Hari ini aku berpeluang untuk ke sector east of UNIFIL Operation Area. Duta Malaysia di Lubnan nak adakan lawatan rasmi ke sana. Dulu situ kawasan Malbatt tapi sekarang dah di bawah Indiabatt. Jadi, sebagai pasukan keselamatan Malaysia, kami bantu provide security. Dan komander kami pun berhajat nak turut mengiringi. Aku pun convince komander nk ikut sama dgn alasan nak berjumpa duta untuk create networking. Luckily, alasan diterima!
Sebab-sebab yang aku excited sgt nak ikut ke sector east adalah:
1.di sector east ada kem kawkaba yg sepatutnya Malbatt dah tutup tp masih belum selesai handing over. So, sbgi pegawai kewangan & aset, aku nak jugak la semak aset dan keadaan disana.
2. Khabarnya kawasan sana sgt sejuk dan dah bersalji. Nak main salji! Hehehee
3. Aku ada beberapa rancangan untuk Malbatt dan aku rs perlu aku kenalkan diri aku ke pjbt duta. Lepas ni baru senang nk urusan.
4. Perjalanan ini akan merentasi blue line - sempadan Israel. Aku nk tgk mcmane rupanya tanah Israel yg dikeji itu
5. Kami akan melintasi kem pelarian palestin dan syria. Aku nak jumpa dan menyumbang.
Jadi kami pun bergerak. Ada 2 team konvoi. 2 kereta escort duta, 2 kereta lagi escort komander. Aku bertuah sbb join escort kereta duta. Long story cut short, kami pun tiba ke kem indiabatt bersama duta. Kami pergi Indiabatt dulu sbb yela, nk masuk kawasan dia,kenala jumpa tuan rumah dulu. Komander telah pun berada di sana. Selepas taklimat dan courtesy call tuan duta ke pejabat komander indiabatt, kami disajikan dengan makan tghari. Sedapnye mkn roti capati! N their warm reception makes us felt like home. Semangat Asia yg kuat. Thanks Indiabatt! Dah la smlm baru tgk cite 'My Name Is Khan'.
Selesai, tuan duta pun bertolak ke tempat lawatan kerjanya. Sebelum tu, aku sempat kenalkan diri aku kepadanya. Cukuplah sekadar dia tau kewujudan aku. Hehee. Then, dia bertolak ke destinasi dia, aku pula 1 kereta ke kawkaba. Kami solat, aku inspect aset kat sana, then kami pun turun ke tempat yg telah kami janji nak kumpul, iaitu di pasar nabi. Kenapa dipanggil pasar nabi? Inilah tempat dimana Nabi Muhammad SAW berniaga. Kan nabi berniaga di Syam? Lubnan ni Syam la. Syukur Alhamdulillah aku berpeluang sampai ke sini.
Kemudian, kami sempat berjumpa beberapa org kanak-kanak pelarian Syria. Kami bagilah sedikit makanan yang kami bawa, iaitu roti dan makanan2 beku. Excited dorang ambil mknan. Kasihan. Ada sorang budak ni, yg dalam gambar ni, dah ambil makanan daripada kitorang, lps tu minta kami 1 dollar. Hahahaa! Kasihan..
Tak berapa lama kemudian, kenderaan tuan duta tiba, kami pun terus mengiringi kenderaannya sampai ke labuh raya, kemudiandia terus memandu ke Beirut dan kami pulang ke Kem Tibnine. Perjalanan jauh yang memenatkan. Keluar pukuk 7.30 pagi, tiba jam 7.20 malam. Tetapi pengalaman yang amat bermakna.
Aku belajar yang;
1. Kerja special force sebagai escort dan bodyguard bukan kerja mudah. Risiko, pengorbanan, dan fokus.
2. Orang Asia memang bersifat rendah diri, menghormati tetamu dan ramah. Felt it when i was in Rokbatt. Felt it again in Indiabatt.
3. Orang tempatan di Sector east menerima baik orang Malaysia n perpindahan keluar kaminamat dirasai oleh mereka. Thanks to predecessors of Malaysian contigent yang berkhidmat di sector east sebelum ini.
By the way, aku sempat lihat tanah Israel dalam perjalanan kami. Dengan penuh rasa benci. Tanah dia subur, jauh lebih subur daripada Lubnan yang berbatu-batu. Kata kwn2 dalam kereta aku, "Mana tidaknya, kat Lubnan ni dia asyik bom je, nak subur macam mana.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan