Pada 17 Julai 2014, kita dikejutkan dengan berita penerbangan MAS MH17 ditembak jatuh di sempadan Ukraine - Ruasia. Berita tersebut sampai ketika kami hampir-hampir berbuka puasa. Berita tersebut amat mengejutkan kami dan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada semua yang terkesan dengan kemalangan ini.
Al-fatihah
Pada 19 Julai 2014, kami menerima panggilan daripada Komander Indobatt bertanyakan sekiranya dia dan beberapa orang anggota boleh berbuka puasa di Malbatt. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan, maka pada petang tersebut delegasi seramai 10 orang datang berbuka bersama kami.
Delegasi indonesia tiba sekitar pukul 6. Tiada majlis rasmi, cuma kunjungan santai, berkumpul di mess pegawai, bersembang sesama kita, kemudian berbuka puasa bersama. A very warm session indeed. Indobatt antara kontigen terbesar di UNIFIL dengan anggota seramai 1200 orang.
Selesai maan, sebelum berjalan ke masjid untuk solat maghrib, komander Malbatt membuat ucapan mengalukan kehadiran Indobatt dan menyatakan betapa kami berbesar hati menerima kunjungan mereka.
Kemudian giliran komander Indobatt menyampaikan sepatah dua kata. Dia memulakan ucapan dengan mengajak kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa MH17. Dia kemudian melahirkan rasa simpati atas kemalangan tersebut, menyatakan yang mereka sebagai jiran turut berasa sedih di samping terdapat 11 penumpang indonesia yang terlibat.
It was just a simple visit and a short sympathy speech tapi kami (at least aku) rasa sangat2 relieved. Seolah-olah ada orang yang peduli kesedihan kami dan nak nangis bersama kami. Perkara ini buat aku benar-benar menghayati maksud 'serumpun'. Indonesia dan Malaysia adalah bersaudara.
Harap semangat ini dapat dihayati oleh kita semua bersama. Kalau kita yg jiran ni pun tak boleh bersatu, maka tak payah cakap lagilah pasal kesatuan umat Islam sedunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan