Khamis, 16 Januari 2014

Sunni dan Syiah 2

Bismillah,

Dengan pengetahuan aku yang tidak seberapa, catatan yang aku coretkan ini adalah daripada apa yang aku faham dan aku benar-benar amat mengharapkan tunjuk ajar daripada kwan-kawan. Tujuan untuk berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan yang utama adalah untuk nota ku sendiri.

Sebagai ahli sunnah wal jamaah dan rakyat Malaysia, aku memegang apa yang telah ditetapkan oleh mufti yang Syiah itu terpesong, kerana secara akidahnya ia terpesong jauh daripada yang digariskan oleh Islam. Aku juga tahu bahawa Syiah ini terbahagi kepada banyak kumpulan kecil yang berbeza tahap ketaksuban dan kepercayaan mereka. Aku bukan hendak menyatakan yang ada pihak syiah yang benar, siapalah aku jika ulama sendiri telah memfatwakan syiah itu sesat. Apa yang ingin aku bawakan adalah ke arah menghargai persamaan, dan memupuk keamanan bersama - sepertimana kita hidup dalam perpaduan kaum di Malaysia. Lets us don't judge what more to penalize as that wasn't our forte.

Berada di bumi syiah, menjadikan kami minoriti. Dengan stigma yang serba negatif, kami menjadi paraoid. Takut dengan perkara yang tiada. Sehingga merugikan kami sendiri. Pernah sekali aku bertugas luar. Perjalanan yang jauh dan kami telah teringgal solat asar. Walhal sepanjang perjalanan, kami ada menempuh sekurang-kurangnya 2 buah masjid / surau. Alasan, masjid syiah. Dikhuatiri kami akan dibunuh ketika solat oleh orang syiah. Sedangkan, kami ada beberapa orang kontraktor arab, yang merupakan pengikut syiah, yang sering solat di masjid kami, dan kadang-kala berjemaah dengan kami!

Satu hari, kami keluar ke pekan berdekatan. Dan kemudian, masuk waktu asar. Kenderaan hanya akan bertolah pulang ketika hampir masuk magrib. Maka ketika itu, kami (aku, ustaz, paymaster, dan beberapa orang pegawai) memutuskan untuk menunaikan solat di masjid syiah. Memandangkan ia diluar waktu solat, maka surau itu tiada jemaah lain selain kami. Tetapi ramai penduduk disekitar nampak kami masuk, dan tahu kami tumpang solat, dan sedia maklum yang kami ahli sunni. Kami sembahyang dengan selamat.

Hari ini, aku berpeluang berbual dengan seorang ahli syiah. Dia merupakan pengikut syiah yang beriman dan bapanya merupakan tokoh agama di kawasan ini. Dia menyatakan memang berlaku perang bukan sekadar di Lubnan, tp di bumi arab. Peperangan bukan sekadar sunni-syiah, tapi ada juga syiah-syiah dan sunni-sunni berbunuhan sesama sendiri. Makanya bukanlah perbezaan fahaman ini puncanya - walau bagaimanapun ia menjadi puncanya kadang kala, thanks to the politician.

Apa yang kita pegang, syiah = sesat; syiah = hizbullah; syiah = sokong basar al-assad; syiah = benci sunni, nak bunuh sunni. Ini adalah stigma negatif. Berpegang secara ekstrim pada perkara ini menyebabkan kita paranoid. Terus tak mahu terima dia. Memang. Memang semua ini boleh dikaitkan dengan syiah, tapi bukan semua syiah yang menyokong perkara ini.

Menurut dia lagi, pengikut Hizbullah semakin kurang berbanding awal penubuhannya yang bertujuan menentang Israel, membebaskan Palestin. Kalau dulu Hizbullah disertai semua orang Islam, kini hanya tinggal pengikut syiah sahaja, pun ramai yang telah menarik diri. Kerana mereka nampak, mereka sedar yang paksi perjuangan Hizbollah bukan lagi selari dengan Al quran dan sunnah. Hizbollah menentang sistem Lubnan sendiri, Hizbollah menyokong kerajaan Syria membunuh rakyatnya sendiri.

Apa yang aku nak simpulkan di sini, aku akui Syiah tersimpang daripada agama Islam yang kita pegang. Tapi, tak semua penganut syiah itu memerangi kita. Seperti seperti penganut hindu dan buddha, kita mampu hidup bersama dengan aman bersama mereka. Tapi kenapa kita nak berbunuhan dengan penganut agama sama dengan kita tetapi terpesong? Kita kena akui, hidayah adalah hak Allah. Kita doa semoga mereka diberi hidayah dan kembali ke pangkal jalan.

Berikut aku kongsikan gambar di dalam salah sebuah masjid syiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan