Hari ini pengalaman pertama aku buat movcon sendiri. Ape tu movcon? Aku pun x tau ape nama penuh dia. Basically ia adalah kebenaran utk membuat pergerakan keluar daripada kem. Bunyi mcm simple tapi sbnrnya mmg complicated. Movcon akan dihantar ke unifil utk unifil monitor movement semua peacekeepers dia.
Aku buat movcon utk team volleyball di kem marakah pergi training kat tibnine. Mula2 skali kena isi nama passanger n movement leader. Ni simple je. Bg nama, letak no unid, selesai. Yang mencabarnya nak cari driver n kereta.
Nak tempah kereta kena pegi pejabat kenderaan. Jauh gak berjalan. Dua kali pergi baru ada org. Aku pun ckp dgn sarjan knderaan. Since kami ada 12 orang, aku pun tempahlah trak 3 tan. Dia detail driver. Amik nama driver, no plat kenderaan, maka siaplah movcon aku.
Sekarang part yg paling susah adalah nk kumpul tnda tangan.ada 4 sign aku kena amik. 1st ketua pergerakan. Ni simple je sbb aku mmg buat movcon ikut dia. 2nd Military Transport Officer (MTO). Dia akan approve driver n kete yg akan digunakan. Ni pun simple je sbb dia buddy bilik aku. Yg 3rd PS 2 gerak. Dia endorse timing n destinasi tu bole atau x pergi berdasarkan keadaan semasa. Yg ni aku kena interview sikit. Tp dia ok.
Last but not least approval kepada semua perkara movcon adalah timb komander. Tp yg lagi mencabarnya ialah timb komander tengah cuti dan yg memangku tempat dia adalah PS 1 operasi. Sangat bengkeng!
Selepas semua selesai di tandatangan, cabar berikutnya adalah nk tunggu pergerakan. Apa yg mencabarnya pasal tu? Cabarannya adalah org nk tumpang / nak kensel pergerakan. Setiap penambahan / pengurangan, aku kena buat semula, dptkn balik sign keempat2 makhluk ni! Dah la dorg ni boleh berada di mana2 sekitar kem yg besar ni! Pulak, ada 2 budak yg last minit bg nama nk join movcon ni mnta aku batalkan nama dia. Bamyak cantik muka dia. Aku mmg paksa jugak dia ikut.
15 minit sebelum bergerak, budak2 mula berkumpul. Masa ni ada 3 lagi perkara kena buat utk pergerakan, draw senjata, draw peta dan draw walkie talkie. Ini semua regulation. Kena ikut je la. Walkie talkie utk lapor nk bergerak keluar dan dah sampai destinasi kepada toc.
Akhirnya, masanya tiba. Dirancang jalan pkl 5pm tp selepas itu dan ini, kami gerak pkl 5.30pm. Aku dah cuak dah lewat ni sbb ikut pengalaman, ada yg pernah dipaksa biat semula movcon sebab pergerakan lewat 15 minit drp perancangan. Lagi buat cuak ms kami elok1 nak gerak, PS1 Operasi ni muncul! Dialah org yang menyuruh movcon dibuat semula sbb lewat 15 min tu.
Alhamdulillah, dgn izin Allah, dia pun mood baik time tu, dia perli aku terpilih main volleyball bagai, aku balas blk gurauan dia, kami pun bergerak. Melihat dia senyum, n team mate aku senyun, aku puas ;) what an experience.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan