Khamis, 10 Oktober 2013

Panggilan

Tengah hari itu, setibanya aku ke pejabat, Kak Na memaklumkan yg SUB mencari aku dari semalam. Semalam aku ditugaskan ke Melaka untuk memenuhi undangan ceramah. Aku segera menuju ke bilik beliau. "Apalah yang dia mahu?" Bisik aku dlm hati.

Setibanya aku di bilik beliau, pintu diketuk dan aku terus menjeling ke dalam. "Dato' cari encik dari semalam. Dato' ada di bilik bincang" kata abang Jo, pembantu am SUB sambil menunjuk ke bilik kecil di kanan beliau.

Aku manjengah ke dalam. "Assalamualaikum Dato', Dato' cari saya?" Tanya aku. Sedikit ketar. "Hasnol, tahniahlah. Kamu telah dipilih sebagai pegawai awam untuk misi pengaman PBB UNIFIL di Lubnan."

Masih jelas di minda aku perkara itu. Dah macam novel pulak entry aku ni kan? Hehehee

Sebenarnya aku ni terlebih dahulu ditawarkan oleh SUB, nak pergi atau tak. Bila ditawar sebenarnya lagi susah untuk aku buat pilihan. Mana tidaknya, aku terpaksa tinggalkan keluarga selama lebih 9 bulan. Mana lagi dengan fenomena 'arab spring' yg memuncak sekarang. Perkara utama yang aku fikir adalah keluarga. Mak aku dah berumur. Anak aku sedang membesar dan perlukan aku. Isteri aku pula keluarga dia di johor.

Dari persektif yang lain pula, aku fikir. Inilah peluang aku untuk jihad di jalan Allah. Bukanlah bermaksud aku berniat pergi nak perang, tembak orang sebagainya. Misi ini sendiri adalah misi pengaman dan bukan bertujuan untuk perang.

Sekiranya agama aku memerlukan aku untuk pergi, adakah aku menolak dengan alasan keluarga? Apa sumbangan aku kepada agama atau saudara Islam yang boleh aku banggakan bila ditanya di akhirat kelak? Aku ada melaksanakan solat istiharah beberapa kali. Maka akhirnya aku tekad memilih untuk pergi. Syukur isteri aku memahami dan merelakan aku pergi walau aku tahu hatinya menangis.

Maka aku pun menghantar permohonan yang mana keputusannya dimaklumkan sendiri oleh Dato' SUB, aku terpilih.

Aku memilih untuk pergi kerana Allah. Semoga ditetapkan niat, diberi kekuatan untuk melaksanakan misi, dilindungi keluarga yang ditinggalkan. Dan insyaallah pengalaman yang aku perolehi akan aku kongsikan untuk kita jadikan panduan bersama :)

1 ulasan: