Ok, kita sambung balik pasal Israel. Saja je buat sambung-sambung sbb kalau panjang sangat, confirm korang tak nak baca. Kesan psikologi. Hehehe..
Dengan keluarnya resolusi UN, maka mengamuklah orang-orang Arab, khasnya penduduk Palestin. Orang yahudi pun kurang setuju sebab dia dakwa yangbtanah palestin tu tanah dia. Tapi dia setuju juga sebab dia kata itu adalah yang paling minimum yang dia boleh terima. Maka timbullah ketegangan diantara orang Arab dan orang yahudi ketika itu. Orang yahudi di Palestin ketika otu berjumlah kira-kira 600,000 orang.
Menggunakan resolusi UN dan alasan ancaman daripada masyarakat Arab sekitar, David Ben-Gurion iaitu ketua militan Zionis mengisytiharkan penubuhan Israel dan dia sebagai perdana menteri. Dalam tempoh 1 tahun, 50 buah negara terima Israel sebagai negara dan UN ajak Israel jadi ahli pada tahun yang sama.
Sehari selepas Israel diisytihar, tentera-tentera arab dari Palestin, Mesir, Iraq, Jordan, Syria, Lubnan, Arab Saudi dan Yeman memerangi Israel. Dengan bantuan kroni (tapi banyak sumber mengatakan tiada bantuan) Israel mengalahkan pakatan arab ini, dan meluaskan jajahan mereka ke atas bum Palestin kepada 60%. Mereka membuat 1 perjanjian mewujudkan 'no Arab land' di tanah jajahan mereka, yg mana Palestin sendiri tak tandatangan. Kesan daripada perjanjian itu, ramailah orang Palestin terpaksa berhijrah ke negara Arab lain.
Walaupun ramai yang berhijrah keluar, masih ramai yang terus tinggal di Palestin. Demi menjaga kedaulatan negara dan maruah bangsa. Mereka memberi tekanan kepada orang Israel daripada dalaman sehinggalah peperangan Arab-israel yang seterusnya pada 1967. Mesir, Jordan dan Syria menyerang israel dari sempadan israel-Syria. israel walau bagaimanapun telah pun bersedia dan mengalahkan pakatan arab ini dalam 6 hari. Maka peperangan ini dikenalo sebagai perang 6 hari. Dan israel puan mengambil kesempatan dalan perang ini untuk luaskan lagi jajahan dia ke tanah Palestin - mula-mula letak tentera di bandar2 Palestin dengan alasan takut ada ancaman ke atas negara mereka. Lepas tu buat bangunan, dan panggil orang yahudi tinggal di bangunan itu. Kemudian, rakyat Palestin terus dijajah oleh Israel - kena kerja utk Israel, bayar cukai, guna lesen memandu Israel, semua dikawal. Hinggakan kalau nak keluar negara atau nak sambung belajar ke peringkat tinggi perlu dapat kelulusan Israel.
Palestin terus ditindas. Pada tahun 1987, berlaku 1 kes kemalangan diantara kereta perisai israel dengan kereta awam palestin yg menyebabkan kematian 4 warga Palestin. Dikatakan kemalangan itu disengajakan. Orang Palestin marah, dan melancarkan First Intifada. Bermula dengan demostrasi, berhenti bekerja dengan israel, boikot barangan israel, dan conteng grafitti. Mogok ini bertambah ganas dengan pertengkaran dengan israel. Yaser Arafat yang ketika itu memimpin Palestinian Liberation Organization (PLO) melancar serangan gerila. Dan pada ketika ini jugalah kelahiran pejuang Hamas. Kalau PLO yang juga kerajaan Palestin bertujuan mendapatkan keamanan, Hamas bertujuan untuk menghapuskan israel sama sekali. Hamas tidak iktiraf israel sebagai kerajaan, maka tidak mahu perjanjian damai dengan israel. Mereka tidak mahu Islam ditindas. Hamas merupakan badan utama yang menjaga kebajikan rakyat, dan pada masa sama melancarkan pengebom berani mati ke israel. First intifada berterusan hingga 1993 dengan tandatangan perjanjian Olso Accords. Dalam tempoh ini 1087 orang palestin terbunuh dan lebih 7% kanak-kanak bawah 18 tahun cedera.
Olso Accords adalah perjanjian sulit yg ditanda tangani oleh Yaser Arafar dan Yitzhak Rabin (PM israel) disaksikan Bill Clinton. Perjanjian ini merupakan perjanjian aman utk tempoh jangka masa pendek. Dalam perjanjian ini, israel setuju untuk withdraw tentera daripada Gaza dan Tebing Barat sahaja, dan Palestin boleh mentadbir sendiri negara mereka. Perjanjian ini hanya sah untuk 5 tahun. Dalam tempoh ini, kena buat perjanjian baru. Hamas sangat marah dengan Yaser Arafat atas perjanjian ini. Terbukti kemarahan inu berasas kerana Palestin tetap ditindas. Hamas tidak pedulikan perjanjian dan terus membuat ancaman dari semasa ke semasa.
Intifada kedua berlaku pada tahun 2000 - 2005 dan menyebabkan lebih banyak kematian. Lebih 3000 warga Palestin terkorban dan 1000 tentera dan orang israel dibunuh. Intifada ini bermula apabila Ariek Sharon, PM israel sengaja membuat lawatan ke masjid Aqsa. Ketika itu, umat islam palestin yang ramai berkumpul di kawasan masjid di suraikan dengan ganas oleh tentera israel. Mereka di pukul dan ditembak. Maka, rakyat Palestin marah dengan keadaan ini dan membiat serangan balas.
Sehingga kini, keadaan di Palestin tidak pernah aman. Rakyat Palestin tertindas, tiada sumber yang cukup, tidak sempirna sebagai sebuah negara. Namun, rakyatnya masih setia tinggal di bumi mereka. Dengan keberanian, demi mempertahankan tanah air mereka, maruah agama kita. Terus kekal di Palestin merupakan jihat untuk agama. Dalam ketenagan kita kini, cuba fikir-fikirkan. Apa yang telah kita lakukan demi agama? Layakkah kita nak bandingkan pengorbanan kita dengan rakyat Palestin? Apa yang telah kita buat untuk bantu mereka? Semoga mereka terus diberi kekuatab untuk berjuang, dan gugur mereka sebagai syahadah. Amin.
Akan bersambung..... part 3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan