Aku tak plan nak menulis lagi, tengah susun ayat. Tapi aku tak sabar nak cerita apa yang aku lihat hari ini. Aku diajak bersama komander Malbatt untuk menyaksikan upacara Transfer of Aithority (TOA) Itabatt di Kem shamar. Kem ni memang betul-betul di selatan Lubnan sampai boleh nampak tebing barat, Palestine. Aku melihat bumi Palestine dengan penuh syahdu. Al Fatihah dan doa kepada saudara Islamku di Palestine.
Dalam perjalanan pulang, kami melalui kawasan lereng bukit. Kelihatan ada budak-budak di tepi jalan, melambai-lambai ke arah konvoi kami. Aku ingatkan macam biasalah, budak excited tengok askar. Lepas tu aku terfikir, mana datangnya budak-budak ni? Bukannya ada kawasan perumahan.
Jauh aku tengok, aku ternampak khemah-khemah yang dibuat sendiri daripada kanvas dan banner-banner. Jurubahasa yang kebetulan naik kereta dengan aku cerita, mereka itu pelarian perang Palestin dan Syria. Yang diorang melambai tu mengharapkan makanan daripada kami. Ya Allah.
Bayangkan. Dalam cuaca yang sangat sejuk ni, 20°C tengah hari, 12°C malam, diorang duduk dalam khemah sahaja, tepi kaki bukit. Entah ada makanan ke tak. Ada 1,2 orang budak bersungguh-sungguh kejar kereta kami. Minta makanan. Aku nak bagi duit tapi ditegah ketua konvoi. Katanya tak guna bagi duit. Bukan ada kedai pun. Lagipun akan menyebabkan diorang gaduh.
Lepas ni, kalau aku pergi ke Naquora / Shamar lagi, aku berniat nak bawa makanan untuk diorang. Syukurlah dengan nikmat yang kita dapat.
lambaian tangan anak2 yg membawa maksud yg berbeza =)
BalasPadamCerita yg menyentuh hati...sy ade kwn yg bertugas sbg pegawai untuk misi malbatt 850-1 ni
BalasPadamSiapa pegawai tu? Rasanya kami semua saling kenal.
PadamSiapa pegawai tu? Rasanya kami semua saling kenal.
PadamKapt.Suhaili Mahasan.. Die antara yg pergi dlm kump.1
Padam