Bagi mengisi masa dan ukhwah sesama peacekeepers (semua sekali ada lebih 30 negara) UNIFIL ada menganjurkan macam-macam pertandingan sukan. Sukan ni dianjurkan oleh mana-mana kontigen secara sukarela.
19 Apr - 23 Apr sudah, Malbatt menyertai pertandingan bola tampar antara kontigen dan aku berpeluang untuk join the team. Pertandingan buat di Nepalbatt di Sector East. Berbanding team-team lain yang dah lama prepare, team Malaysia ni baru select pada 16 Apr. Biasalah Malaysia. Sejak dari zaman kita sekolah lagi dah macam ni hehehee.
Semua sekali ada 10 team yang join, dibahagikan kepada 2 kumpulan. Main secara liga. Kita satu kumpulan dengan IndoBatt, Indo FP, IndBatt dan NepBatt. Lagi satu kumpulan ada FranceBatt, GhanBatt, SpainBatt, NepBatt B dan Germany. Nak cakap terus terang, kita kalah semua game dalam peringkat kumpulan. Hahahaa.
Kalau tengok, team daripada Asia ni (kecuali Malaysia la) jauh lebih bersedia dan bersungguh-sungguh dalam pertandingan ni. Team play indonesia, nepal n india memang mantap. Macam hari-hari training. Jersi cantik, ada sweater seragam lepas tu siap bw penyokong dengan gendang dan trompet bagai.
Kalau tengok yang team barat ni pulak, dorang rileks je. Pakai pun t-shirt biasa takde nombor pun. Sweater pun takde, penyokong pun x bawa. Dan dorang main memang untuk enjoy. FranceBatt siap sengaja masukkan seorang pompuan dalam team dia. Setiap game. Ini buat aku terfikir, kenapa la kita (Asian) nk invest terlalu banyak dalam satu perkara yang sebenarnya perkara sampingan saja?
Kelemahan kita adalah priority setting. Benar, glory boleh naikkan negara kita tapi ada orang kisah ke kita jadi johan badminton ke, johan bola sepak? Memang la ada tp signifikan ka orang tu kepada pembangunan negara? I mean, kalau kita excel dalam pembangunan infra ke, teknologi ke, kita boleh attract invester luar. Kalau sukan?
Bukanlah tak boleh invest dalam sukan. Ramai rakyat yang minat sukan dan demand hak untuk bersukan dan menonton sukan. Sedarkah kita yang sukan ni sebenarnya agenda yahudi untuk melalaikan kita daripada tujuan utama kita. Ha, semua salah yahudi.hahahaa.. jadi, kta patut renung semula, set semula priority.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan