Rabu, 7 Mei 2014

Majlis Tilawah Malbatt dan kesan kepada misi

Pada 3 & 4 Mei, malbatt menganjurkan Majlis Tilawah dan Perujian Ilmiah peringkat Malbatt. Dan aku diberi penghormatan utk jadi SU program. Majlis ni ada 4 pertandingan iaitu tilawah Al-Quran, Azan, bacaan khutbah dan nasyid. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, meriah, dan bermanfaat kepada semua peserta, ajk dan jugak yg sekadar datang menonton.

modus operandinya, semua elemen dibahagikan kepada 8 kumpulan; combat team ada 5 kumpulan (alpha - echo) dan elemen-elemen gabung jadi 3 kumpulan. tiap kumpulan ni kena hantar wakil untuk tiap kumpulan. percaya atau tak, orang punya la berebut nak masuk pertandingan ni sampaikan di peringkat kumpulan pun kena buat saringan! semangat bersaing askar Malaysia memang tinggi.

Pada majlis penutp, komander arahkan kami untuk jemput otang tempatan datang menonton dan hantar wakil buat persembahan. Seronok tengok budak kecik mengaji, berghasidah. lepas tu, johan nasyid dan tilawah Malbatt pulak buat persembahan. 

Majlis selesai dengan jaya. semua pihak berpuas hati, termasuklah penduduk tempatan yang dijemput hadir pada majlis penutup. 2 hari selepas majlis tersebut, kami anjurkan satu majlis kesyukuran di kalangan ajk2 atas kejayaan majlis ini.

Dalam ucapan komander pada majlis itu, 1 perkara yang menarik perhatian aku adalah bila komander kata, "Ini adalah persamaan kita dengan orang tempatan, iaitu agama Islam. kita kena tonjolkan supaya mereka perasan, dan mereka ingat. Inilah kekuatan kita berbanding kontigen2 lain dalam misi ini."

It was never about winning or losing. It was never a competition. But in this mission, local acceptance is the key. Lebanon walaupun negara pelbagai agama, masih lagi negara majoriti islam. dan unifil yang membantu mentadbir Lebanon adalahbadan bukan Islam. Penerimaan positif Lebanon ke atas Malbatt akan secara tidak langsung memaksa Unifil untuk memberi peranan lebih besar kepada Malbatt dalam misi unifil ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan