Selasa, 29 Oktober 2013

Bertolak ke Lubnan

Aku tiba di TUDM subang pada pukul 12 tengahari seperti yang diminta. Kami datang 3 kereta bersama mak, makcik dan adik beradik ipar aku. Ada jamuan tengahari disediakan, siap ada khemah macam kenduri kahwin ;)

Saat paling sukar untuk aku apabila aku nak salam dan cium selamat tinggal dengan isteri dan anak. Sebak tak terkata membayangkan kesusahan yang perlu isteri aku tempoh sepanjang ketiadaan aku. Anak aku pula langsung tak senyum sejak sampai TUDM. Murung je. Lagi la aku rasa sebak. Besarnya pengorbanan mereka merelakan aku pergi. Semoga mereka sentiasa dalam lindungan Allah.

Pukul 2, kami diminta berkumpul di balai berlepas untuk mendengar sesi amant daripada Panglima Mks Angkatan Bersama (MAB). Untuk makluman, semua misi atau operasi yang melibatkan penggabungan katiga-tiga perkhidmatan adalah dibawah MAB. Panglima menyampaikan amanat Panglima Angkatan Tentera (PAT) tentang kepentingan misi kepada Lubnan dan kepada Malaysia sendiri dalam meningkatkan imejnya di mata dunia.

Kami bertolak sejurus selepas berakhir sesi amanat tersebut. Kelihatan ada ahli keluarga yang masih menunggu untuk melambai para tentera yang akan bertolak. Masa ni memang drama air mata! Aku pun terjebak sama tengok keadaan orang-orang ni walaupun famili aku, aku dah suruh balik awal.

Kapten Darimi meninggalkan anak yang baru berusia 2 hari. Kapten (Dr) Azmeer anaknya yang 6 bulan sampai tak kenal ayah dia sendiri, sekarang akan ditinggalkn pula. Koperal Hanif baru terima arahan untuk ikut misi 3 minggu sudah bagi menggantikan pegawai yang sakit, tak sempat nak ucap selamat tinggal dengan keluarga. Melihat keadaan kawan-kawan aku, rupanya aku masih lagin dalam keadaan yang baik. Semoga Allah membalas pengorbanan mereka dan keluarga yang ditinggalkan dengan sebaik-baik balasan, insyaallah.

Maka, kami perjalanan kami ke Lubnan selama 10 jam 55 minit pun bermula...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan