Isnin, 14 Disember 2015

Priority

1. Bijak pandai kata, selalu letak keutamaan dalam apa yang kita buat. Dan kemudian dulukan yang utama. Perkara ini umum dan diketahui oleh semua.

2. Masalah utama ialah untuk meletakkan keutamaan. Keutamaan berbeza antara individu dengan individu lain. Makanya, bila kita pilih untuk dahulukan apa yang utama pada mata kita, mungkin kita akan ditegur orang lain kerana pada mata mereka itu bukan keutamaan.

3. Masalah yang paling besar adalah apabila konflik keutamaan ini adalah antara dua aspek terbesar dalam hidup kita; kerja dan keluarga.

4. Jawapan jelas majoriti - keluarga sentiasa utama. Kerana keluarga tiada galang ganti manakala kerja boleh cari yang lain. Majoriti belum tentu benar.

5. Pandangan saya, aspek kerja dan keluarga adalah skop yang terlalu umum untuk dibuat penilaian. Perlu diperincikan lagi. Bermaksud, jika berlaku konflik antara dua aspek ini dan saya perlu memilih, saya akan melihat kepada situasi ketika itu.

6. Jika saya sedang bekerja, dan kerja itu hanya saya yang mampu laksanakan dan masalah keluarga saya boleh tunggu sehingga saya selesai, maka kerja adalah keutamaan berbanding keluarga ketika itu.

7. Kesimpulan. Keluarga memang utama. Tetapi hakikatnya, kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. Maka bekerja juga secara tidak langung adalah untuk keluarga. Makanya keluarga adalah utama tetapi kerja bukanlah kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan