Pasukan pengaman Unifil or at least Malbatt ada peraturan yang ketat utk tidak benarkan warganya sewenang-wenang keluar dari kawasan kem. Setiap pergerakan keluar walaupun dekat, perlu dimaklumkan ke UNIFIL melalui satu order yg dipanaggil MOVCON. Kena isi detail MOVCON at least 24 jam sebelum pergerakan. Aku nampak selain untuk keselamatan warga pasukan pengaman, ia juga bertujuan nk jaga perasaan masyarakat sekitar. Bayangkan kalau kita tengah shopping kat Sogo tiba-tiba ada kenderaan tentera negara luar lalu-lalang, lepas tu ada puang yang jalan kaki kehulu-hilir bawa senjata. Jadi, aku rasa perkara ini memang perlu.
Pada 25 Disember 2013, UNIFIL isytihar hari ini hari cuti. So kami tak kerja. Komander telah usahakan supaya hari itu kami boleh outing ke pekan Marakah dan Alhamdulillah aku boleh ikut sama ;D Pekan Marakah hanyalah pekan yg kecil, kira-kira 5 km dari kem kami. So, lepas solat asar, 1 buah lori 3 tan bawa kami ke sana. Kami pergi berpakaian tentera.
Kami parkir lori 3 tan di pinggir pekan dan berjalan ke dalam. Terdapat kedai2 kecil di sepanjang kiri dan kanan jalan raya 2 lorong. Kedai-kedai ini jual macam-macam barang. Tak boleh jangka. Dari alat elektronik, mainan kanak-kanak, makanan hinggalah ke pakaian.
Sepanjang jalan, kami diiringi dengan sapaan dan senyuman penduduk tempatan. Kanak-kanak ada yang berkejaran nak salam dengan kami. Maknanya, kehadiran kami diterima. Ada sesetengah pihak bercerita yang pasukan Italy yg bertugas di sini sebelum kami kurang disukai penduduk tempatan. Pasukan Italy tinggalkan kem ini kepada kami selepas ada anggotanya mati ditembak penduduk tempatan dalam kawasan kem! Betul tidak, wallahuaklam.
Orang kata, orang arab melayan tetamu dengan baik. Memang pun. Sepanjang perjalanan, kami dipelawa oleh 2 keluarga untuk masuk ke rumahnya dan berborak sambil minum teh, walaupun hakikatnya dorg ni tak berapa pandai inggeris! Nasib baik jalan dgn ustaz. Ustaz pandai arab. Dah la pelawa masuk, jamu minum, kemudian beri kamu buah tangan. Lelaki arab memang peramah. Perempuan arab pula pemalu dan biasanya di 'cover' daripada orang luar.
Urusan jual-beli. Orang kata, arab ni kuat menipu. Aku berpendapat, sama je macam orang mana-mana pun. Ada yang ambil kesempatan, ada yang jujur. Barangan seludup dan ciplak senang didapati sebab, penguatkuasaan kastam lemah, sebab kawasan perang. Kita boleh jumpa barang elektronik terutamanya jam tangan dijual tepi-tepi jalan.
Asabiyah. Perkara ini memang disebut oleh Rasullullah sendiri dan memang kita boleh lihat. Kat kwsn tu, hanya orang kampung situ sahaja yang boleh berniaga. Orang luar yang masuk biasanya akan dipersoal dan digertak. Dalam kem Malbatt, kami ada berurusniaga dengan seorang yang berasal dari daerah lain. Penduduk tempatan mempersoalkan kenapa dia dipilih. Dia juga pernah meminta kami untuk melindungi dia dari orang tempatan. Walaupun hakikatnya mereka sama bangsa, sama agama.
Sebelum balik, kami singgah makan ayam panggang di satu kedai ni. Ayam aeekor makan 6 orang. Kalau ikut pekedai tu, itu untuk sorang makan. Orang arab memang kuat makan. Dia hudang seekor ayam beserta, 1 apperrtizer (macam jeruk), dan roti bottom less. Kalau roti abis,boleh minta lagi. Sedap! Tp hygienically diorang quite poor. Ayam dihidang atas plastik, takde pinggan. Roti atas meja takde alas. Katanya memang budaya diorang mcmtu.
Mereka juga takde kontrak pungut sampah. Bekalan air kurang, bekalan elektrik pun terhad. Kerajaan hanya bekalkan elektrik lebih kurang 8 jam sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan