Ahad, 16 Mei 2021

Dari fail kes BPSM: Aduan keganasan rumah tangga

Dalam tempoh perkhidmatan yang singkat sebagai penjawat awam ni, aku ditempatkan di Cawangan Khidmat Awam, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan selama 4 tahun. Banyak pengalaman yang menarik dan bermakna yang aku perolehi di sana.

Semasa aku di sana, Kementerian Pertahanan mempunyai lebih kurang 90 skim perkhidmatan. Ada guru, jururawat, pembantu makmal, pembantu laut, pembaca meter, dan macam-macam lagi. Kementerian Pertahanan juga mempunyai lebih 14,000 perjawatan di seluruh negara. Banyak skim, banyak penempatan, banyak ragam.

Bagi mengabadikan pegalaman-pengalaman ini, aku bercadang untuk kongsikan beberapa kes yang menarik sebagai kenangan, dan rujukan untuk kawan-kawan pembaca. Cerita ini akan diolah bagi tujuan kerahsiaan dan untuk disesuaikan dengan penulisan. Kes pertama aku nak kongsi adalah berkenaan aduan keganasan rumah tangga.

Pada suat petang, ada seorang kakitangan perempuan yang berkhidmat di Negeri Sembilan (bukan lokasi sebenar) datang ke BPSM untuk berjumpa dengan aku. Dalam perbincangan kami, Sofia (bukan nama sebenar) memaklumkan yang dia ingin memohon untuk berpindah tempat kerja ke Pulau Pinang (bukan lokasi sebenar).

Sofia menceritakan yang dia dan suaminya yang berkhidmat sebagai pekerja awam di salah sebuah agensi kerajaan di Negeri Sembilan mulanya hidup bahagia dan dikurniakan empat orang anak. Sehinggalah setahun kebelakangan ini apabila suaminya mula berkawan dengan kaki judi. Suaminya sering pulang ke rumah dalam keadaan marah apabila kalah judi.

Keadaan menjadi semakin parah apabila suaminya mula berjinak-jinak dengan air ketum. Sofia memberitahu yang dia sering di pukul oleh suaminya sehingga badannya dipenuhi kesan lebam (aku dengar dia cakap je, tapi aku tak tengok tau!). Sofia berkata yang dia risaukan keselamatannya dan meminta supaya dia dipindahkan di mana-mana unit di Pulau Pinang supaya dia boleh berada dekat dengan keluarganya.

Aku bersimpati dengan keadaan Sofia tetapi aku maklumkan dia yang aku terikat dengan peraturan sedia ada. Aku hanya boleh pindahkan dia ke unit tersebut sekiranya terdapat kekosongan dan aku boleh sediakan pengganti di unitnya. Selain aku perlu adil dan mengutamakan permohonan yang lebih awal. Akur dengan keputusan aku, dia pun balik dan bersetuju untuk menunggu gilirannya untuk ditukarkan.

Selepas beberapa minggu, bos aku memanggil aku ke pejabatnya. Setibanya aku di sana, aku mendapati Sofia berada di situ. Bos aku yang merupakan seorang perempuan yang pantang bila dengar isu perempuan tertindas, marah aku sebab membiarkan Sofia terus terancam. Dia dakwa dia dah periksa kesan lebam pada badan Sofia. Aku pun maklumkan yang kita tiada kekosongan di Pulau Pinang dan tiada pengganti yang boleh ditempatkan di Negeri Sembilan.

Dengan kedudukan dan semangat yang ada pada bos aku, dia pun menghubungi kedua-dua unit di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Dia berjaya mengaturkan supaya Sofia ditempatkan sementara di Pulau Pinang, dan pengganti di Negeri Sembilan dihantar kemudian. Dengan arahan yang diberikan, aku pun mengambil tindakan. Dalam tempoh 3 hari, Sofia pun telah mula berkhidmat di Pulau Pinang.

Selepas beberapa hari, aku terima panggilan telefon dari Ali (bukan nama sebenar). Ali mendakwa dia adalah suami kepada Sofia. Perbualan kami:


Ali : Encik, boleh saya tahu ke mana encik pindahkan isteri saya?

Aku: Maaf encik, saya tidak boleh dedahkan maklumat berkaitan kakitangan Kementerian Pertahanan kepada orang lain. Apa lagi encik bukan kakitanga kementerian ini.

Ali: Tapi saya suami dia. Saya berhak ke atas dia.

Aku: Maaf encik. Encik boleh tanya dia sendiri.

Ali: saya dah telefon dia berhari-hari tapi dia tak jawab.

Aku: Maaf encik. Saya tak patut campur urusan rumah tangga encik.

 

Ali: Encik, mesti dia kata kat encik yang saya pukul dia kan? Lepas tu dia kata saya minum air ketum la kan?

Aku: .....

Ali: Encik, kalau dia betul isteri yang bertanggungjawab, kenapa dia lari tinggalkan keempat-empat anak kami dengan saya? Dia tipu encik. Sebenarnya dia yang nak ikut boyfriend baru dia. Mentang-mentang la saya ni tukang kebun je.

Ali: encik tolonglah bagitahu saya di mana dia sekarang. Saya Cuma nak berbincang baik-baik dengan dia je. Anak-anak pun dah rindu kat mak dia. Tolonglah encik.

Aku: saya minta maaf encik, saya memang tak boleh dedahkan maklumat kakitangan kementerian.

Ali: Tak nak bagitahu sudah! Aku akan cari sendiri! (letak telefon)

 

Perbualan ini membuatkan aku tersentak.

Adakah aku dah buat keputusa yang salah? Tapi semua tindakan aku adalah berdasarkan garis panduan dan arahan bos aku. Patut ke aku bantu Ali untuk berjumpa semula dengan Sofia? Aku berbincang dengan bos aku semula. Tapi kami memutuskan untuk tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga mereka.

Beberapa hari kemudian, aku mendapat berita dari unit di Pulau Pinang bahawa Ali telah datang ke unit tersebut dan menyerang Sofia! Keadaan tegang sehingga perlu ditenangkan oleh polis tentera. Rupa-rupanya, selepas gagal mendapatkan maklumat dari aku, Ali cuba menghubungi rakan-rakan kerja aku yang lain dan berjaya mendapatkan maklumat tentang Sofia dari rakan yang bersimpati dengan cerita dia.

Akhirnya dikhabarkan Ali di berkas oleh polis. Aku  tak tahu apa jadi pada Sofia dan anak-anaknya selepas itu.

Sejak itu, aku sering ingatkan rakan-rakan kerja yang kita tak sepatutnya masuk  campur urusan peribadi orang lain. Kerja di sini, kami memang terdedah dengan orang mengadu, menangis dan yang lagi selalu, memaki hamun. Tanggungjawab kita hanyalah untuk proses semua permohonan mengikut peraturan dan giliran dengan adil.

 

Ahad, 19 November 2017

Never under estimate children mind

Asyfa dah konvo tadika Little Caliph semalam. Majlis konvo tersebut telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Asyfa dapat anugerah Little Qari tiga tahun berturut-turut. Syukur dan bangga abi ;')

Hari selasa sebelum konvo, masa ambil asyfa balik sekolah, teacher dia bagitahu yang Asyfa kena baca surah Al-Mulk ayat 1-5 untuk pembukaan majlis konvo. Assuming that ayat ni selalu dibaca di sekolah, aku pun ok kan je la.

Lepas solah maghrib, macam biasa, aku ajar Asyfa mengaji. Suruh la dia baca surah Al Mulk tu. Rupanya, pagi tu first time dia baca ayat tu! Asyfa mmg boleh baca Al quran tapi untuk baca di atas pentas, pada aku, masih belum lancar. Lepas tu, tambah lagi kalau dia nervous ke masa atas pentas tu, habis semua nanti.

Then, aku suruh ummi dia tengokkan Asyfa baca ayat tu. Ummi pun setuju Asyfa masih belum sedia. Kami berdua rasa macam nak slow talk dengan teacher untuk revise balik; either pendekkan ayat atau tukar ayat lain. Tapi asyfa tak kata apa pun. Dia tetap berlatih nak baca.

Lepas 2 hari, bacaan dia makin improve. Dia siap dah hafal 2-3 ayat pertama. Dan pada majlis konvo tu, she really nailed it! Dia baca dengan jelas dan tenang. Allah saja tahu betapa bangganya abi ummi dia.. Subhanallah.

Then aku sedar. Aku ni kadang-kadang pandang rendah dengan kemampuan anak aku. Aku terlalu defensif dan nak lindungi anak aku sedangkan cabaran tu sebenarnya untuk jadikan anak aku lebih kuat. Kadang-kadang, kita kena biar dia hadapi cabaran dia sendiri. Yang penting dia tahu, kita ada di belakang mereka jika mereka perlukan.

Selain itu, aku juga sedar yg anak aku seorang yg kuat berusaha, garang dgn kwn2 suruh kwn2 buat yg betul dan tak pandai menari ;D

Rabu, 4 Oktober 2017

Hidup umpama roda in a nut shell.

Setelah sekian lama, aku berpeluang mengikuti kursus dalam perkhidmatan. Tajuk kursus, Transform to be a leader by encik awaludin bin bakar. Aku suka kursus. Suka belajar benda baru, jumpa kawan baru. Ada seorang lecturer UUM pernah kata dalam ceramahnya, "You are who you are 10 years ago except for the books that you have read and the people that you have met".

Honestly, tak banyak benda baru yang yang aku belajar. Dia banyak guna management games - hampir semua aku pernah main. Dan aku kurang puas hati dengan perkaitan games dengan ilmu yang dia cuba sampaikan serta kupasan dia. Dia kata dia nak kami explore tapi pada aku dia yang suap terlalu banyak.  Aku mengharapkan lebih banyak teori kepimpinan. Kecewa.

To be fair to the speaker, mungkin dia sendiri ada masalah nak tackle audience dia memandangkan kami varies dari senior officer sampai ke support staff. Dan dia hanya ada 2 hari je nak kursuskan kami. Apa pun, dia seorang yang berpengetahuan dalam perkhidmatan awam dan ada gaya dalam penyampaian. Ok la.

Yang nak diceritakan disini ialah Pengarah Training Company ni. Puan Seha nama dia. Rupanya Puan Seha ni pernah jadi kerani kat Mindef zaman aku kat BPSM dulu. Aku ingat dia pernah jumpa aku kinta posting la, minta cuti tanpa gaji sebab nak cuba business, dan akhirnya berhenti kerja.

Lepas habis kursus, dia ajak aku minum kat meja vip. Masa makan-makan tu, dia cerita cabaran yang dia hadapi dalam business. Dia rasa dia dah capai satu tahap yang boleh dikatakan berjaya. Ada produk mekap brand sendiri, ada training company sendiri. Dia literally sekarang lebih tinggi jawatannya daripada aku.

Benda macam ni memang berlaku. Macam fernando torres dulu kapten kepada diego simeone kat Athletico Madrid, sekarang Simeone jadi head coach torres. Dulu Harjit Singh Sajjan Lt Kol je dalam Canadian Reserve Army, sekarang Menteri Pertahanan Kanada. In short, kita kena hormat semua orang, regardless apa position dia. Allah itu maha adil.

Rabu, 25 Mei 2016

Bakat VS kesungguhan

Masa aku sekolah menengah dulu, seperti lelaki-lelaki cool yang lain, aku juga main bola sepak wakil sekolah. Aku wakil sekolah masa form 4 dan form 5. Posisi aku kat sekolah ialah pertahanan kanan (RB).

Hakikatnya, aku bukanlah pemain yang power pun. Aku mengaku. Aku punya ball control lemah, crossing pun jarang-jarang sampai ke sasaran.

Seorang lagi player yang sama posisi dengan aku nama dia sham (bukan nama sebenar). Dia punya ball control mantap. Dia boleh cross kaki kiri dan kanan. Hantaran dia lebih baik daripada aku. Tapi, aku ketika tu adalah pilihan utama. Why?

Masa cikgu mula nak pilih first 11, cikgu cakap kat short listed semua yang pada dia penilaiab utama dia nak pilih player adalah komitmen. Bukan sahaja dalam padang, tapi luar padang. Sham rajin datang training cuma kurangnya sham ni sebab badan dia sedikit gempal. Dia kurang stamina untuk naik turun padang sepanjang game.

Aku pula on the other hand, masa sekolah dulu memang budak olahraga. Memang kalau main bola dulu, aku lari naik turun tak berhenti (sekarang dah tak boleh la, dah pancit).

Cikgu kata, kalau dia boleh cross 10 kali satu game, ada kemungkinan 2,3 boleh buat gol daripada cross 2 kali satu game, lagi kecil kemungkinan.

Mengambil semangat itu, dalam environment kerja / belajar akan ada golongan yang genius, yang memang dilahirkan IQ tinggi. IQ ni anugerah Allah, jadi rezekilah kepada siapa yang menerimanya. Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah output / produk. Dia mungkin pandai, tapi kalau dia tak buat apa-apa dengan pandai dia, tak ada maknalah pandai dia itu.

Usaha on the other hand, semua orang ada daya usaha. Cuma nak guna atau tak. Aku menyesal sejak swkolah dulu tak usaha main bole sungguh-sungguh. Kalau tak boleh main untuk Arsenal sekarang. Huhuu

Isnin, 14 Disember 2015

Priority

1. Bijak pandai kata, selalu letak keutamaan dalam apa yang kita buat. Dan kemudian dulukan yang utama. Perkara ini umum dan diketahui oleh semua.

2. Masalah utama ialah untuk meletakkan keutamaan. Keutamaan berbeza antara individu dengan individu lain. Makanya, bila kita pilih untuk dahulukan apa yang utama pada mata kita, mungkin kita akan ditegur orang lain kerana pada mata mereka itu bukan keutamaan.

3. Masalah yang paling besar adalah apabila konflik keutamaan ini adalah antara dua aspek terbesar dalam hidup kita; kerja dan keluarga.

4. Jawapan jelas majoriti - keluarga sentiasa utama. Kerana keluarga tiada galang ganti manakala kerja boleh cari yang lain. Majoriti belum tentu benar.

5. Pandangan saya, aspek kerja dan keluarga adalah skop yang terlalu umum untuk dibuat penilaian. Perlu diperincikan lagi. Bermaksud, jika berlaku konflik antara dua aspek ini dan saya perlu memilih, saya akan melihat kepada situasi ketika itu.

6. Jika saya sedang bekerja, dan kerja itu hanya saya yang mampu laksanakan dan masalah keluarga saya boleh tunggu sehingga saya selesai, maka kerja adalah keutamaan berbanding keluarga ketika itu.

7. Kesimpulan. Keluarga memang utama. Tetapi hakikatnya, kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. Maka bekerja juga secara tidak langung adalah untuk keluarga. Makanya keluarga adalah utama tetapi kerja bukanlah kedua.

Isnin, 12 Oktober 2015

Bahagia

Apa itu bahagia? Apa yg membawa kepada kebahagiaan?

Soalan subjektif. Sebab bagi setiap orang perkara yg membawa kepada kebahagiaan adalah berbeza. Lagi menyusahkan, kebahagiaan tu bukan datang atas 1 perkara, tapi 1 pakej. Maksudnya, kalau orang itu akan rasa bahagia makan nasi ayam, nasi tu kena membahagiakan, ayam tu kena membahagiakan, kicap dia kena membahagiakan, cili dia pun kena membahagiakan. Waima 1 benda saja yg spoil, dia tidak akan bahagia memakan nasi ayam tersebut. Dia akan kata, "Nasi dah sedap, sekali ayam pulak rasa hangit. Spoil la.."

Tu baru bahagia kita seorang individu. Kalau keluarga; mak bapa adik beradik, kebahagiaan adalah apabila kesemua ahli kumpulan bertemu dgn kehendak mereka bersama. Bahagia bersama, istilahnya. Bayangkan 1 pakej perkara, disukai oleh semua ahli kumpulan. Memang susah.

Kalau adik beradik tu sekurang2nya dididik dalam 1 acuan. Sama2 besar makan kari contohnya. Adalah titik bersamaan. Kalau suami isteri pulak, yang masing2 membesar dgn acuan berbeza, sorang makan tempoyak, sorang makan spagetthi, kat mana nak jumpa titik bahagia dia? Kalaupun ada, boleh ke bahagia setiap masa bersama?

Memang susah nk jumpa yg sama-sama bahagia. Menghampiri tiada. Sebenarnya ada, kalau kita bertolak ansur. Harini makan tempoyak (suami bahagia) esok makan spagetthi (isteri bahagia). Walaupun spagetthi tu mahal, walaupun spagetthi tu menggemukkan, walaupun suami tu benci spagetthi, selagi ia tak langgar syarak, suami patut bg peluang kpd isteri dia makan spagetthi. Bg peluang dia bahagia.

Bertolak ansur. You can educate, u can remind, but u can't demand toleration. Kalau dia tak tolak ansur slps kita ingatkan, then bersabarlah. Bertabahlah. Kerana kebahagiaan sebenar adalah di akhirat sana.

Selasa, 29 September 2015

Jaga hati

Selalu sebelum tidur, aku bercerita dgn anak aku. Hari ni anak aku jauh. Jadi aku bercerita dengan korang.

Pada zaman dahulu, ada seorang anak bernama ali. Ali anak sulung daripada 5 adik beradik. Keluarga ali hidup sederhana.

Selepas kematian ayah, keluarga ali berpindah dari rumah ayah ke rumah nenek di kedah. Ibunya tak mampu menjaga kami seorang diri. Ibunya perlu bekerja untuk menyara anak-anak.

Menyedari keadaan ibu yang susah payah, ali pun belajar bersunggub-sungguh, berjaya menamatkan pelajaran di universiti, dan mendapat kerja yang baik. Walaupun ali bekerja jauh dari keluarga, tapi ali lah yang menaggung perbelanjaan keluarga serta pendidikan adik-adiknya.

Selepas beberapa lama, ali mencadangkan untuk keluarganya berpindah kembali ke rumah keluarga. Ali tahu yg ibunya lebih selesa di rumah itu. Rumah itu juga lebih dekat untuk ali sentiasa berulang melawat ibunya.

Hakikatnya, mereka berdua tahu yg rumah itu kurang selamat untuk diduduki. Rumah itu telah lama ditinggalkan. Rumah kayu. Tentunya ada struktur yang telah usang ditelan masa.

Tapi, ali mahu ibunya pindah kerana menyangka ibunya suka tinggal di sana. Ibunya sering menyebut2 rindukan rumah itu. Jaga hati.

Ibu pula tak mahu menolak kerana menyangka ali mahu ibunya pindah. Mudah untuk ali melawat. Lagipun ali lah yg menanggung keluarga selama ini. Jaga hati.

Selepas beberapa minggu duduk di kampung, rumah tersebut roboh. Ibu ali meninggal dunia ditimpa struktur rumah. Adik-adiknya cedera.

Kadang-kadang kita terlalu nak jaga hati tapi kita tak tahupun apa isi hati orang yg kita nak jaga tu. Kadang-kadang kita terlalu nak jaga hati, sampai kita lupa nak jaga diri.