Khamis, 12 Jun 2014

Money Matters

Setiap bulan, pegawai dari pejabat gaji / belanjawan akan ke pejabat kedutaan Malaysia di Beirut. Kami akan pergi menaiki kereta sewa, pakai baju awam sebab kalau ikut agreement UNIFIL, pergerakan peacekeepers hanya di selatan Lubnan sahaja. Biasanya kami akan gerak berempat, 2 pegawai yang berurusan dan 2 dari komando. Beirut merupakan ibu negeri Lubnan, terletak lebih 90km daripada kem kami di Ma'rakah.

Apa urusan kami di sana setiap bulan?
Kami ke sana untuk mengambil duit gaji warga Malbatt setiap bulan. Malbatt tidak mempunyai akaun bank antarabangsa. Malbatt menumpang akaun bank kedutaan Malaysia di Beirut. Kenapa Malbatt tidak mempunyai akaun bank sendiri untuk tujuan penerimaan duit gaji?

1. Program sementara. Malbatt merupakan program sementara yang bila-bila masa boleh dibubarkan. Sekiranya diarahkan untuk dibubarkan, urusan penutupan akaun sedikit menyusahkan.

2. Limitasi keselamatan. Bank-bank di selatan Lubnan tidak menyimpan jumlah wang yang banyak pada satu-satu masa atas sebab keselamatan. Malbatt memerlukan wang yang banyak pada satu2 transaksi. Bayangkanlah nak bayar gaji 850 orang.

3. Sekatan luar. Sesetengah entiti / negara (US to be specific) mempunyai kapasiti untuk menyekat wang masuk pada mana2 akaun di Lubnan sekiranya transaksi dalam USD. Masa kami nak bayar kos pembangunan kepada kontraktor kami melalui Mks Angkatan Bersama di Malaysia, pembayaran tersebut disekat oleh US sebab dia meragui transaksi kami. Kalau melalui kedutaan, akaun diplomatik, entiti / negara luar tidak berani untuk membuat sebarang campurtangan.

Perjalanan ke Beirut mengambil masa lebih 2 jam. Ini kerana faktor jalan. Selepas sampai ke lebuh raya (selepas keluar dari selatan lubnan) perjalanan semakin lancar. Apabila tiba di Saida (pinggir Beirut, mula kelihatan pembangunan yang pesat, bangunan pencakar langit dan sebagainya. Benar-benar bertentangan dengan selatan Lubnan yang umpama pekan koboi.

Tiba di pejabat kedutaan. Kedutaan malaysia terletak di tingkat atas sebuah office suite. Typical Malaysia, kedutaan Malaysia dibina atas dasar 'percaya'. Safety memang sangat loose. Tiada security guard, tiada steel grill, tiada metal scanner whats so ever. Keluhan ini turut disuarakan pegawai Malaysia di kedutaan tapi nak kata apa lagi? Pasrah je la dengan dasar penjimatan negara.

Selesai urusan mengambil cek dari pejabat kedutaan, kami berkejar ke bank standard chartered yang terletak kira-kira 5km dari kedutaan. Kenapa berkejar? Sebab standard chartered close for transaction at 1 pm! Dan standard chartered tu ada 3 branch je kat beirut. So much of an international bank.

Urusan selesai. Kami biasanya kena bawa beg sendiri sebab bank bagi duit semata. Plastik beg pun x bagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan