orang datang berbuka bersama kami.

Delegasi indonesia tiba sekitar pukul 6. Tiada majlis rasmi, cuma kunjungan santai, berkumpul di mess pegawai, bersembang sesama kita, kemudian berbuka puasa bersama. A very warm session indeed. Indobatt antara kontigen terbesar di UNIFIL dengan anggota seramai 1200 orang.

Selesai maan, sebelum berjalan ke masjid untuk solat maghrib, komander Malbatt membuat ucapan mengalukan kehadiran Indobatt dan menyatakan betapa kami berbesar hati menerima kunjungan mereka.

Kemudian giliran komander Indobatt menyampaikan sepatah dua kata. Dia memulakan ucapan dengan mengajak kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa MH17. Dia kemudian melahirkan rasa simpati atas kemalangan tersebut, menyatakan yang mereka sebagai jiran turut berasa sedih di samping terdapat 11 penumpang indonesia yang terlibat.

It was just a simple visit and a short sympathy speech tapi kami (at least aku) rasa sangat2 relieved. Seolah-olah ada orang yang peduli kesedihan kami dan nak nangis bersama kami. Perkara ini buat aku benar-benar menghayati maksud 'serumpun'. Indonesia dan Malaysia adalah bersaudara.

Harap semangat ini dapat dihayati oleh kita semua bersama. Kalau kita yg jiran ni pun tak boleh bersatu, maka tak payah cakap lagilah pasal kesatuan umat Islam sedunia.

Kunjungan YB Menteri Pertahanan

I guess its a little bit late but it was still a memory worth sharing. Pada 15 dan 16 Julai, Malbatt menerima kunjungan YB Menteri Pertahanan diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), pemangku Panglima Mks Angkatan Bersama (PAB) dan turut mengiringi Dato' Duta Malaysia ke Lubnan dan media drp beberapa akhbar dan saluran TV.

Macam biasa, semua majlis yg dianjurkan oleh tentera, preparation diorang sangat-sangat teliti. Setiap mesyuarat mesti ada diselitkan progress report tindakan elemen2. Despite kekurangan Malbatt, kami cuba berikan yang terbaik bukan nak bg menteri rasa selesa sgt pun, cuma nak menteri tahu kami bersedia. Kemudahan, makan semua apa adanya lah. Team JLJ came up dgn live size model rumah kampung yang sangat cool sebagai hiasan pentas. Memang mantap.

Team media dan beberapa orang pegawai kanan tentera tiba pada14 Julai menaiki pesawat TUDM C130. Sampai di airport Beirut terus bertolak ke kem marakah. Seramai 14 orang media ditempatkan di bilik2 komando. Memang terasa la environment tentera para media kita ni. Tak sempat rehat, mereka terus memulakan rakaman sekitar kem. Ada yang rakam untuk berita, ada yang buat dokumentari khas. Malam tersebut, mereka berbuka puasa bersama org tempatan yang bekerja bersama Malbatt di kedai makan dalam kem.

15 Julai, YB menteri tiba di Lapangan Terbang Beirut. YB menteri dan delegasi terlebih dahulu di raikan oleh kedutaan dan bermalam di Beirut pada malam tersebut.

16 Julai, YB menteri tiba di Kem Marakah pada jam 9.00 pagi bersama helekopter UN dari Airport. Selepas menyempurnakan perasmian tugu di kem marakah, YB Menteri dan delegasi menghabiskan sepanjang hari untuk melawat ketiga-tiga kem Malbatt, dan HQ UNIFIL di Naquora. YB menteri tiba smula di kem marakah pada 6.00pm. Berehat sebentar, dan terus ke rubhall untuk majlis berbuka bersama anggota.

17 Julai, Malbatt anjurkan program kemasyarakatan medical care dengan penduduk tempatan. YB Menteri dan delegasi datang pada jam 9 pagi untuk witness program tersebut, beramah mesra dengan penduduk tempatan dan berkenalan dengan mayor marakah. Selepas 1 jam, YB Menteri dan delegasi bertolak kembali ke kem, dan bersiap sebelum menaiki helikopter UN ke airport beirut pada jam 11 pagi.

Daripada lawatan ini,
1. Malbatt menunjukkan kepada UNIFIL dan Lubnan betapa kerajaan Malaysia memandang serius misi Malbatt ini.
2. YB Menteri juga memberikan suntikan semangat kepada anggota untuk melaksanakan tugas dgn lebih baik.
3. YB Menteri dan delegasi juga sebagai auditor kepada kerja buat Malbatt.
4. YB Menteri dapat melihat sendiri pelaksanaan misi di lubnan untuk membantu membuat keputusan masa depan.
5. Media dapat berkongsi dengan rakyat Malaysia pencapaian dan sumbangan Malbatt kepada keamanan dunia.

Sabtu, 19 Julai 2014

Tempias Serangan Israel ke Lubnan

Sebelum aku mulakan catatan, mohon rakan-rakan pembaca untuk terlebih dahulu sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara-saudara kita yang terkorban dalam kemelut Gaza-Israel.

***********************************  AL-FATIHAH  *********************************

Hari ini merupakan hari kesepuluh Gaza diserang oleh Israel. Hari kedua Israel melancarkan ground troops masuk ke dalam Gaza untuk 'search and destroy'. Sehingga hari ini, lebih 300 orang telah terkorban dan ribuan telah cedera. Angka ini akan terus meningkat.

Di Lubnan, bahangnya turut dirasai. Lebih 500,000 pelarian Palestin di Lubnan di 12 kem pelarian berdaftar, dengan majoriti rakyat dari parti Hizbollah yang sememangnya ditubuhkan atas dasar kebencian kepada Israel dan semua rakyat Lubnan yang terasa kerana tindakan Israel yang membunuh tanpa peri kemanusiaan.

Sepanjang 10 hari ini, empat kali roket telah dilancarkan daripada Lubnan iaitu pada 11, 12, 13 dan 14 Julai. roket dilancarkan dari sempadan Lubnan-Israel, disyaki berdekatan dengan Palestine Refugee Camp (PRC). Diceritakan oleh Kapt Fadzli yang bertugas di Sec West HQ, Shamar, dekat dengan sempadan; pada 12 Julai lewat malam, tiba-tiba kedengaran letupan kuat bertubi-tubi. Kemudian kedengaran ambulans meluru ke arah PRC. Selepas itu, Sec West HQ mendapat panggilan telefon daripada Israel Defense Force (IDF) memaklumkan serangan selesai.

Perkara yang sama turut berlaku pada 13 Julai. Berlaku letupan bertalu-talu, dimaklumkan IDF melancarkan 13 das tembakan artileri, kemudian mereka hubungi Sec West HQ memaklumkan mereka telah selesai menyerang. Dalam kedua-dua insiden ini, serangan dibuat sebagai tindak balas kepada roket yang dilancarkan dari Lubnan. reaksi cepat IDF ini adalah susulan daripada penempatan 2 unit Rejimen Artileri di sempadan Israel - Lubnan.

Pada 14 Julai, 2 buah roket lagi dilancarkan ke Israel dari Rashidieh PRC pada sekitar jam 11 malam, dekat kawasan bandar Tyre. IDF kemudian menghantar beberapa buah jet pejuang ke ruang udara Lubnan, di Tyre, yang jelas dapat dilihat oleh kami dari kem pada tengah malam tersebut. Jet tersebut melepaskan 6 das flare bom dari udara. betul-betul depan mata aku! berderau darah aku. Kami kemudian mendapat arahan daripada Sec West HQ untuk berlindung di dala bunker incase of air strike. Alhamdulillah malam itu berlalu dengan selamat.

Aku terfikir. Aku dengan yang sikit ni pun dah berderau darah aku, macam mana agaknya kalau aku berada di Palestine, dimana serangan betul-betul berlaku. Ya Allah, cekal betul rakyat Paslestin. demi mempertahankan maruah Islam di masjid Al-Aqsa. Semoga Allah berikan yang terbaik untuk umat Islam.

Sabtu, 5 Julai 2014

Ramadhan di Lubnan

Ramadan karim -Allahu akram

Alhamdulillah kami berjaya selesaikan ibadah puasa hari ini, hari ke 6 Ramadhan. Kali ini aku nak kongsi bagaimana Ramadhan diraikan oleh Malbatt di Lubnan.

Setiap pagi, kami akan bangun seawal 2.30 untuk sahur di dewan makan. Sahur bukan rejimental, maka kalai ada yang nak sahur kat bilik pun boleh. Makanan sahur dimasak oleh cook house, bahan mentah drp Malaysia dan UN. Jadi biasanya kami akan makan nasi.

Pukul 3.30 dah azan subuh. Musim panas memang matahari naik awal sikit. Siang lebih panjang. Kami akan sembahyang jemaah, kemudian balik bilik tido.

Waktu pejabat bermula pukul 8.00 pagi. Untuk bulan Ramadhan ni, komander tak wajibkan baris pagi rejimental, cuma perbarisan peringkat eleman masing-masing. Jadi kadang-kadang aku boleh la lambat sikit masuk pejabat :P untuk bulan puasa, official office hour sampai pukul 3.00pm.

Azan zuhur dalam pukul 12.30 kami ke masjid. Lepas solat jemaah, ada tadarus al-Quran. Elemen-elemen dipecah kepada 8 kumpulan, boleh hantar seberapa banyak peserta tadarus. Kami team markas purata setiap hari ada 10 orang. Sesi tadarus tamat pukul 3.00pm. Kemudian biasanya aku akan rehat kat bilik dan contact famili sbb time tu Malaysia dah buka puasa.

Azan asar dalam pukul 4.30. Siap sembahyang semua dalam pukul 5.00 kemudian kami akan riadah. Sekarang ni musim main badminton. Aku dah jarang jogging sangat sebab matahari still terik lagi time ni. Gelap aku nanti :P riadah sampai 6.30, then aku mandi.

Pukul 7.00 kami akan kumpul kat dewan makan / mess. Buka puasa? Belum lagi. Kami kumpul tengok World cup. Hehehee. Tengok di channel Israel.. Game pertama biasanya pukul 7.00. Habis 1st half dekat pkl 8.00 baru buka puasa. Kami akan makan kuih dulu, kemudian sembahyang magrib kemudian baru makan. Aku biasanya akan tengok bola sampai abis dulu, habis bola pukul 9.00 baru makan. Tp kalau lapar, makan jugak la.

Azan isyak pukul 9.30. Untuk bulan ramadhan ni kami dibenarkan pakai baju selain loreng untuk terawih. Meriah sgt masjid malbatt. Lepas isyak, kami terawih 8 rakaat + 3 witir. Habis pkl 11.00, terus ke dewan mkn untuk morey sambil tengok game ke2 word cup.hehee..sampai pukul 1.00, balik bilik, tido. Pukul 2.30 bangun sahur dan teruskan rutin bulan puasa.

Untuk anggota, kerja peace keeping terus macam biasa. Kawalan keselamatan kem mcm biasa. Exercise keselamatan pun macam biasa. Kami juga ada beberapa event kebajikan mcm majlis makan dengan anak yatim, tabung kebajikan, dan yg paling besar buat masa skang adalah nak menyambut lawatan Menteri Pertahanan dan lawatan raya PAT.

Memang puasa kat sini sedikit panjang berbanding kat Malaysia. Dalam 17 jam. Ditambah lg dengan musim panas, lebih terik daripada malaysia. Sini kurang berawan. Tapi pengalaman puasa kat sini sangat bernilai. Moga ibadah kami diterima. ;)

Khamis, 3 Julai 2014

Propaganda Israel: Korban Remaja

Seminggu sebelum puasa, risik ATM telah memaklumkan yang Israel akan mengambil kesempatan bulan Ramadhan utk menyerang dan menakluk Ghaza. Palestin bukan ancaman mereka. Begitu juga negara-negara Arab berhampiran. Apa yang mereka perlukan adalah alasan untuk justified serangan mereka kepada rakyat mereka dan rakyat dunia. Dan UN akan akur.

12 Jun lalu, Israel menggambar-gemburkan berita 3 org remaja Israel iaitu Naftali Fraenkel (16), Gilad Shaar (16) dan Eyal Yifrach (19) hilang dlm perjalanan pulang dari seminar dekat tebing barat. Kehilangan ini mendapat perhatian luas hinggakan Perdana Menteri Israel turun padang mengerahkan tentera dan polis membuat pencarian.

Pada 30 jun, sedang kami asyik tengok world cup (germany vs algeria) tiba-tiba semua siaran Israel menayangkan berita mayat 3 remaja yang hilang tersebut dijumpai dekat tebing barat. Dan kematian itu terus dikaitkan dengan HAMAS. US pun terus dakwa dia ada bukti kukuh utk kaitkan HAMAS dlm kes pembunuhan ini. Masa tu kat Israel dah pukul 11.30 mlm tapi punyalah ramai berhimpun kononnya membantah tindakan palestin. Turut menzahirkan rasa simpati, David Cameron dan Barack Obama.

Sehari kemudian, mayat seorang remaja Palestin pula, Mohammed Hussein Abu Khdeir dijumpai di kawasan semak di tebing barat dipercayai dibunuh dengan sangat kejam. Pembunuhan remaja Palestin ini dianggap oleh Mahmoud Abas sebagai pembalasan yg tidak sepatutnya oleh Israel. Israel walaubagaimanapun menafikan pembunuhan itu berpunca drp warga Israel dan menganggap pembunuhan itu dilakukan oleh golongan tertentu bermotifkan politik. Mereka mengarahkan pihak polis membuat post mortem.

Susulan daripada pembunuhan itu, rakyat palestin marah dan membuat demostrasi. Polis Israel yang datang meleraikan perhimpunan dibalas dengan balingan batu. Ada berita mengatakan ada rakyat palestin yang terbunuh dalam demostrasi tersebut terkena tembakan polis. Daripada rusuhan kecil, kini telah menjadi serangan besar. HAMAS telah melancarkan roket dari Ghaza dan Israel pula membalas dengan air strike.

Kesimpulan aku

3 orang remaja Israel terbunuh. 3 orang je berbanding dgn ratusan yang terbunuh di Palestin, di Syria. Tapi dia punya liputan sangat meluas sampaikan Presiden Obama n PM Cameron pun bg perhatian. Ini sebenarnya sengaja nak tunjukkan kepada dunia yang Israel yang sebenarnya menjadi mangsa.

Timing berita tu pun satu faktor. Berita kematian remaja tu disiarkan pada jam 11.30 malam. Yang pertama sebab orang dah ngantuk la, ada kesan psikologi. Yang keduanya, time tu time semua orang tgh tgk world cup. Game best pulak tu. Kat sini (dan aku percaya di negara2 jiran juga) tgk world cup kat channel Israel sebab the next channel yg tunjuk world cup adalah BEin Sport yang kena bayar. Jadinya, semua orang tgk berita tu, semua org akan tahu dan rs marah, setidak2nya marah sebab x dpt tgk bola.

Dunia sedang berlaku tidak adil dengan negara Islam. Semua orang nampak. Semua orang tahu. Tapi tiada siapa yang mahu membantu.

Isnin, 30 Jun 2014

Attitude

Semua buku motivasi kerja, buku pengurusan dan buku psikologi bersetuju perkara utama yang memacu kepada kejayaan individu dan organisasi bukan kepintaran, bukan strategi tetapi attitude atau sikap. Kalau sikap itu negatif, otak bagus mcm mana pun, strategi hebat mcm mana pun tidak akan membuahkan hasil.

Hasil bacaan daripada beberapa buku dan dokumentari, ada 3 perkara yang boleh mempengaruhi sikap iaitu;

1. Genetik - sikap seorang anak boleh diperolehi daripada orang tuanya secara genetik. Aku berpendapat, jika diwarisi secara genetik, perilaku itu tidak wajar dipanggil sikap, tetapi tabiat. Antara contohnya orang kita panggil kenan. Aku pun tak reti mcmane nak cerita tapi sikap yang diwarisi genetik adalah sukar untuk diubah.

2. Persekitaran - anak itu belajar dengan cara memerhatikan persekitarannya. Persekitaran boleh jadi perilaku ibubapa, adik beradik, jiran-jiran, rakan, dan termasuklah segala rancangan tv dan video dalam youtube bagai tu.

Cerita sikit. Ada anak buah aku ni selalu main game yang ketuk-ketuk binatang yg keluar daripada lubang tu. Satu hari, dia amik hammer ketuk hamster dia! Anak buah aku ni perenpuan, ketika itu berusia 4 tahun.

3. Pendidikan - ilmu yang diterapkan oleh ibubapa, guru, rakan-rakan atau rancangan tv dan internet sebagainya. Pendidikan ni boleh jadi 'pendinding' kepada persekitaran; sama ada menapis pengaruh persekitaran yang buruk atau yang baik.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau fikir balik, aku rasa semua faktor yang pengaruhi sikap seseorang pasti datang daripada salah satu punca ini. Betul ke semua? Agama macam mana?

Pada mulanya, aku sendiri kategorikan agama di bawah perkara pendidikan. Ye la. Very logic. Kita ada pendidikan agama, kita boleh jadikan ia sebagai pendinding kepada persekitaran. Tapi hari ini aku dah berubah sedikit pandangan aku. Aku rasa agama sepatutnya jadi perkara on its own. Ni arguement aku.

Sabda Rasulullah, "Di dalam badan manusia ada seketul daging (hati). Jika baik daging ini, maka baiklah ia dan jika buruk daging ini maka buruklah ia."

Dalam perkara-perkara diatas, kesemua faktor tersebut adalah faktor 'otak' iaitu faktor-faktor yang boleh difikir (kecuali genetik of course). Kita FIKIR nak hisap rokok sebab nak join kawan-kawan, kemudian kita FIKIR dengan ilmu yang kita telah perolehi nak stop merokok sebab takut pelbagai penyakit. FIKIR FIKIR FIKIR.

Hati on the other hand membuatkan kita rasa. Rasa macam hisap rokok itu berdosa sebab merbahayakan orang sekitar. Rasa berdosa sebab merbahayakan diri sendiri. Rasa berdosa sebab membazir, langgar perintah Allah dan sbginya. Dan 'rasa' ini hnya boleh dipupuk / dilembutkan dengan izin Allah iaitu nikmat iman. Kena mnta dengan Allah. Kena ibadah banyak2. Kemudian kena jaga.

Aku juga berpendapat hati ni independent / tidak berkait dengan ketiga-tiga faktor awal tu. Bapa yang berhati mulia belum tentu melahirkan anak yang juga berhati mulia. Ada anak pakar motivasi yang tinggi ilmu agamanya tapi anak dia penagih dadah. Kalau dilihat anak itu ada genetik yang baik, persekitaran tentu baik kerana membesar dengan ayahnya, pendidikan terbukti baik dengan lulusan sekolah agama dan pendidikan tinggi. Jadi mana lagi salahnya? HATI.

Mungkin kita terlalu membaca karya tokoh bukan Islam. Karya mereka tidak salah, tetapi benar pada tahap pemikiran mereka sahaja. Kita sendiri pun tahu yang fikiran manusia ni terhad maka apa yang mereka fikirkan ini tidak sempurna kecuali jika mereka berpandukan kepada Al-quran.


Khamis, 26 Jun 2014

Selamat Berjuang Mej Abdullah

Jihad yang paling besar bukanlah berperang menentang musuh. Ini menunjukkan bahawa banyak lagi perjuangan lain yang dituntut oleh Allah selain daripada peperangan. Hari ini merupakan hari terakhir Mej Abdullah berjuang bersama kami di Malbatt. Dia akan pulang ke Malaysia untuk perjuangan yang lain, yang lebih besar untuknya.

Mej Abdullah orang yang steady. Ceria tapi kurang bercakap sesuai dengan kedudukan beliau sebagai ketua elemen woksyop. Ye la, woksyop ni kerja dia aktif. Hari-hari ada kereta rosak yang diorang kena baiki. Anggota elemen JLJ antara elemen yang paling ramai menyebabkan kerja pengurusan pun banyak.

Pada bulan Februari 2014, kami dikejutkan dengan berita anak perempuan beliau, Nurfathin Shahira bt Abdullah berusia 11 tahun dikesan menghidap kanser tulang di kaki kirinya. Pihak Malbatt menguruskan beliau untuk cuti kebajikan pulang ke Malaysia untuk membolehkan anak beliau mendapatkan rawatan. Dalam tempoh sebulan beliau di Malaysia, beliau sempat membawa anak beliau untuk mengikuti 2 sesi kimoterapi. Doktor memaklumkan selepas 3 sesi, anak beliau akan sihat seperti sediakala. Maka, beliau pun kembali ke Lubnan untuk terus berkhidmat.

Pada bulan Mei 2014, Mej Abdullah dimaklumkan yang kimoterapi tidak berjaya dan kaki anaknya terpaksa dipotong. Sekali lagi Mej Abdullah pulang ke Malaysia atas dasar kebajikan untuk bersama anaknya melalui prosedur tersebut. Kaki kanan anaknya terpaksa dipotong di atas  paras lutut.

4 jam selepas pembedahan bermula, Mej Abdullah di panggil doktor ke dalam dewan bedah. Doktor memaklumkan bahawa kanser telah merebak dan kaki anaknya terpaksa dipotong hingga ke atas paha. Dengan pasrah beliau terpaksa merelakan.

4 jam kemudian, selepas pembedahan selesai, beliau sekali lagi dipanggil oleh doktor. Doktor maklumkan yang mereka baru sahaja mendapati bahawa virus kanser telahpun menular sehingga ke paru-paru anaknya. Dan tiada apa yang boleh dilakukan oleh doktor lagi. Anak beliau kini dibenarkan pulang.

Kepada Maj Abdullah, kami doakan tuan diberi kekuatan untuk membawa keluarga tuan melalui saat getir ini. Selepas hujan, pasti akan muncul pelangi yang indah. Kami doakan yang terbaik untuk tuan dan keluarga. Dan percayalah, ajal itu di tangan Allah.

Jumaat, 20 Jun 2014

Sup Ayam untuk Roh Cikgu

Saya tahu tajuk kali ini agak pelik. Ini sebenarnya terjemahan terus kepada pakej siri motivasi terkenal antarabangsa (chicken soup for soul). Sempena Hari Guru, saya berhajat untuk menulis mengenai kisah bagaimana guru-guru mwmberi inspirasi kepada saya. Dan bagi memuliakan mereka, saya akan cuba menulis dengan bahasa melayu.

1. Inspirasi mental
Semasa sekolah, saya merupakan pelajar yang aktif. Suatu ketika, saya mewakili sekolah untuk sukan olahraga. Pertandingan berlangsung di stadium Perak. Pada petang itu, saya dijadualkan untuk mengikuti acara saringan lumba lari 400m serentak dengan itu juga, saya terlibat dengan acara lompat tinggi di sekolah - acara sebelum sukan. Oleh kerana saya amat meminati acara lompat tinggi, saya tetap ambil bahagian hinggakan saya terlewat ke stadium.

Setibanya saya di stadium, saya dapati acara saringan 400m sudah hendah dimulakan. Sebaik sahaja guru pengiring saya nampak ketibaan saya, dia segera berlari ke arah pelepas dan minta acara ditangguhkan. Saya nampak dia dimarahi pelepas tetapi dia terus merayu. Kemudian dia segera mendapatkan saya, bantu saya bersiap sambil tak henti-henti berikan kata semangat. Saya dapat mengikuti saringan tersebut dan mendapat tempat kedua.

Pada pagi besoknya di stadium, ketika kontigen sekolah sedah berehat, guru saya datang kepada saya dan bertanyakan kenapa saya lewat. Saya maklumkan yang saya terlibat dengan acara sukan sekolah. Kemudian, dengan tenang dia memberitahu yang tidak salah untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa tapi perlulah bijak meletakkan keutamaan. Mewakili sekolah adalah amanah dan semestinya lebih utama daripada sukan sekolah.

Cikgu boleh marah saya ketika saya tiba petang itu. Saya tahu dia tertekan. Tetapi dia memilih untuk menjaga maruah, mental dan emosi saya dan menegur saya pada keesokkannya. Berkat bimbingan dan semangat yang diberikan, saya berjaya mendapatkan pingat emas olahraga MSSPK pertama untuk sekolah saya.

2. Inspirasi ketekunan
Semasa di tingkatan 5, guru matematik kami terjatuh tangga sekolah menyebabkan kaki beliau patah. Beliau diberi cuti sakit selama sebulan. Dalam tempoh tersebut, mata pelajaran matematik dan matematik tambahan yang diajar oleh cikgu itu diganti oleh guru yang lain.

Selepas guru matematik kami kembali bertugas, beliau segera merancang untuk mengadakan kelas tambahan secara percuma kepada kami untuk mengajar semula bab-bab yang tertinggal, dan untuk membimbing kami supaya lebih bersedia untuk SPM.

Beliau bercuti bukanlah kerana sengaja, tempat beliau turut digantikan oleh guru lain tetapi atas dasar tanggungjawab dan mahu melihat kami berjaya, beliau sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk membimbing kami. Majoriti cikgu yang mengajar kami turut ada melaksanakan kelas tambahan percuma di luar waktu persekolahan. Melihat kepada siri saya sendiri, saya sendiri pun akan berfikir berkali-kali untuk membuat kerja lebih masa kini. Cikgu sememangnya tekun.

3. Inspirasi Psikologi
Selepas peperiksaan akhir, kami berasa sangat lega. Pada malam tersebit, kami berpakat beramai-ramai untuk bermain futsal di tengah jalan, diantara dua blok asrama. Suasana sangat bising.

Tiba-tiba datang warden asrama memarahi kami. Kami dengan hati kering langsung tidak mengendahkan warden tersebut. Dia putus asa dan berlalu untuk mendapatkan pengetua asrama. Ada sebahagian daripada kami yang dah balik tapi ramainya masih terus bermain.

Pengetua datang. Dia kemudian memanggil salah seorang dari kami untuk bercakap dengannya. Dia terlebih dahulu bertanya kenapa kami bermain pada waktu malam. Kami maklumkan yang kami ingin melepaskan tekanan selepas ujian. Dia kemudian menasihati kami, kami tidak boleh pentingkan diri. Orang lain juga mahu lepaskan tekanan dan kami membuat bising akan mengganggu mereka. Dia kemudian memberi kami peluang untuk bermain lagi 15 minit dan kemudian minta kami bersurai sendiri.

Dengan penerangan rasional dan kepercayaan yang diberi, kami pun bermain, dan bersurai selepas 15 minit kemudian. Saya kagum dengan cara dia menegur kami, terkesan di hati kami, dan dia berjaya hentikan kami.

      *********** TAMAT BAHAGIAN PERTAMA************

Khamis, 12 Jun 2014

Money Matters

Setiap bulan, pegawai dari pejabat gaji / belanjawan akan ke pejabat kedutaan Malaysia di Beirut. Kami akan pergi menaiki kereta sewa, pakai baju awam sebab kalau ikut agreement UNIFIL, pergerakan peacekeepers hanya di selatan Lubnan sahaja. Biasanya kami akan gerak berempat, 2 pegawai yang berurusan dan 2 dari komando. Beirut merupakan ibu negeri Lubnan, terletak lebih 90km daripada kem kami di Ma'rakah.

Apa urusan kami di sana setiap bulan?
Kami ke sana untuk mengambil duit gaji warga Malbatt setiap bulan. Malbatt tidak mempunyai akaun bank antarabangsa. Malbatt menumpang akaun bank kedutaan Malaysia di Beirut. Kenapa Malbatt tidak mempunyai akaun bank sendiri untuk tujuan penerimaan duit gaji?

1. Program sementara. Malbatt merupakan program sementara yang bila-bila masa boleh dibubarkan. Sekiranya diarahkan untuk dibubarkan, urusan penutupan akaun sedikit menyusahkan.

2. Limitasi keselamatan. Bank-bank di selatan Lubnan tidak menyimpan jumlah wang yang banyak pada satu-satu masa atas sebab keselamatan. Malbatt memerlukan wang yang banyak pada satu2 transaksi. Bayangkanlah nak bayar gaji 850 orang.

3. Sekatan luar. Sesetengah entiti / negara (US to be specific) mempunyai kapasiti untuk menyekat wang masuk pada mana2 akaun di Lubnan sekiranya transaksi dalam USD. Masa kami nak bayar kos pembangunan kepada kontraktor kami melalui Mks Angkatan Bersama di Malaysia, pembayaran tersebut disekat oleh US sebab dia meragui transaksi kami. Kalau melalui kedutaan, akaun diplomatik, entiti / negara luar tidak berani untuk membuat sebarang campurtangan.

Perjalanan ke Beirut mengambil masa lebih 2 jam. Ini kerana faktor jalan. Selepas sampai ke lebuh raya (selepas keluar dari selatan lubnan) perjalanan semakin lancar. Apabila tiba di Saida (pinggir Beirut, mula kelihatan pembangunan yang pesat, bangunan pencakar langit dan sebagainya. Benar-benar bertentangan dengan selatan Lubnan yang umpama pekan koboi.

Tiba di pejabat kedutaan. Kedutaan malaysia terletak di tingkat atas sebuah office suite. Typical Malaysia, kedutaan Malaysia dibina atas dasar 'percaya'. Safety memang sangat loose. Tiada security guard, tiada steel grill, tiada metal scanner whats so ever. Keluhan ini turut disuarakan pegawai Malaysia di kedutaan tapi nak kata apa lagi? Pasrah je la dengan dasar penjimatan negara.

Selesai urusan mengambil cek dari pejabat kedutaan, kami berkejar ke bank standard chartered yang terletak kira-kira 5km dari kedutaan. Kenapa berkejar? Sebab standard chartered close for transaction at 1 pm! Dan standard chartered tu ada 3 branch je kat beirut. So much of an international bank.

Urusan selesai. Kami biasanya kena bawa beg sendiri sebab bank bagi duit semata. Plastik beg pun x bagi.

Jumaat, 16 Mei 2014

Kemelut Syria 2

Dalam kegembiraan kita menjalani kehidupan seharian, perang saudara Syria terus meletus bak kata BBC, business as usual, bloody as ever. Mengikut rekod SOHR, lebih daripada 206,065 orang telah terkorban dalam peperangan diantara kerajaan dan rakyat ini sehingga Mac 2014. Yang kita diberitahu, kerajaan pimpinan Bashar al Assad merupakan pemimpin zalim.

Kita juga dimaklumkan yang tebtera pimpinan Bashar Al-Assad membunuh rakyat dengan kejam dan tanpa sebab. Siapa yang menentangnya akan dibunuh. Pada awal April 2014, kita dihebahkan dengan menggunaan senjata Klorin (Chlorine Bomb) yang menyebabkan rakyat melecur dan mati dengan terseksa dan gas beracun yang membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa.

Pada pertengahan bulan Mei 2014 pula, didedahkan oleh media antarabangsa yang kerajaan Bashar al-Assad membuat serangan ke atas petugas perubatan untuk menghalang mangsa perang daripada mendapatkan rawatan. 50% daripada hospital di Syria musnah, 90% ambulans dirosakkan dan lebih 400 orang petugas perubatan terbunuh dan 15,000 telah lari keluar negara.

Tapi, there is always two sides of a coin. Siapa media perdana? BBC (UK), dan CNN (US). Siapa yang menyokong kerajaan Syria? (Iran, Hizbullah (Lebanon), Russia dan China). Siapa yang menyokong pembangkang Syria? (Qatar, Arab Saudi, Turkey, US, UK). Its and open secret! Lepas sy dpt maklumat ni, sy google dan yup its on the internet. Jika benar mereka mahu hentikan peperangan ini, kenapa mereka bekalkan dengan senjata, peluru, dan bantuan peperangan? Jawapannya, mereka tak mahu perang ini berhenti!

Isu perang saudara Syria telah dibincangkan dalam Syria-Geneva Peace Talk sebanyak 2 siri pada Jan 2014. Dalam korum tersebut, semua negara yang hadir mengutuk tindakan kerajaan Syria. Tetapi dalam korum tersebut tidak dijemput bersama negara proksi Syria iaitu Iran. Makanya tiada siapa yang bercakap di pihak Syria. Maklumat lanjut mengenai perbincangan tersebut http://m.bbc.com/news/world-middle-east-25836827

Dalam satu sesi media yang lain, Foreign Minister Syria menafikan penggunaan bom klorin dan gas beracun keatas kanak-kanak. Mereka tiada kemampuan, tiada kepakaran. Hal ini turut disahkan oleh team risik UN sendiri dalam siasatan mereka, mereka gagal menemui apa-apa bukti.

Sama juga dengan propaganda pembunuhan petugas perubatan di Syria. Laporan al jazeera menyatakan 90% serangan ke hospital adalah daripada kerajaan dan 10% penentang. Betul ke fakta ni? Apa kemungkinan orang-orang luar yang menyerang hospital-hospitak ini? Kalau pun betul fakta ini, kenapa penentang pun serang hospital? Jawapannya, untuk menyalahkan kerajaan, meraih simpati orang luar, menanam kebencian terhadap kerajaan, membakar semangat penentangan. Dan, membuatkan dunia beri kebenaran kepada US untuk campur tangan dan 'betulkan' keadaan.

Saban hari, kita dengar ramai umat Islam pergi berjihad di Syria. Dari Malaysia pun ada. Menyertai puak penentang menjatuhkan kerajaan Syria. Orang Islam menentang orang Islam. Yang terkorban, orang Islam. Yang menang adalah orang bukan Islam.

Saya tidak berkata Bashar Al-Assad baik. Tetapi saya ingin katakan ramai pihak bukan Islam mengambil kesempatan atas perkara ini untuk melaga-lagakan kita. Bandingan isu krisis Ukraine - Crimea - Russia dengan perang Syria ini. Kemelut Syria berlangsung sejak 2011 dan berterusan hingga kini. Mampu ke puak penentang yang full time menentang, tak ada income, tapi bukan setakat cukup makan, siap boleh beli peralatan perang.

Moral of the story, we have to look at both sides of the story, then we assess. Be honest, siapa pernah baca kenyataan Bashar al Assad atau mana-mana menteri dia? Orang Malaysia, pantang nampak cerita panas sikit terus forward, terus share. Ingat kisah villa nabila? Lawak april fool minyak naik 30 sen? Kita punyalah forward, sekali benda tu bodoh semata-mata.

Sabda Rasulullah, "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadap piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka sahabat R.A bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh semakin kuat?"

Jawab Rasulullah, "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di lautan."

Khamis, 15 Mei 2014

Hari Nakba: Memperingati Palestine

Malaysia meraikan pelbagai hari peringatan dan sambutan. Ada sambutan agama dan budaya tempatan, kebanyakkannya yang diambil daripada budaya luar. Satu hari yang penting tapi tak pernah dihayati oleh Malaysia adalah hari Nakba.

Hari Nakba (yawn an-Nakba) bermaksud hari malapetaka (catastrophe) jatuh pada 15 Mei iaitu serentak dengan hari penubuhan Israel. Tahun ini merupakan tahun ke 66 sambutan sejak dimulakan pada 1948. Pada Hari Nakba, warga Palestine akan berhimpun untuk memperingati dan menuntut semula tanah air mereka yang dirampas oleh Israel.

Pada 7 Mei 2014, perhimpunan kecil melibatkan arab Israel (warga palestin yg menjadi penduduk tetap Israel) di kota Israel. Mereka telah direman. Menteri luar Israel dalam kenyataannya menyatakan tindakan ini menunjukkan mereka tidak tahu mengenag budi selepas diberi status penduduk tetap.

Semalam, 5 cedera dan 2 warga Palestin terbunuh di tebing barat dalam perhimpunan Hari Nakba. Di Ramalah, perhimpunan bertukar menjadi ganas apabila warga Palestin mula membakar bendera Israel dan lain-lain provokasi melampau (menurut pasukan keselamatan Israel).

Bahang Hari Nakba turut dirasai di Lubnan. Terdapat lebih 500,000 pelarian Palestin di 12 kem pelarian rasmi di Lubnan tidak termasuk yang tak rasmi. Demi mengawal keadaan, 1 konpeni Quick Respond Force (PAC) Malbatt 850-1 telah diatur gerak ke lokasi untuk standby. Tujuan untuk memastikan keadaan di selatan Lebanon kekal aman.

Perhimpunan di Lebanon berlaku di Sidon, dekat sempatan Israel. Warga palestin dikatakan memakai pakaian yang sama dipakai oleh mereka / nenek moyang mereka ketika keluar dari Palestin, membawa kunci rumah mereka di Palestin dan membawa bendera sambil berarak seolah-olah mahu pulang ke Palestin. Perhimpunan di Sidon berjaan dengan tenang dan tiada insiden.

Maka perhimpunan hanya kekal perhimpunan. Warga Palestin tetap kekal pelarian apabila rumah mereka dirampas di hadapan mata dunia tetapi tiada yang menghalang.

Selamat Hari Nakba.

*gambar daripada Al Jazeera dan Dailystar*

Rancangan Kontigensi: Letupan di Main Gate

Bagi tujuan latihan dan persediaan, hari ini satu simulasi letupan berlaku di main gate kem malbatt.

TOC membunyikan siren dgn kata kod mengarahkan pertahanan kem diaktifkan. Pertahanan kem bermaksud semua warga yang berada di dalam kem perlu mendirikan kawalan parameter sekeliling kem.

Semua anggota memakai armor vest dan helmet, draw senjata, berbaris dalm elemen di kawasan sektor yang telah ditetapan, semak kekuatan, lapor ke Tactical Operation Centre (TOC) dan terus mengawal di sektor masing2.

4 tempat yang diberi penekanan dalam kawakan keselamatan adalah (1) Pejabat komander, (2) TOC, (3) pejabat komunikasi (komsen) dan (4) generator. Komando akan mengelilingi kaw pej komander, TOC dan komunikasi.

Selepas mendapat panggilan daripada pasukan yang bertahan, Forward Medical Team terus bergegas dgn team medical utk mangambil org cedera. Untuk makluman, semua staf medic turut dikerah membuat pertahanan kem dahulu dan hany akan kembali ke hospital bila ada keperluan (kecederaan) dan hospital disahkan selamat.

TOC dari semasa ke semasa akan menilai serangan dan akan mobilize mana2 elemen untuk membantu kawasan yang dirasakan perlukan bantuan. Kawasan yang tiada ancaman akan dicover oleh  elemen bersebelahan, maka had kawalan pegawai tersebut bertambah.

Dalam keadaan cemas, sekiranya musuh membuat serangan udara, satu lagi rankon akan diaktifkan meminta semua mengambil pelindungan di bunker. Dalam bunker ada cukup bekalan makanan untuk hidup selama 3 hari.

Walaupun nampak mudah, tapi dalam keadaan cemas, kepatuhan kepada arahan amat penting dalam memastikan keselamatan dan kelancaran dalam pelaksanaan sesuatu rancangan. Dalam latihan ini juga barulah kita dapat nilai semula pelan yang diatur sama ada sesuai atau perlu ditingkatkan lagi. Sangat kagum dengan perancangan, taktikal dan pelaksanaan oleh semua warga malbatt. Saya rasa selamat..hahahahaa

Pengalaman yang amat bermakna buat saya.

Jumaat, 9 Mei 2014

Spring in Lebanon

Musim sejuk telah berlalu, kini masuk ke musim bunga. Cuaca semakin baik, dah kurang sejuk. Setiap petang, bertaburan anak-anak malbatt di setiap pelusuk kem ma'rakah bersukan - walaupun dalam kemudahan yang serba terhad. Dalam entri kali ni, aku nak share kemeriahan anak-anak malbatt di waktu petang ;)

Ada yang main bola, bola tampar, badminton, timbang takraw, dan ada jugak yang jogging semata-mata.

Rabu, 7 Mei 2014

View from top

View from the top enable you to see the whole picture. True enough. But you might not see the detail. And if u are too high, your view might be blocked by the cloud. Memang susah nak nak buat decision yang betul kalau kita tak ada enough information. Inilah dilema seorang pemimpin (bukan aku ye, aku cuma cuba belajar daripada pengamatan)

Kes 1
Malbatt ada seorang pekerja kontrak potong rambut. Kita bayar dia fixed monthly salary tak kira berapa kepala dia potong pada bulan tersebut. Bila aku pergi kedai dia, aku rasa layanan dia cukup baik. Kedai bersih dan wangi, potongan profesional dan siap shampoo lagi. Shampoo is compulsary and was written in the contract. Dia selalu ada di kedai kecuali tine waktu sembahyang dia pegi masjid.

Tapi, staf semua tak suka dia. Staf kata dia kurang ajar, tak hormat orang. Potong ikut suka hati dan hanya shampoo pegawai sahaja. Diorang kata mmg la layan aku baik sbb aku jaga gaji dia. Semua staf dalam 1 undian yang dibuat bersetuju untuk buang barber ni, ambil barber lain.

Dilemanya, adakah pegawai2 ni semua dibutakan oleh layanan baik dia sampai tak ada yang sedar dia tak bagus? Atau adakah staf-staf ni yang mengada-ngada nak barber yang ikut cakap diorang saja? Atau adakah staf ni diracun oleh suara minoriti yang sblm ada barber ni, dorg ambil upah potong rambut? Jika barber ini diganti, apakah jaminan next barber lebih baik daripada this barber?

Kes 2
Malbatt ada beberapa orang pekerja kontrak pembersihan. Salah seorang daripada pekerja-pekerja ni adalah orang arab beragama kristian. Dia duduk jauh daripada kem tapi tetap gigih sanggup berulang walaupun gaji dia tak seberapa banyak sebab dia boleh dapat side income melalui jualan souvineer kepada anggota Malbatt.

Satu tengah hari, komander masuk dewan mkn, terus merungut dan nak worker ni dipecat. Komander kata dia lalu cook house dan tergerak hati nak inspect toilet. Sekali toilet tu kunci. Dia minta staf dapatkan kunci. Bila buka, terkejut dia nampak dlm toilet tu bersusun Al-Quran! Al-Quran yang worker ni jual kepada staf Malbatt. Betapa dia tak hormat agama Islam.

Selepas keputusan dibuat, kami dah bayar gaji akhir dia, dia pun merayu kepada komander dan janji takkan buat lagi. Dia kata dia susun dengan kemas. Toilet tu pun tak digunakan dan bersih. Tak cukup dengan itu, kawan-kawan dia yang merupakan wrga tempatan pun rayu. Staf Malbatt pun ada yang rayu sama, kata dia kerja ok dan barang yang dia jual pun ok.

Dilemanya, perlukah buang dia atas kesalahan yang dia tak sengaja / tak tahu ianya satu kesalahan? Berbaloikah pecat dia sehingga jejaskan hubungan dengan masyarakat setempat (kawan2 dia) dan segelinter warga Malbatt yang sokong dia dikekalkan? Kalau nak kekalkan dia, apa jaminan dia tak buat lagi? Apa persepsi pekerja lain terhadap ketegasan pengurusan jika pemecatan dia ditarik balik?

Kesimpulan, buat keputusan memang susah. Kita memang takkan pernah ada maklumat yang cukup untuk buat keputusan. Pada saya, yang terbaik of course kita buatlah solah istiharah. Then, dexision kita kenalah berdasarkan priority. 1st priority tentulah Islam. Then jika priority adalah penjimatan, might as well terminate both.

Apa pun, you can never satisfy everyone and sometimes no one. Pada aku, cukuplah aku memenuhi kehendak Islam walaupun ianya bukan keputusan favourite sebab yang membuka hati orang-orang ni untuk suka / benci aku adalah Allah ;)