Dalam politik antarabangsa, external threat merupakan penyumbang utama kepada kestabilan negara. Selain diancam oleh Israel, dan ada konflik dalaman sesama rakyat dan politik, faktor lain yang mempengaruhi keadaan di Lubnan adalah kemelut di Syria. Hari ini akan ada peace talk anjuran UN berkenaan dgn Syria. Untuk membolehkan kita appreciate majlis ini, ada kita tgk balik apa sebenarnya berlaku di Syria dan apa kedudukannya sekarang.
Lebih kurang macam Lebanon, Syria (atau Damascus) jatuh daripada kerajaan Turki Uthmaniyah dalam perang dunia pertama selepas 400 tahun. Kemudian berada dibawah jajahan Perancis sebelum Syria mendapat kemerdekaan selepas perang dunia ke-2 tahun pada 1946. Dalam tempoh 10 tahun (1946-1956) pembentukkannya, Syria melantik 20 kabinet, dan mendraf 4 perlembagaan berbeza kerana gagal mentapat kata sepakat. Dan dalam tempoh itu juga, pihak tentera telah membuat rampasan kuasa sebanyak 5 kali. Rampas kuasa-serah pada awam-jadi kemelut-rampas semula. Akhirnya 1955 Syria di pimpin oleh Presiden Shukri al-Quwatli, bekas tentera - kerana dirasakan hanya tentera mampu memimpin negara yg begitu banyak konflik ketenteraan. Namun, presidencynya tidak diiktiraf. Ramai menganggap dia hanya sebagai care taker.
Pada 1958, dalam mencari keseimbangan politik, Shukri al-Quwatli bersetuju untuk bergabung dengan Mesir membentuk United Arab Republic (UAR). Gabungan ini melantik Gamel Abdel Nasser, iaitu Presiden Mesir sebagai ketua negara. Mesir ketika itu sedang mencari alliance dalam menghadapi krisis terusan Suez dengan Israel. Penggabungan ini hanya bertahan sehingga 1961 sebab Syria kata Mesir membolot semua kuasa. Syria keluar sebagai sebuah negara, berlaku dua kali lagi rampasan kuasa oleh tentera pada 1961 dan 1963, sebelum parti Ba'ath (yang konon parti pejuang kemerdekaan Syria) menubuhkan National Council of Revolutionary Command (NCRC) bertujuan membanteras apa-apa revolusi lagi. NCRC turut dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan tentera. Kejayaan Ba'ath menyebabkan presiden partinya Michel Aflaq menjadi presiden.
Rancangan parti Ba'ath utk dapatkan kuasa melalui pengabungan dengan tentera back fired apabila 'sayap tentera' dalam parti ba'ath sendiri mengguling Michel dan lantik wakil mereka iaitu Jeneral Salah sebagai Presiden pada 1966. Kepimpina Jeneral Salah terlalu military-oriented, hinggakan mengabaikan kebajikan dan membawa Syria terlibat dalam perang terhadap Israel dlm perang 6 hari dan beberapa siri serangan bersama PLO. Rakyat kurang senang dengan pimpinan Jeneral Salah dan akhirnya pada 1970 Hafez al-Assad mengambil tampok pimpinan - dlm peristiwa yang penuh darah.
Hafez al-Assad dikatakan membawa kestabilan kepada Syria - tetapi dengan penindasan. Dengan menggunakan pengaruh tentera, beliau menghapuskan orang yang menentangnya, termasuklah parti politik lain selain dari partinya menjadikan Syria sebagai negara 1 parti. Sebagai kaum Syiah, dia mengadakan hubungan baik dengan Iran. Dia membantu Iran semasa perang teluk (Iran-Iraq). Dia turut membantu Lubnan ketika diserang Israel pada 1970an tapi hanya kerana 3 sebab; untuk mendapatkan bukit Golan (bukit di sempadan Israel, Lubnan dan Syria - boleh jadi kubu tentera yang efektif), mendapatkan kepentingan lain di Lubnan dan mengelak Israel serang negaranya melalui Lubnan. 30 tahun Hafez al-Assad jadi presiden, dan akhirnya meninggal pada 2000.
Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Kematian Hafez al-Assad menyebabkan anaknya Bashar al-Assad dilantik sebagai presiden. Parlimen terpaksa merombak perlembagaan - umur minima presiden diturunkan daripada 40 tahun ke 34 tahun bagi membolehkan dia dilantik. Dia kemudian dilantik sebagai presiden dengan 97.29% undi (kata statistik kerajaan Syria). Itu pun, dia suruh tentera cari 2.71% yang menentang dia tu. Bak kata org Syria yang dah menetap di Lubnan, gila kuasa. Bashar al-Assad lebih ekstrem dari bapanya. Kalau bapanya menghapuskan musuhnya dalam diam, dia membunuh penentangnya secara terang-terangan. Kini, kerajaan Syria membunuh ratusan penentangnya setiap hari.
Setiap kali berlaku riot dan rampasan kuasa, akan berlaku pertumpahan darah yang besar. Syria terbina atas pertumpahan darah. Dari mana kerajaan Syria dapat bekalan ketenteraan sedangkan rakyat yang memberontak tidak membayar cukai? Banyak pihak sanggup keluar modal utk lihat 'persembahan' Islam bunuh Islam ni. Iran antara penyokong yang nyata - atas tiket Syiah. Yang tak nyata banyak lagi! Kenapa tentera begitu menurut kata kerajaan zalim? Kerana 3 'ta'.
Sedih melihat kita sesama Islam berbunuh antara satu sama lain sedangkan musuh kita yang nyata bersorak gembira.
Sumber: BBC, CNN, Telegraph wiki, risik malbatt, Dr. Izwan, Ust Jamal