Ramadan karim -Allahu akram
Alhamdulillah kami berjaya selesaikan ibadah puasa hari ini, hari ke 6 Ramadhan. Kali ini aku nak kongsi bagaimana Ramadhan diraikan oleh Malbatt di Lubnan.
Setiap pagi, kami akan bangun seawal 2.30 untuk sahur di dewan makan. Sahur bukan rejimental, maka kalai ada yang nak sahur kat bilik pun boleh. Makanan sahur dimasak oleh cook house, bahan mentah drp Malaysia dan UN. Jadi biasanya kami akan makan nasi.
Pukul 3.30 dah azan subuh. Musim panas memang matahari naik awal sikit. Siang lebih panjang. Kami akan sembahyang jemaah, kemudian balik bilik tido.
Waktu pejabat bermula pukul 8.00 pagi. Untuk bulan Ramadhan ni, komander tak wajibkan baris pagi rejimental, cuma perbarisan peringkat eleman masing-masing. Jadi kadang-kadang aku boleh la lambat sikit masuk pejabat :P untuk bulan puasa, official office hour sampai pukul 3.00pm.
Azan zuhur dalam pukul 12.30 kami ke masjid. Lepas solat jemaah, ada tadarus al-Quran. Elemen-elemen dipecah kepada 8 kumpulan, boleh hantar seberapa banyak peserta tadarus. Kami team markas purata setiap hari ada 10 orang. Sesi tadarus tamat pukul 3.00pm. Kemudian biasanya aku akan rehat kat bilik dan contact famili sbb time tu Malaysia dah buka puasa.
Azan asar dalam pukul 4.30. Siap sembahyang semua dalam pukul 5.00 kemudian kami akan riadah. Sekarang ni musim main badminton. Aku dah jarang jogging sangat sebab matahari still terik lagi time ni. Gelap aku nanti :P riadah sampai 6.30, then aku mandi.
Pukul 7.00 kami akan kumpul kat dewan makan / mess. Buka puasa? Belum lagi. Kami kumpul tengok World cup. Hehehee. Tengok di channel Israel.. Game pertama biasanya pukul 7.00. Habis 1st half dekat pkl 8.00 baru buka puasa. Kami akan makan kuih dulu, kemudian sembahyang magrib kemudian baru makan. Aku biasanya akan tengok bola sampai abis dulu, habis bola pukul 9.00 baru makan. Tp kalau lapar, makan jugak la.
Azan isyak pukul 9.30. Untuk bulan ramadhan ni kami dibenarkan pakai baju selain loreng untuk terawih. Meriah sgt masjid malbatt. Lepas isyak, kami terawih 8 rakaat + 3 witir. Habis pkl 11.00, terus ke dewan mkn untuk morey sambil tengok game ke2 word cup.hehee..sampai pukul 1.00, balik bilik, tido. Pukul 2.30 bangun sahur dan teruskan rutin bulan puasa.
Untuk anggota, kerja peace keeping terus macam biasa. Kawalan keselamatan kem mcm biasa. Exercise keselamatan pun macam biasa. Kami juga ada beberapa event kebajikan mcm majlis makan dengan anak yatim, tabung kebajikan, dan yg paling besar buat masa skang adalah nak menyambut lawatan Menteri Pertahanan dan lawatan raya PAT.
Memang puasa kat sini sedikit panjang berbanding kat Malaysia. Dalam 17 jam. Ditambah lg dengan musim panas, lebih terik daripada malaysia. Sini kurang berawan. Tapi pengalaman puasa kat sini sangat bernilai. Moga ibadah kami diterima. ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan