Sebulan pertama aku di bumi Lubnan, hanya ada 1 insiden keganasan iaitu pengeboman di kedutaan Iran di Beirut. Selain dari itu, hanya ada ketegangan dalaman biasa sahaja. Impak daripada iti, wujud berbagai spekulasi menyalahkannbermacam-macam pihak tetapi ia hanya beralhir di situ - tiada serang balas, tiada letupan susulan.
Aku leka dalam ketenangan. Kemudian, datang Disember mengingatkan aku kembali yang aku sebenarnya dalam kawasan perang, di dalam operasi.
Pada 16 Disember 2013 jam 11.50pm. Kapten Zul dah lena. Aku pun dah tarik selimut nak tidur. Tiba-tiba datang Kapten Shah (Pegawai Risik) yg duduk di bilik sebelah, mengetuk pintu bilik aku minta semua pakai loreng dan bersedia utk selamatkan diri. Kenapa? Kerana seorang anggota Israel Defense Force (IDF) telah ditembak mati Tentera Lubnan (Lebanon Armed Forces, LAF) dekat sempatan Lubnan-Israel. LAF mendakwa, anggota IDF tersebut telah melintasi sempadan dengan sengaja. IDF pula memberi maklumbalas yang anggotanya sedang melakukan rondaan rutin dan tidak pun melintasi sempadan. Mereka juga menyatakan yang mereka akan membuat serang balas.
Sepatutnya kami semua dah kena berlindung di bawah shelter. Tapi dukacitanya, kem baru ni belum ada shelter lagi. Kalau di kem Tibnine dulu, kami ada shelter / kubu yang dibuat daripada beg pasir. Beg pasir mmg sangat praktikal. Mudah, murah berkesan dan selamat. Dan aku ingat lagi shelter itu dilengkapi dgn air dan biskut. Memang sentiasa diganti bila expired.
Jadi, kami kena stand by dalam bilik, kemudian tim kombat kena stand by di parade square dengan kenderaan perang, iaitu condor. Dan tim paramedik pun in stand by sekiranya diperlukan, sama ada keperluan UNIFIL atau Malbatt sendiri. Malam itu memang sunyi, mendebarkan, dan terasa panjang. Alhamdulillah, ia berlalu dengan tenang.
Menurut rakan-rakan pegawai di sini, Force Commander UNIFIL berjaya meyakinkan pihak IDF utk tidak buat serangan balas.
Pada 29 Disember 2013. Aku bersama sel gaji sepatutnya pergi ke sector east untuk bayar gaji anggota yang berada di sana. Ada la dalan 40 orang yang bertugas jaga kem Kawkaba sebelum ia diserahkan kembali kepada UNIFIL. Kem ni terletak dekat dengan sempadan Israel. 2 hari sebelum bertolak, komander minta minimakan pergerakan. Jadi aku dengan relanya diminta untuk tidak pergi. Hanya Paymaster diiringi Kapten Zul dari sel gaji. Rombongan paling besar adalah Sel KP Mej Bad yg bawa supply minyak diesel dan makanan.
Maka pagi tersebut, mereka bertolak. Selepas 1 jam lebih, kami terima berita yang 5 buah roket dilancarkan dari sektor east ke Israel. Sebuah roket meletup beberapa batu dari bandar utara Israel. Israel bertindak balas dengan serangan artileri. Dilaporkan oleh LAF 32 shells ditembak balas oleh IDF ke tapak pelancaran roket. Kedua-dua serangan tidak menyebabkan kecederaan.
Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab keatas serangan tapi kerajaan Israel menyalahkan kerajaan Lubnan. Sebab serangan datang dari sempadan Lubnan. Presiden Israel menuduh Hizbollah bertanggungjawab ke atas serangan ini tetapi IDF berpendapat serangan adalah daripada kumpulan kecil lain yang mahu Israel bertempur dgn Hizbollah berdasarkan daripada kemampuan dan cara serangan.
Lepas dapat berita ini, aku terus text Kapt Zul yang on the way ke arah sana. Rupanya mereka telahpun diarah untuk batalkan pergerakan atas faktor keselamatan. Kawasan tersebut telah diberi kod merah oleh UNIFIL dan pasukan bertugas di unit tersebut, Indo batt dan Indiabatt dalam keadaan sedia. Maka, mereka pun pulang kembali ke kem. Kasihan rakan-rakan si Kawkaba. Bekalan makanan hampir habis, minyak diesel untuk generator juga tinggalk sedikit. Dan mereka tidak ada gaji untuk membeli makanan.
Akhirnya, setelah keadaan tenang sedikit, pada 1 Jan 2013, Mej Bas dan Paymaster telah pergi ke Kem Kawkaba membawa bekalan ke anggota Malbatt di sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan