Sabtu, 19 Julai 2014

Tempias Serangan Israel ke Lubnan

Sebelum aku mulakan catatan, mohon rakan-rakan pembaca untuk terlebih dahulu sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara-saudara kita yang terkorban dalam kemelut Gaza-Israel.

***********************************  AL-FATIHAH  *********************************

Hari ini merupakan hari kesepuluh Gaza diserang oleh Israel. Hari kedua Israel melancarkan ground troops masuk ke dalam Gaza untuk 'search and destroy'. Sehingga hari ini, lebih 300 orang telah terkorban dan ribuan telah cedera. Angka ini akan terus meningkat.

Di Lubnan, bahangnya turut dirasai. Lebih 500,000 pelarian Palestin di Lubnan di 12 kem pelarian berdaftar, dengan majoriti rakyat dari parti Hizbollah yang sememangnya ditubuhkan atas dasar kebencian kepada Israel dan semua rakyat Lubnan yang terasa kerana tindakan Israel yang membunuh tanpa peri kemanusiaan.

Sepanjang 10 hari ini, empat kali roket telah dilancarkan daripada Lubnan iaitu pada 11, 12, 13 dan 14 Julai. roket dilancarkan dari sempadan Lubnan-Israel, disyaki berdekatan dengan Palestine Refugee Camp (PRC). Diceritakan oleh Kapt Fadzli yang bertugas di Sec West HQ, Shamar, dekat dengan sempadan; pada 12 Julai lewat malam, tiba-tiba kedengaran letupan kuat bertubi-tubi. Kemudian kedengaran ambulans meluru ke arah PRC. Selepas itu, Sec West HQ mendapat panggilan telefon daripada Israel Defense Force (IDF) memaklumkan serangan selesai.

Perkara yang sama turut berlaku pada 13 Julai. Berlaku letupan bertalu-talu, dimaklumkan IDF melancarkan 13 das tembakan artileri, kemudian mereka hubungi Sec West HQ memaklumkan mereka telah selesai menyerang. Dalam kedua-dua insiden ini, serangan dibuat sebagai tindak balas kepada roket yang dilancarkan dari Lubnan. reaksi cepat IDF ini adalah susulan daripada penempatan 2 unit Rejimen Artileri di sempadan Israel - Lubnan.

Pada 14 Julai, 2 buah roket lagi dilancarkan ke Israel dari Rashidieh PRC pada sekitar jam 11 malam, dekat kawasan bandar Tyre. IDF kemudian menghantar beberapa buah jet pejuang ke ruang udara Lubnan, di Tyre, yang jelas dapat dilihat oleh kami dari kem pada tengah malam tersebut. Jet tersebut melepaskan 6 das flare bom dari udara. betul-betul depan mata aku! berderau darah aku. Kami kemudian mendapat arahan daripada Sec West HQ untuk berlindung di dala bunker incase of air strike. Alhamdulillah malam itu berlalu dengan selamat.

Aku terfikir. Aku dengan yang sikit ni pun dah berderau darah aku, macam mana agaknya kalau aku berada di Palestine, dimana serangan betul-betul berlaku. Ya Allah, cekal betul rakyat Paslestin. demi mempertahankan maruah Islam di masjid Al-Aqsa. Semoga Allah berikan yang terbaik untuk umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan