Khamis, 12 Mac 2015

Pilihan Peminat VS Pilihan Juri

AJL 29 berlangsung Januari haritu tapi aku baru nak ulas. Hahaha..

Bagi yang belum tahu, tujuan utama AJL ni adalah untuk mengiktiraf komposer dan penulis lirik. Makanya, AJL membariskan sebilangan juri-juri profesional dari kalangan komposer dan penulis lirik yang otai (dan tak bertanding) untuk menilai. 80% markah diberikan sebelum pertandingan, dan 20% markah lagi diberikan masa pertandingan.

Soalan: Kenapa bagi juri profesiobal jadi juri? Kenapa x buat undian sms macam AF, atau lain-lain rancangan realiti?
Jawapan: Sebab hanya juri profesional tahu menilai kualiti lagu yang digubah, dan lirim yang ditulis.
Terima.

Hasilnya. Pada AJL 29, maka dinobatkan Lagu "Apa Khabar" nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne sebagai juara. Bertubi-tubi komen baik di FB, twitter, ig sampailah ke surat khabar. Tak puas hati.

"Macam mana lagu bercakap ni boleh jadi johan? Takde lenggok langsung. Dah la penyanyi tak hensem," antara komen peminat.

Tapi, juri bukan seorang, berpuluh-puluh orang. Masing-masing berpengetahuan luas dlm bidang muzik. Dan keputusan adalah secara kolektif. Ada juru audit bertauliah lagi. Maknanya sepakat pilih "Apa Khabar" sebagai juara.

Maksud kat sini, keputusan yang betul oleh pakar sekalipun, belum tentu popular atau disukai orang ramai.

Tapi, ada satu kategori dalam AJL tu secara tradisinya dia bagi peminat membuat pilihan melalui undian; Kategori Persembahan Terbaik. AJL meminta penonton memilih mana2 persembahan yang disukai dan undian terbanyak akan memenangi kategori tersebut.

Pemenang: "Romancinta" - Mojo. Memang persembahan Mojo tu mesmerising. Ramai yang kagum dan tersentuh dengan Caliph Buskers yg berbakat despite kekurangan pada mereka. Tapi, betul ke persembahan diorang sangat terbaik? Lebih baik daripada Stacy? Najwa? Shila Amzah? Diorang berdiri tegak dan menyanyi je. Jadi kalau nak kata terbaik persembahan mereka tu mungkin kurang tepat.

Maksud kat sini, keputusan yang popular dan semua orang suka, belum tentu betul.

Apa kita dapat simpulkan kat sini berkaitan dengan kehidupan kita dalam sistem demokrasi berparlimen, kebanyakan keputusan yang dibuat adalah yang popular, yang orang ramai nak. Hakikatnya pemimpin kena pandu rakyatnya ke jalan yang benar. Tapi kalau asyik dengan keputusan yang tak popular, dalan sistem demokrasi, memanglah tak akan kekal lama sebagai pemimpin.

Sama-sama kita fikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan