Bagi memantapkan lagi persediaan, aku menuntut daripada senior bekas pegawai awam yang pernah berkhidmat dengan Malbatt 3, encik Kaharul Ariffin. Terima kasih sebab sudi luangkan masa walaupun dalam kesibukkan. Kami janji nak buat 2 sesi pertemuan, tapi sampai hari ini, sempat jumpa sekali sahaja.
Daripada pertemuan itu, aku dimaklumkan bahawa pegawai awam bukan sahaja dari Malbatt. Battalion negara lain seperti Italy, India dan Perancis turut membawa bersama pegawai awam mereka. Mengikut UN Charter, UN tidak mensyaratkan bentuk organisasi yang akan dibawa oleh negara misi. Tak kira dari perkhidmatan apa, kor apa, pangkat apa, asalkan ianya memenuhi kuota bilangan anggota yang ditetapkan.
UNIFIL dipimpin oleh seorang Force Commander berpangkat 2 Star General. Force Commander dilantik daripada mana-mana negara yang menyertai mengikut kelayakan dan pengalaman pegawai. Di bawah beliau adalah jawatan DMS, (lupa nama panjang dia) yang bertanggungjawab untuk menjaga aset dan logistik milik UN dan dia merupakan warga awam. Maka menurut Kaharul, lebih mudah untuk orang awam berhubung dengannya berbanding tentera.
Dalam 1 kes, kaharul memaklumkan beliau pernah memohon untuk meminjam helekopter milik UN melalui DMS bagi tujuan lawatan menteri dan beberapa pegawai kanan negara.
Selain itu juga, pegawai awam amat diperlukan untuk berhubung dengan kementerian luar Lebanon. Kaharul sendiri pernah dijemput oleh kementerian luar serta pejabat Kedutaan ke majlis ramah mesra dan protokol.
Selain itu, pegawai awam dapat membantu mempercepatkan urusan pasukan Malbatt yang melibatkan agensi atau kementerian lain di Malaysia. Malbat dalam apa keadaan sekalipun perlu membuat permohonan melalui MAB (Markas Angkatan Bersama). Dengan rangkaian yang ada, pegawai awam boleh membantu berhubung terus dengan rakan di agensi / kementerian yang berkaitan.
Kesimpulan yang saya dapat daripada sesi dengan kaharul, barulah saya tahu dimana kekuatan dan kebergunaan utama pegawai awam sebagai salah seorang anggota misi ini. Saya akan sedaya upaya menyumbang kepada misi ini bagi memastikan ianya berjaya. Semoga Allah izinkan. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan