Bagi tujuan latihan dan persediaan, hari ini satu simulasi letupan berlaku di main gate kem malbatt.
TOC membunyikan siren dgn kata kod mengarahkan pertahanan kem diaktifkan. Pertahanan kem bermaksud semua warga yang berada di dalam kem perlu mendirikan kawalan parameter sekeliling kem.
Semua anggota memakai armor vest dan helmet, draw senjata, berbaris dalm elemen di kawasan sektor yang telah ditetapan, semak kekuatan, lapor ke Tactical Operation Centre (TOC) dan terus mengawal di sektor masing2.
4 tempat yang diberi penekanan dalam kawakan keselamatan adalah (1) Pejabat komander, (2) TOC, (3) pejabat komunikasi (komsen) dan (4) generator. Komando akan mengelilingi kaw pej komander, TOC dan komunikasi.
Selepas mendapat panggilan daripada pasukan yang bertahan, Forward Medical Team terus bergegas dgn team medical utk mangambil org cedera. Untuk makluman, semua staf medic turut dikerah membuat pertahanan kem dahulu dan hany akan kembali ke hospital bila ada keperluan (kecederaan) dan hospital disahkan selamat.
TOC dari semasa ke semasa akan menilai serangan dan akan mobilize mana2 elemen untuk membantu kawasan yang dirasakan perlukan bantuan. Kawasan yang tiada ancaman akan dicover oleh elemen bersebelahan, maka had kawalan pegawai tersebut bertambah.
Dalam keadaan cemas, sekiranya musuh membuat serangan udara, satu lagi rankon akan diaktifkan meminta semua mengambil pelindungan di bunker. Dalam bunker ada cukup bekalan makanan untuk hidup selama 3 hari.
Walaupun nampak mudah, tapi dalam keadaan cemas, kepatuhan kepada arahan amat penting dalam memastikan keselamatan dan kelancaran dalam pelaksanaan sesuatu rancangan. Dalam latihan ini juga barulah kita dapat nilai semula pelan yang diatur sama ada sesuai atau perlu ditingkatkan lagi. Sangat kagum dengan perancangan, taktikal dan pelaksanaan oleh semua warga malbatt. Saya rasa selamat..hahahahaa
Pengalaman yang amat bermakna buat saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan