Sabtu, 14 Disember 2013

Negara Israel? Part 1

Kata budak-budak zaman sekarang, semua salah yahudi. Tapi hakikatnya dalam quran pun ada nyatakan yang yahudi dan nasrani adalah musuh Islam yang nyata sampai kiamat. Aku berhajat nak cerita pasal yahudi - israel tapi tak tau nak mula dari mana. Aku start dari yang paling awal yang aku tau la. Bukan apa, untuk rujukan diri aku sndiri juga.

Kaum yahudi adalah keturunan bani Israel, iaitu keturunan nabi-nabi Islam. Semua nabi datang dari keturunan ini. Memandangkan mereka adalah dari keturunan yang mendapat petunjuk, yakni kitab dan nabi, jadi mereka adalah lebih advance daripada keturunan-keturunan lain. Kalau ikut kefahaman aku, mereka berpegang kepada kitab taurat (talmud) yang dibawa oleh Nabi Musa. Tapi kitab itu telah diubah-ubah oleh golongan atasan untuk menyebelahi mereka. Mereka tahu akan ada Nabi akhir zaman memimpin umat Islam sbb perkara itu ada dalam kitab mereka. Bila Allah utuskan Nabi Muhammad, mereka tak nak iktiraf. Sebabnya, Nabi Muhammad bukan dari keturunan Bani Israel sebaliknya dari keturunan Quraisy. Selama ini dorg rasa dorg ni bangsa terpilih, bangsa paling mulia, takkanlah nabi boleh datang daripada bangsa lain. Memandangkan dorang tak iktiraf Nabi Muhammad sebagai Nabi akhir zaman, dorang masih lagi menunggu kedatangan nabi akhir zaman, iaitu The False Messaiah, Dajjal!

Sejak zaman Nabi lagi, yahudi dah isytihar Islam sebagai musuh. Tapi dengan kuasa Allah, dijadikan yahudi ini bangsa yang pandai. Kepandaian mereka ini menyebabkan mereka ni berada di merata-rata tempat, berniaga. Jadi mereka memang tidak ada negara, tidak ada kerajaan mereka sendiri, sebab asalnya mereka juga orang Arab. Ada kwn2 aku kat Malbatt ni ajak aku berfikir kenapa Yahudi ni pandai dan kuat. Aku katalah sebab Allah nak Islam bersatu, baru boleh tewaskan musuh. Dia mengiyakan pendapat aku dan dia tambah, sebab Allah nak bagi anugerah Syahid kpd hambanya. Betul jugak. Kalau tak ada musuh yg kuat, macm mana nak dapat syahid?

Ok sambung balik. Pada perang dunia kedua, Hitler yang memimpin Nazi telah membunuh orang yahudi beramai2, kira-kira 6 juta orang yahudi dibunuh. Pembunuhan ramai-ramai ni dipanggik 'holocaust'. Ada fakta kata Nazi bunuh yahudi sbb Hitler nak jadikan Nazi sebagai bangsa terbaik dunia, jadi dia kena eliminate yahudi. Ada juga pendapat kata yahudi sengaja plan utk population ctrl, nak buangborang yahudi yg kasta rendah2 ni. Kalau ikut satu buku ni, holocaust ni dia kumpul semua orang yahudi dgn cara offer peluang pekerjaan kpd semua yahudi, bila ramai2 kumpul, dia masukkan dlm satu bangunan, bunuh ramai2 guna gas racun, dan sebagainya. Sebelum tu dah disuruh mereka gali parit besar yang mana akhirnya jadi kubur dorang sendiri.

Ok, kembali ke cerita yahudi. Mengambil kes holocaust ni sebagai punca, yahudi ni berpakat ramai-ramai, pergi duduk kat Palestin. Alasan, bumi palestin ni telah dijanjikan oleh tuhan dorang untuk dorang. Palestin ni significant bg orang Islam kerana Masjid Aqsa, salah satu daripada 3 masjid utama Islam terletak di Palestin. Orang yahudi pulak dakwa tapak masjid aqsa tu adalah tapak 'haikal Sulaiman' iaitu istana Nabi Sulaiman, salah sorang nabi dorang. Orang Palestin pun terkejut, mengamuk dan serang balik la orang Yahudi yang tiba-tiba masuk negara dorang tu. Palestin ketika itu diperintah oleh British. Ala, korang mesti ingat kalau sebut Syarikat Hindia Timur Inggeris kn? Lepas gedebak-gedebuk dengan British dan orang palestin, kemudian isu ini di bawa ke UN. Tahun 1947, UN declare Palestin dibahagi kepada 3, 1 bahagian untuk orang Palestin, 1 bahagian untuk orang yahudi dan 1 lagi kongsi-kongsi. Maka tertubuhlah negara haram, Israel.

Nantikan kisah selanjutnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan