Jumaat, 20 Disember 2013

Siapa nak roti arab?

Sekali-sekala, aku nak juga post entri yang ringan. Aku dah lama berhajat nak buat food blog tapi aku ni kurang rajin mencuba kedai makan baru jadi gagal la di situ. Tapi kali ni sebab aku ada mencuba makanan yangblain daripada yang lain, jadi bolehlah aku share sikit dengan korang.

Tengah hari tadi, Haji Basam dan Sheikh Abdullah (travel agent yg tolong uruskan flight ticket kami) datang untuk makan tengah hari bersama kami. Mereka bawa bersama roti arab dan jeruk buah zaitun sebagai ole-ole untuk kami semua. Roti arab ni ada macam-macam jenis. Katanya jenis yg paling common kat sini.

Roti ni dalam plastik dan dilipat-lipat. Mula-mula komander aku buka, aku ingatkan alas meja bulat. Rupanya roti. Punyalah besar! Kami koyak-koyak dan makan sorang sikit. Rasa dan tekstur roti ni macam kerak roti, yang tepi-tepi roti gardenia tu. Takde apa-apa rasa tambahan. Kosong je. Memang kena makan dengan lauk.

Jeruk buah zaitun ni memang selalu ada je atas meja makan kitorang. Yang biasa kami makan buah zaitun yang dah tua sikit, yang dah kuning kemerahan. Rasa macam cili jeruk yang kita makan dgn cha kuey teau tu. Tapi yg Haji Basam bawa ni buah zaitun muda. N dia rendam dalam minyak zaitun. Buah zaitun ni pahit, rendam dalam minyak zaitun yg berminyak dan pahit. Wah! Memang cannot go! Tapi masing-masing yang rasa tu buat muka sedap. Hahahaa..

Orang Arab ni, roti merupakan makanan ruji. Jadi roti memang ada di mana-mana. Roti ni, orang arab makan, mana ada letak atas pinggan. Dia selamba je atas meja. Sebab, pada dorang, debu tu bukan kotor. Tepuk-tepuk sikit, pastu terus makan. Minum pun kalau terus daripada teko tu biasa. Kita je la yang geli nak minum air tu lepas tengok dia. Hahahaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan