Khamis, 15 Mei 2014

Hari Nakba: Memperingati Palestine

Malaysia meraikan pelbagai hari peringatan dan sambutan. Ada sambutan agama dan budaya tempatan, kebanyakkannya yang diambil daripada budaya luar. Satu hari yang penting tapi tak pernah dihayati oleh Malaysia adalah hari Nakba.

Hari Nakba (yawn an-Nakba) bermaksud hari malapetaka (catastrophe) jatuh pada 15 Mei iaitu serentak dengan hari penubuhan Israel. Tahun ini merupakan tahun ke 66 sambutan sejak dimulakan pada 1948. Pada Hari Nakba, warga Palestine akan berhimpun untuk memperingati dan menuntut semula tanah air mereka yang dirampas oleh Israel.

Pada 7 Mei 2014, perhimpunan kecil melibatkan arab Israel (warga palestin yg menjadi penduduk tetap Israel) di kota Israel. Mereka telah direman. Menteri luar Israel dalam kenyataannya menyatakan tindakan ini menunjukkan mereka tidak tahu mengenag budi selepas diberi status penduduk tetap.

Semalam, 5 cedera dan 2 warga Palestin terbunuh di tebing barat dalam perhimpunan Hari Nakba. Di Ramalah, perhimpunan bertukar menjadi ganas apabila warga Palestin mula membakar bendera Israel dan lain-lain provokasi melampau (menurut pasukan keselamatan Israel).

Bahang Hari Nakba turut dirasai di Lubnan. Terdapat lebih 500,000 pelarian Palestin di 12 kem pelarian rasmi di Lubnan tidak termasuk yang tak rasmi. Demi mengawal keadaan, 1 konpeni Quick Respond Force (PAC) Malbatt 850-1 telah diatur gerak ke lokasi untuk standby. Tujuan untuk memastikan keadaan di selatan Lebanon kekal aman.

Perhimpunan di Lebanon berlaku di Sidon, dekat sempatan Israel. Warga palestin dikatakan memakai pakaian yang sama dipakai oleh mereka / nenek moyang mereka ketika keluar dari Palestin, membawa kunci rumah mereka di Palestin dan membawa bendera sambil berarak seolah-olah mahu pulang ke Palestin. Perhimpunan di Sidon berjaan dengan tenang dan tiada insiden.

Maka perhimpunan hanya kekal perhimpunan. Warga Palestin tetap kekal pelarian apabila rumah mereka dirampas di hadapan mata dunia tetapi tiada yang menghalang.

Selamat Hari Nakba.

*gambar daripada Al Jazeera dan Dailystar*

1 ulasan:

  1. thanks for sharing beb..tahu pasal hari peringatan ni pun masa dengar radio ikim..sedih mengenangkan nasib bangsa seagama, hilang tanah sendiri sedikit demi sedikit...

    BalasPadam