Khamis, 17 Oktober 2013

Dilema

Kurang dua minggu dari sekarang, aku akan bertolak ke Lebanon.

Persediaan. Ramai yang aku jumpa akan bertanya bagaimana persediaan aku. Sejujurnya, aku belum pun bermula. Baik dari segi fizikal, keperluan, apa lagi mental. Aku belum tahu bagaimana sebenarnya pergerakan aku.

Beberapa hari kebelakangan, aku sering terfikirkan keluarga yang akan aku tinggalkan.

Ibuku. Dia memangnseorang survivor. Dalam usia 62 tahun, dia masih kuat dan mampu lakukan perkara yang kadang aku sendiri tidak mampu lakukan. Sebagai anak, pasti sekali aku berasa risau.

Paling menggusarkan tentu sekali isteri dan anak aku. Isteri aku pernah aku tinggalkan selama 6 bulan ketika aku mengikuti kursus DPA. Tetapi kali ini jauh berbeza. Aku tidak dapat balik setiap hujung minggu. Aku juga tidak dapat datang segera jika ada kecemasan.

Anak aku. Setiap pagi bila dia bangun, pasti dia akan mencariku. Bukan main manja lagi dia dengan aku. Dalam ketika ini juga, dia dalam tempoh membesar dan perlukan perhatian. Perhatian untuk memupuk, dan untuk jaga keselamatan. Isteriku memang mampu, aku sangat yakin dengan dia tapi keadaan pasti lebih sukar tanpa aku.

Tapi aku yakin. Jika benar niatku adalah kerana Allah, ikhlas untuk berjihad demi Agamanya, aku yakin Allah akan bantu aku dengan urusan aku. Allah akan berikan kekuatan kepada keluargaku untuk hadapinya.

"Ummi, abang pergi tak lama. Abang pergi ikhlas demi agama dan negara. Terima kasih kerana redha. Sama-sama kita doakan semoga semua urusan dipermudahkan."

"Asyfa, abi minta maaf terpaksa tinggalkan Asyfa. Asyfa jadilah anak yang baik, ikut cakap ummi tau. Abi sayang Asyfa. Nanti abi balik, abi bawa Asyfa main buai ye."

Wallahu aklam.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum! Wishin u all the best for this journey and my prayers with u. Stay strong, doa2 byk2 moga dpermudahkan smua n selamat spjg masa, inshaallah, for both urself n ur beloved family here in msia. Take care hasnol!

    BalasPadam