Sabtu, 29 Mac 2014

Kisah Hidup

Aku ada 2 entri blog yang masih pending. Aku memilih untuk publish enti yang ni dulu. Itu pun kalau internet membenarkan la malam ni. Aku nak share kisah hidup kawan aku yang sorang kat malbatt ni. Selepas dengar cerita dia, aku terus bermotivasi, dan terus sedar diri yang sebenarnya aku ni dah cukup banyak dah nikmat Allah bagi. Semoga cerita dia ni pun boleh motivasikan korang dan tuan punya cerita ni mendapat manfaat dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Mi (bukan nama sebenar) membesar dalam broken family. Dia duduk dengan ayah dia. Bila umur 10 tahun, ayah dia pun dah kawen lain, ayah dia hantar dia pergi sekolah pondok. Sekolah pondok run by indonesian, yg tak ada iktiraf. Kemudahan serba kekurangan, terletak di kawasan pedalaman, dan tentunya takde spm. Yang lebih menyedihkan, ayah dia sejak hantar dia ke pondok tu, langsung tak pedulikan dia.

Pada usia 14 tahun, mi mula sedar yg dia ketinggalan dlm pelajaran. Risaukan masa depannya, tapi tak ada tempat utk dia minta pandangan. Mendengar cerita yang ibunya kini berada di johor, dia nekad utk lari dari sekolah pondok, ke negeri johor mencari ibunya. Jumpa, tapi mak dia tak mampu nak banyak bantu sebab mak dia pun dah ada suami baru. Jadi, dia panjat PPD sendiri, pergi cyber cafe dan mnta tolong orang sana sini buatkan surat, dan merayu utk masuk sekolah. Sekolah harian biasa. Mi tinggal di rumah sewa. Dia terpaksa bekerja di hotel hujung minggu untuk tampung kos hidup dan sewa rumah.

Belajar di sekolah harian biasa, di kelas yang kurang baik, tinggal di rumah sewa bersama budak-budak bujang, mi bukan di environment yang kondusif utk belajar. Dia tak ada orang yang membimbing, yang menegur bila ada salah silap. Budak bujang rumah sewa dia pun bukan la contoh yang baik. Menurut mie, salah sorang daripadanya dah kena hukum gantung mandatori sebab edar dadah.

Selepas spm, dengan keputusan yang tak seberapa, mi cuba apply macam2 kerja. Dan akhirnya dapat la dia masuk askar.

Just when you thought you had a tough life. Look again. There so many other had a tougher life than you.

Rabu, 19 Mac 2014

Malaysia dari pandangan luar

Benar kata-kata orang tua, jangan jadi katak bawah tempurung. Setiap perkara sebaik-baiknya dilihar dari segenap aspek, secara total, atau nak kata orang putih bird eyes view. Berada diluar negara memberi aku peluang utk melihat Malaysia dari pandangan luar, at least dari mata masyarakat Lebanon.

Aku sempat bersembang dengan seorang remaja arab. Dia warga negara iran tp membesar di Syria. Dalam Syria menghadapi kemelut, dia sekeluarga berhijrah ke Lubnan. Di sini, dia hanya bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji yang rendah, dan dia tidak boleh menyimpan. Peluang bekerja di Lubnan sangat terhad. Tiada kilang-kilang, tiada syarikat MNC, tiada firma besar.

Dia tidak boleh bekerja di negara arab lain yang lebih stabil seperti Dubai atau Qatar kerana negara-negara ini membenci warga Iran. Dia tidak boleh kembali ke Iran kerana orang Iran tidak menerima wrga Iran yang berbahasa arab (iran ada bahasa sendiri). Dia tidak mampu untuk manghadapi cabaran untuk berkelana di eropah.

Bila ditanya rancangannya, dia mahu ke Malaysia. Kenapa? Kerana keterbukaan Malaysia, kerana peluang, kerana masyarakat yang mesra dan baik. Paling penting kerana Malaysia AMAN. Ini pandangan dia yang turut dikongsi oleh ramai orang-orang Arab yang lain. Malaysia adalah sandaran kepada umat-umat Islam khasnya orang arab untuk berhijrah. Walaupun jauh beribu batu. Walaupun negara-negara arab lain jauh lebih moden, pesat membangun dan dekat.

Aku juga ada dengar dalam berita radio Februari/Mac aritu yang Malaysia dipilih sebagai top 5 negara pelancongan paling mesra Islam baik dari kemudahan ibadah, makanan dan persekitaran. This is something we should be proud of. Dan perlu kita usaha untuk kekalkan reputasi ini.

Isnin, 10 Mac 2014

Outing di Tyre

Hujung minggu yang ceria. Kami diberi kebenaran oleh komander dan oleh unifil untuk outing pada Ahad tersebut. Bila tawaran dibuka, berbaris orang hantar nama nak ikut. Nak release tension katanya. Maka, keluarlah kami dalam 100 orang, pakai baju biasa (happy betul tak payah pakai baju tentera!) menaiki 2 buah bas awam yang kami sewa.

Destinasi kami, Tyre. Tyre merupakan ibu kota di sebelah selatan Lubnan. Tyre ni terletak di tepi laut. View memang cantik. Kami mula-mula dibawa ke tempat bersejarah; runtuhan kota lama. Nak masuk kena bayar USD2. Tapi yang tak bestnya, tempat ni langsung tak dijaga dan worst, x ada sebarang papan penyataan atau penerangan pasal kota tu. Yang jaga tu pun bkn setakat tak tahu bahasa inggeris, sejarah tempat tu pun dia tak tahu.

Kemudian, kami terua ke pekan Tyre. Sampai dlm pkl 12.15 tengahari. Lepas mkn, aku pegi cari surau nak sembahyang. Tak susah nak cari. Di kawasan itu sahaja ada 3,4 buah surau. Aku sembahyang kat masjid sebelah universiti islam lubnan (universiti 1 bangunan sahaja). Tapi kemudian bila akundatang semula nak sembahyangbasar, surau tu dah berkunci. Kata ustaz jamal, sebab surau syiah, dorg sembahyang 3x sehari je. Waktu asar aku sembahyang kat surau tingkat 1 rumah kedai, pun surau syiah.

Kedai makan. Katndepan laut tu memang banyak kedai makan. Franchise restaurant cuma ada KFC. Yang lain semua local owned tp semua fast food / western. Misi mencari nasi arab gagal. Tapi kedai makan memang senang cari dan majoriti halal. Apa pun alkohol memang boleh jumpa di mana-mana.

Kedai-kedai. Tyre ni boleh kata macam Port Dickson la. Tak ada shopping complex. Semua kedai-kedai biasa, macam-macam ada jual. Kebanyakkan jual pakaian dan harga memang lebih murah terutamanya jaket dan coat. Kata Alishan (guide) harga cotton di lubnan lebih murah. Pekedai-pekedai ni tahu kalau pengunjung tu bukan orang arab, mesti orang unifil. Yela, mana ada orang melancong ke lubnan. Jadi, aku rasa kami dapat harga 'special'.

Orang pekan lubnan. Berbanding di kawasan sekitar kem (yang agak kampung) orang di Tyre lebih nampak moden. Dressing pun trendy, junlah pakai tudung dan tak pakai agak balance. Pergaulan nampak bebas. Ramai je couple gesel-gesel. Even ada je budak2 ni ambil gambar peluk awek arab. Keji. Tp aku rasa tu kristian kot. Banyak juga pengemis. Katanya org palestin / syria. Minta sedekah sampai masuk dalam bas.

Nothing much to buy, not so good food to eat, good view, great experience.

Sabtu, 1 Mac 2014

Bicara Warga Palestine

Memandangkan kami berada di tapak kem baru, banyak perkara yang kami perlu ubah suai. Banyak juga yang perlu dibangunkan kerana sebelum ini, pasukan Itali tinggal di kem ini dengan kekuatan 300 anggota sedangkan kami hampir 600 anggota.

Salah satu projek pembangunan adalah untuk buat dewan tertutup. Dewan yang simple je - steel structure balut dengan kain plastik / material banner tu tapi tebal sikit. Bangunan yang common di kawasan misi sbb memang syarat misi bangunan yang dibina perlualah yang mudah untuk diturunkan. Kat sini dewan jenis tu dipanggil rubhall. Dan salah sorang pekerja yang bangunkan bangunan ini adalah orang sunni dari palestin yang dah menetap di Lubnan.

Makanya satu hari, berbuallah pekerja Palestin ni dengan Ustaz Jamal, dalam bahasa arab. Banyak yang mereka bualkan. Abdul Rashid ni banyak tahu tentang Malaysia. Dia tanya pasal perpaduan kaum, pasal kenapa negara Islam tapi tak laksana hudud. Dia banyak quote ayat quran. Tapi ust graduate Al-Azhar. Ust berjaya terangkan keadaan Malaysia n how we are on the right track. At least aku rasa dia berjaya tak tau la apa pandangan Abdul Rashid. Dia juga cerita mengenai sunni dan syiah - yang dah banyak aku kongsikan kat sini. Secara umum, dia memberi bad impression tentang orang Syiah.

Tapi yang aku nak highlight kat sini adalah bila dia tanya pasal tujuan misi.

Dia tanya. Kita semua tahu siapa di belakang UN - yahudi dan US. Kita juga nampak yang sebenarnya tujuan misi ini adalah berpihak kepada Israel - semua pasukan pengaman berada di Lubnan, menghalang sebarang aktiviti pembangunan serangan oleh individu atau pasukan dari Lubnan sedangkn di Israel entah-entah diorang dah buat bom nuklear pun tak de siapa nak halang. Tapi, kenapa Malaysia sebagai negara Islam masih nak sertai misi yang diada-adakan oleh musuh Islam untuk menyekat orang Islam dan menyebelahi musuh Islam.

Ustaz jawab. Jawapan ustaz memberangsangkan. Tapi aku tak nak share jawapan ustaz kat sini. Aku nak share jawapan aku, dan kita fikir bersama.

Dalam setiap yang manusia lakukan, kalau manusia sendiri menilai guna logik akalnya, pasti ada yang kata betul, ada yang kata salah. Dan kalau kita dengar hujah dua-dua pihak ni, kita pun mungkin akan bersetuju dengan dua-dua pihak. Kenapa? Sebab logik akal semata-mata tidak cukup terutama untuk kes agama. Kenapa, sebab akal manusia mmg dicipta Allah terhad.

Apa yang Abdul Rashid bangkitkan tidak salah. Dan aku pasti siapa yang baca ni akan setuju dengan Abdul Rashid dan minta Malaysia jangan sertai misi ni lagi.

Tapi kalau bukan Malaysia dan Indonesia sebagai wakil negara Islam di Unifil ni, siapa lagi? Adakah kita mahu saudara Islam kita di Lubnan, yang diancam oleh yahudi, dilindungi oleh kristian Italy dan lain-lain negara eropah sahaja? Terlindungkah mereka?

Siapa kata kami kesini bertujuan semata-mata menghalang serangan ke atas Israel? Kami juga membantu penduduk tempatan. Membantu pembangunan masyarakat dan secara tak langsung turut mambangunkan ekonomi setempat.

Ya. Memang UN dah gariskan matlamat misi unifil. Tapi pada aku Malbatt ada matlamatnya sendiri dan matlamatnya adalah untuk keamanan Lubnan khasnya saudara Islam kita. Aku bukan komander untuk gariskan hala tuju Malbatt. Aku juga bukan Panglima Operasi Global untuk putuskan agar Mlaysia terus menyertai misi unifil. Tapi aku tahu Malaysia tidak akan tarik diri dari misi ini, dan akan terus berjuang untuk kebaikkan saudara Islam kita.

Niat

Assalamualaikum

Dah agak lama sejak kali terakhir aku update blog. Sebenarnya aku dah siap beberapa entry tapi belum aku publish kerana masalah teknikal dan nak tambah beberapa maklumat lagi. Dan sebab aku bercuti blk malaysia. Hahaha..

Hari ke tiga di Lubnan sejak cuti 2 minggu selepas 3 bulan berkhidmat. Jadi, aku bercadang nak update enrty pasal self motivation dulu. This is what i came across and i don't want to forget this. So, i keep this as a record.

Islam meletakkan niat sebagai langlah pertama dalam setiap perkara yang kita buat. Islam kata setiap niat adalah doa. Islam anugerahkan pahala kepada sesiapa yang berniat untuk buat kebaikkan walaupun dia belum atau tak jadi biat kebaikkan tersebut. Betapa tingginya murtabat niat yang dilerakkan oleh Islam. Kita semua tahu pasal ni. Tapi kita sekadar tahu. Sekadar nota untuk jawab ujian agama SPM.

Aku berborak dengan 2 orang kawan tentang niat / tujuan kami mengikuti misi.

Kawan 1: Aku datang sini sebab nak kumpul duit. Duduk sini tak belanja byk, lepas tu dapat elaun UN lagi.

Kawan 2: Aku datang misi ni sebab nak dapatkan pingat antarabangsa. Bukan senang nak dapat pingat antarabangsa. Boleh bantu naik pangkat.

Bila aku cakap aku datang sebab nak agama, nak mendekati Islam, dan dapatkan pengalaman. Jawapan yang aku terima adalah negatif. Diorang kata apa islam yang aku boleh belajar sebab sini majoriti syiah. Well, aku tak argue banyak. Sebab aku tahu mereka tak mahu dengar dan tak mahu fikir.

Maka, kawan pertama aku akan dapat duit, dan kawan kedua akan dapat pingat antarabangsa. Tahniah untuk mereka. Tapi itu sahajalah. Kerana otu sahaja yang mereka niatkan. Tiada niat untuk islam, tidak terfikir pun untuk islam, dan tiada usaha pun untuk islam. Tak cukup dengan itu, condemn pula orang yang ada niat untuk islam. Sorry, aku bukan emosi. Mereka adalah kawan2 yang baik dan aku hormat mereka. Cuma aku nak jadikan contoh. Hehehee..

Sebenarnya, ini adalah typical Melayu Malaysia. Tak nak kalah. Kalau dia jatuh, dia nak tarik orang ke bawah sekali. Aku teringat kisah masa aku ikut 1 kursus ni. Fasilitator minta semua peserta tuliskan nama idola, lepas tu kumpul ikut idola masing-masing. Kumpulan paling ramai adalah yang mengidolai Nabi Muhammad. Kemudian, ada seorang puan daripada kumpulan yang mengidolai Tun Mahathir tampil dan berkata,

"No offence tapi saya rasa tak betul orang yang mengidolai Nabi Muhammad. Nabi Muhammad tempatnya tinggi diatas, lebih tinggi daripada idola. Dan tidak sepatutnya dijadikan idola."

You know what i thought of her? She just wanted to tell the crowd that she is pious and she didn't forget Nabi Muhammad which she had obviously in my point of view had forgotten.

Jadi. Kenapa niat itu penting? Bukan sekadar untuk dapatkan pahala berniat, tapi niat ni macam sasaran kita. Apa yang kita niat, itu yang akan kita usahakan, maka itulah yang akan kita dapat. Niatlah untuk Allah. Kerana Allah sentiasa menyuruh kepada kebaikkan. Dan Allah akan berikan kamu segalanya.

"Aku nak duit je. Buat ape aku kerja lebih. Buat sikit2 pun dapat duit jugak."

Hidup Sebagai Malbatt 2

Apa kerja tentera?

Honestly, walaupun aku dah kerja kat Kementerian Pertahanan sejak 2009, aku benar-benar faham tentang kerja tentera dengan lebih jelas sejak datang misi ni.

Yang dipanggil askar atau soldiers adalah yang bukan pegawai / lain-lain pangkat; yang terdiri daripada prebet hingga ke pegawai waran 1. Selain daripada itu adalah pegawai, yang buat support kepada tempur. Lain-lain pangkat ni pun terdiri daripada pelbagai tred, ada yang memang tempur, ada yang buat service support.

Service support ni mcm kerani, mechanic, tukang masak, medic, construction, agama, it dan lain-lain. Yang buat sevice support ni, dia akan kerja office hour macam biasa. On top of that, majoriti services akan ada yang kena standby 24 jam, especially kami yang di misi ni. Untuk itu, anggota-anggota ini akan di detail-kan untuk duty. Kalau kat woksyop, duty woksyop la. Kalau kat pejabat, duty kerani.

Selain daripada duty untuk buat kerja hakiki, ada juga lain-lain duty yang akan di detailkan anggota-anggota ni. Contohnya duty guard - jaga pintu pagar utama, duty observation post, duty naik turun bendera dan lain-lain duty yang dirasakan perlu - contohnya dulu pernah ada duty dobi kejap.

Dalam banyak-banyak duty ni, duty yang paling memenatkan untuk anggota adalah duty BOS atau Battalion Orderly Sergent. Duty BOS dan Duty Officer akan bersama-sama kem komandan bertanggungjawab keatas semua benda yang berlaku kat kem pada hari tu.

Aku berpeluang ikut Mej Hazi masa dia jadi duty officer hari tu. Dia start take over duty officer pada pukul 8 pagi. Melapor kat TOC, ambil laporan daripada Duty Officer semalam kemudian ambil walkie talkie daripada comms. 1st task adalah ronda observation post (OP). Memandangkan kem ni besar, kami round naik Land rover pasukan. Setiap OP ada 2 orang anggota duty untuk 24 jam. Waktu pertukaran duty staf OP ni tak sama dgn waktu pertukaran DO dan BOS. Jadi DO kena round OP at least 2 kali dlm 1 hari duty. Kemudian, DO dan bos juga kena check lain-lain duty staf yang telah didetailkan seperti kat stor senjata, kat rumah masak dan lain-lain.

Ok, bagi anggota yang berada dalam unit tempur, kalau kat misi ni, kerja utama dia adalah membuat rondaan mengikut kawasan yang ditetapkan oleh UN. Ada kawasan yang rondaan dibuat on foot, ada juga yang on car. Waktu rondaan adalah random seperti yang ditetapkan oleh Sel Gerak. Unit tempur juga tidak dikecualikan daripada duty jaga OP dan duty guard. Jadi ketua pasukan tenpur kenalah pandai aturkan jadual.