Isteri aku boleh dilabelkan sebagai 'old-school house wife'. Dia pandai kemas rumah, memasak, jaga anak dan juga lain-lain skill extra house wife macam menjahit dan menggubah. On top of that, dia bekerja sebagai seorang guru, dan dengar-dengarnya dia seorang guru yang baik.
Aku sebelum ni, aku rasa aku seorang suami yang extra baik berbanding dgn suami-suami lain (pendapat aku sendiri). Selain perform di tempat kerja (juga pendapat sendiri), aku juga banyak membantu di rumah. Isteri aku suruh je aku buat ape kat rumah tu, aku mesti buat. Kemas rumah? Sidai baju? Cuci pinggan? Cakap je. Aku buat. Kecuali masak la. Hahaha..
Suatu hari, isteri aku upset. Dia kata dia seorang je yang kena fikir utk uruskan rumah. Aku pun argue balik. Aku tak paham kenapa kena upset sedangkan aku sentiasa sedia untuk bantu apa sahaja untuk dia suruh.
Hari ini, telah 3 bulan isteri aku mengandung. Dah 2 bulan dia mabuk (morning sickness) yang teruk menyebabkan dia banyak kena rehat. Aku rasa, ni lah peluang utk aku tunjukkan pada isteri aku. Aku akan buat apa yg dia buat.
Aku bangun awal utk sediakan breakfast, kejut anak, siapkan anak n hantar sekolah. Kemudian blk sediakan makan, siapkan anak, kemudian tidur lewat sikit utk siapkan bahan2 untuk anak sekolah.
Seminggu je. Selepas seminggu, aku dah rasa tension. Rupa-rupanya nak fikir ni memang lebih penat daripada kena buat sahaja. Aku seolah2 kena ada 2 otak; hal kerja dan hal rumah. Aku nak bagi contoh, tapi nak pikir contoh pun dah cukup membuatkan aku penat -__-"
Rakan-rakan suami. Aku ajak korang-korang cubalah uruskan rumah secara total. At least seminggu - habis cycle baju bersih, cycle bahan mentah dan sampah. Then baru korang sedar betapa kasihannya isteri korang tu.
Belajarlah untuk saling memahami. Kerana tak kenal maka tak cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan