Setelah sekian lama, aku berpeluang mengikuti kursus dalam perkhidmatan. Tajuk kursus, Transform to be a leader by encik awaludin bin bakar. Aku suka kursus. Suka belajar benda baru, jumpa kawan baru. Ada seorang lecturer UUM pernah kata dalam ceramahnya, "You are who you are 10 years ago except for the books that you have read and the people that you have met".
Honestly, tak banyak benda baru yang yang aku belajar. Dia banyak guna management games - hampir semua aku pernah main. Dan aku kurang puas hati dengan perkaitan games dengan ilmu yang dia cuba sampaikan serta kupasan dia. Dia kata dia nak kami explore tapi pada aku dia yang suap terlalu banyak. Aku mengharapkan lebih banyak teori kepimpinan. Kecewa.
To be fair to the speaker, mungkin dia sendiri ada masalah nak tackle audience dia memandangkan kami varies dari senior officer sampai ke support staff. Dan dia hanya ada 2 hari je nak kursuskan kami. Apa pun, dia seorang yang berpengetahuan dalam perkhidmatan awam dan ada gaya dalam penyampaian. Ok la.
Yang nak diceritakan disini ialah Pengarah Training Company ni. Puan Seha nama dia. Rupanya Puan Seha ni pernah jadi kerani kat Mindef zaman aku kat BPSM dulu. Aku ingat dia pernah jumpa aku kinta posting la, minta cuti tanpa gaji sebab nak cuba business, dan akhirnya berhenti kerja.
Lepas habis kursus, dia ajak aku minum kat meja vip. Masa makan-makan tu, dia cerita cabaran yang dia hadapi dalam business. Dia rasa dia dah capai satu tahap yang boleh dikatakan berjaya. Ada produk mekap brand sendiri, ada training company sendiri. Dia literally sekarang lebih tinggi jawatannya daripada aku.
Benda macam ni memang berlaku. Macam fernando torres dulu kapten kepada diego simeone kat Athletico Madrid, sekarang Simeone jadi head coach torres. Dulu Harjit Singh Sajjan Lt Kol je dalam Canadian Reserve Army, sekarang Menteri Pertahanan Kanada. In short, kita kena hormat semua orang, regardless apa position dia. Allah itu maha adil.