Jumaat, 13 Disember 2013

Cara Tentera 3

Kalau cakap pasal pasukan uniform, kita akan secara automatik terbayang orang tengah tabik. Tabik tu adalah satu perlambangan kepada hormat. Ok big deal. Semua orang tahu tentera mesti la hormat pegawai pangkat lagi tinggi. Tapi tak ramai tahu yang sebenarnya hormat mereka adalah lebih dari itu.

Sepanjang aku bersama kawan-kawan tentera ni, jarang sekalu aku dengar penggunaan kata ganti diri aku-kau (kecuali demo-kawe tu selalu la, semangat TRW) sebaliknya perkataan saya-tuan/ encik/ pangkat pegawai tersebut, walaupun perbualan antara pegawai dan anggota. Yang lagi menarik, sesama pegawai yang SAMA pangkat pun biasanya bertuan-tuan sesama diorang jugak. Kerana apa? Kerana mereka menghormati seniority dan pengalaman pegawai lain.

Dulu aku rasa gelaran atau kasta-kasta ni akan wujudkan jurang dan renggangkan hubungan. Well, jurang memang ada tapi hubungan renggang kerana panggilan hormat ni tidak wujud. Yang aku nampak, diorang dgn aku sekali masih dapat bergurau gelak-gelak bersama walaupun bertuan-tuan sesama kami.

Apa kesan positifnya daripada aktiviti ni? Yang pertamanya tentulah rasa hormat kepada pegawai yang dipanggil tuan tu. Bila ada rasa hormat, kita secara automatiknya akan menjaga batas kelakuan kita. Yang dipanggil tuan pun mestila akan jaga etika dia. Takkan la dah kena panggil tuan, nk buat perangai tak senonoh lagi kn?

Yang paling besar kesannya aku nampak adalah ia menjadi pelengkap kepada high adaptability among staff. Bila anggota tu menghormati semua pegawai dia, dan anggap semua pegawai itu bos, dicampak kemana pun dia, dia tetap boleh function sebagai staf yang cemerlang.

Ia juga boleh mengurangkan karenah birokrasi sebab seorang pegawai dari unit lain itu boleh meminta bantuan daripada staf dari unit lain berkenaan perkara yang berkaitan. Sebab staf tu hormat pegawai, walaupun bukan immediate bos dia, dia akan contribute untuk perkara itu.

Perkara ni tak berlaku di perkhidmatan awam. Staf biasanya hormat bos dia je. Sbb bos tu jela yang sign LNPT. Kalau bos lain mnta tolg, walaupun kerja tu mmg kerja bhgian dia, dia akan melenting sbb dia anggap bos lain tak layak untuk arahkan dia. Menyedari hakikat yang kerja kita adalah berkaitan, kita sepatutnya saling membantu dan bekerjasama. Apa pun kita adalah 1 warga krajaan Malaysia.

1 ulasan:

  1. mcm kenal... 🇱🇧🇱🇧🇱🇧

    BalasPadam