Memandangkan kami berada di tapak kem baru, banyak perkara yang kami perlu ubah suai. Banyak juga yang perlu dibangunkan kerana sebelum ini, pasukan Itali tinggal di kem ini dengan kekuatan 300 anggota sedangkan kami hampir 600 anggota.
Salah satu projek pembangunan adalah untuk buat dewan tertutup. Dewan yang simple je - steel structure balut dengan kain plastik / material banner tu tapi tebal sikit. Bangunan yang common di kawasan misi sbb memang syarat misi bangunan yang dibina perlualah yang mudah untuk diturunkan. Kat sini dewan jenis tu dipanggil rubhall. Dan salah sorang pekerja yang bangunkan bangunan ini adalah orang sunni dari palestin yang dah menetap di Lubnan.
Makanya satu hari, berbuallah pekerja Palestin ni dengan Ustaz Jamal, dalam bahasa arab. Banyak yang mereka bualkan. Abdul Rashid ni banyak tahu tentang Malaysia. Dia tanya pasal perpaduan kaum, pasal kenapa negara Islam tapi tak laksana hudud. Dia banyak quote ayat quran. Tapi ust graduate Al-Azhar. Ust berjaya terangkan keadaan Malaysia n how we are on the right track. At least aku rasa dia berjaya tak tau la apa pandangan Abdul Rashid. Dia juga cerita mengenai sunni dan syiah - yang dah banyak aku kongsikan kat sini. Secara umum, dia memberi bad impression tentang orang Syiah.
Tapi yang aku nak highlight kat sini adalah bila dia tanya pasal tujuan misi.
Dia tanya. Kita semua tahu siapa di belakang UN - yahudi dan US. Kita juga nampak yang sebenarnya tujuan misi ini adalah berpihak kepada Israel - semua pasukan pengaman berada di Lubnan, menghalang sebarang aktiviti pembangunan serangan oleh individu atau pasukan dari Lubnan sedangkn di Israel entah-entah diorang dah buat bom nuklear pun tak de siapa nak halang. Tapi, kenapa Malaysia sebagai negara Islam masih nak sertai misi yang diada-adakan oleh musuh Islam untuk menyekat orang Islam dan menyebelahi musuh Islam.
Ustaz jawab. Jawapan ustaz memberangsangkan. Tapi aku tak nak share jawapan ustaz kat sini. Aku nak share jawapan aku, dan kita fikir bersama.
Dalam setiap yang manusia lakukan, kalau manusia sendiri menilai guna logik akalnya, pasti ada yang kata betul, ada yang kata salah. Dan kalau kita dengar hujah dua-dua pihak ni, kita pun mungkin akan bersetuju dengan dua-dua pihak. Kenapa? Sebab logik akal semata-mata tidak cukup terutama untuk kes agama. Kenapa, sebab akal manusia mmg dicipta Allah terhad.
Apa yang Abdul Rashid bangkitkan tidak salah. Dan aku pasti siapa yang baca ni akan setuju dengan Abdul Rashid dan minta Malaysia jangan sertai misi ni lagi.
Tapi kalau bukan Malaysia dan Indonesia sebagai wakil negara Islam di Unifil ni, siapa lagi? Adakah kita mahu saudara Islam kita di Lubnan, yang diancam oleh yahudi, dilindungi oleh kristian Italy dan lain-lain negara eropah sahaja? Terlindungkah mereka?
Siapa kata kami kesini bertujuan semata-mata menghalang serangan ke atas Israel? Kami juga membantu penduduk tempatan. Membantu pembangunan masyarakat dan secara tak langsung turut mambangunkan ekonomi setempat.
Ya. Memang UN dah gariskan matlamat misi unifil. Tapi pada aku Malbatt ada matlamatnya sendiri dan matlamatnya adalah untuk keamanan Lubnan khasnya saudara Islam kita. Aku bukan komander untuk gariskan hala tuju Malbatt. Aku juga bukan Panglima Operasi Global untuk putuskan agar Mlaysia terus menyertai misi unifil. Tapi aku tahu Malaysia tidak akan tarik diri dari misi ini, dan akan terus berjuang untuk kebaikkan saudara Islam kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan