Memaparkan catatan dengan label lubnan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lubnan. Papar semua catatan

Ahad, 24 November 2013

Balada Refugee

Assalamualaikum, kali ni aku nak kongsi cerita seorang pelarian yang sempat kami kenal dan dengar kisahnya. Semoga dari kisah ini kita sama-sama dapat mempelajari sesuatu, in sha Allah.

Mr Ramish merupakan seorang umat Islam Sunni. Beliau telah berkeluarga dan dianugerahkan 5 orang anak. Anak sulung berusia belasan tahun dan yang bungsu baru berusia 4 tahun. Beliau berasal dari Syria. Sebagai seorang peniaga, keadaan hidup beliau adalah sederhana.

Pada penghujung 2012, berlaku kemelut dalaman diantara kerajaan dengan rakyat di Syria. Kerajaan yang diteraju bangsa Syiah bertindak mengarahkan tentera untuk membunuh semua yang menentang kerajaan; baik Sunni mahupun bangsa Syiah sendiri. Dalam kekalutan, Ramish melarikan semua keluarganya keluar dari Syria. Memandangkan negara paling hampir adalah Lubnan, disamping urusan untuk masuk ke negara itu mudah (tiada penguatkuasaan imigresen dsb sbb kawasan perang), maka Ramish membawa keluarga ke sini.

Sampai di Lubnan sebatang kara, beliau cuba mendapatkan tempat perlindungan berbekalkan duit yang dibawa dari Syria. Rupanya akibat kemelut dalaman, matawang Syria jatuh, tiada permintaan untuk matawang tersebut. Duit yang ada tidak cukup untuk mendapatkan tempat perlindungan yang selesa. Maka hiduplah Ramish dan keluarga seadanya.

Berbekalkan kereta lama yang dibawanya dari Syria, Ramish menjaja kacang dan makanan-makanan ringan dari satu tempat ke tempat lain. Sikap Ramish yang jujur dan pemurah amat disenangi sehinggakan Malbatt menjemput Ramish untuk berniaga di dalam kem setiap hujung minggu. Walaupun beliau minoriti Sunni di sini, beliau tidak berselindung. Kadang-kala, beliau akan melaungkan azan di surau kem jika kami lewat.

Minggu lepas, berlaku letupan bom di Kedutaan Iran di Beirut. Letupan berpunca daripada 2 orang pengebom berani mati. Pengebom pertama menunggang motosikal dan meletupkan diri. Sebaik sahaja orang ramai mengerumuni, sebuah kereta datang dan membuat letupan yang lebih besar! Spekulasi menunding jari kepada orang Sunni dari Syria. Sememangnya orang Sunni dari Syria membenci Iran kerana Iran bersekongkol dengan kerajaan Syria untuk membunuh rakyatnya sendiri.

Ekoran daripada kejadian itu, perniagaan Ramish terjejas. Dia diancam oleh penduduk-penduduk tempatan kerana dia adalah golongan Sunni dari Syria. Lebih seminggu dia tidak dapat berniaga seperti biasa. Dia akan tunggu di hadapan kem Malbatt mengharapkan warga Malbatt membeli. Tapi kerana terpaksa, kini dia teruskan juga perniagaannya.

Peperangan. Kalau pun rakyat itu terselamat daripada dibunuh, dia akan hidup menderita. Tiada yang untung.

Khamis, 14 November 2013

Asyura di Lubnan

Salam Asyura rakan-rakan semua. Semoga segala ibadah yang kita laksanakan dalam menyambutnya diterima Allah, in sha Allah. Jadi kali ini aku berhajat untuk berkongsi sambutan Asyura di sini, khasnya oleh penduduk tempatan. Sebab macam yang kita semua maklum, majoriti di selatan Lubnan adalah golongan Syiah.

Asyura ni adalah sambutan yang besar di Lubnan. Sejak 1 muharam, orang-orang Syiah berkumpul dari petang hingga malam, berpakaian serba hitam. Imam-imam akan membaca khasidah, kisah sedih tentang pembunuhan saidina Hussien, kisah saidatina Aisyah, juga Saidina Ali. Perhimpunan ini ada coverage dalam berita dan tv live.

Kemuncak keraian adalah 10 Muharam, iaitu semalam.  Perhimpunan yang lebih besar, masak bubur asyura ramai-ramai, khasidah yang lebih feeling sampai menangis-nangis, dan kali ini, ada dikalangan mereka akan menetak kepala mereka sendiri dengan parang. Sampai berdarah-darah! Kemudian, mereka akan ambil apa yang kelihatan seolah-olah zink yang dipotong memanjang dan melibas-libas badan mereka sendiri! Pun sampai berdarah-darah!

Siang tadi, Rumah Sakit ATM (RSAT) Malbatt dikunjungi oleh seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Dia dibawa oleh anak lelakinya, umur lewat 20an. Kepalanya terbelah, ada 3 belahan dan minta doktor kita jahitkan. Daripada perbualan doktor dengan lelaki itu (dengan bantuan juru bahasa), dia kata memang setiap tahun dia akan tetak kepalanya. Biasanya dia tidak akan jumpa doktor tapi kali ini memandangkan darah tidak berhenti, dia dipaksa anaknya untuk datang. Kena 8 jahitan.

Orang Syiah menganggap perbuatan mencederakan diri macam tu dapat membantu mereka lebih menghayati penderitaan yang dialami oleh Saidina Hussien dan lain-lain Ahlul Bait yang dibunuh. Menjadikan mereka lebih insaf, dan lebih taat kepada agama. I reserve my comment and let you think of it yourselves.

Jadi, malam tadi warga Malbatt turut mengadakan sambutan Asyura. Kami berkumpul, jemaah maghrib dan ada sedikit pengisian pasal Asyura oleh Ustaz Jamal KAGAT. Ustaz menceritakan yang puasa di hari Asyura turut dilaksanakan oleh orang yahudi bagi mengenang peristiwa Nabi Musa membelah lautan dan selamat daripada Firaun.

Bagi umat Islam pula, Hari Asyura adalah hari yang istimewa kerana banyak perkara berlaku pada 10 Muharam termasuklah kejadian bumi, turunnya nabi Adam ke bumi, peristiwa bahtera nabi Noh, nabi Yunus terkeluar dari perut ikan, nabi Ayob sembuh dari penyakit dan kiamat juga dikatakan akan berlaku pada 10 Muharam.

Menurut Ustaz lagi, daripada kitab (lupa tajuk) yang soheh, ada 2 orang ulama besar Syiah telah mengaku yang sebenarnya Saidina Hussien dibunuh oleh kaum Syiah sendiri. Ini adalah kerana ketika berlaku perselisihan antara beliau dan Muawiyah, beliau mengambil keputusan untuk menyerahkan tampok kepimpinan kepada Muawiyah daripada berperang sesama Islam. Kaum Syiah senang dengan berita ini lalu membunuh Saidina Hussien. Mereka kemudian menyesal dengan perbuatan tersebut, maka tindakan mencederakan diri sendiri pada 10 Muharram sebenarnya untuk menzahirkan kekesalan atas tindakan mereka. (Sila rujuk kepada sumber yg lebih meyakinkan untuk kisah yang lebih tepat.)

Sebagai umat Islam, aku sangat sedih dengan keadaan umat kita yang berpecah belah ini. Ulama-ulama sentiasa berusaha untuk menyatukan kita dengan pelbagai cara. Tapi hidayah itu dari Allah. Allah beri kepada orang yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun, kita perlulah usaha untuk dapatkannya, kekalkannya dalam diri kita, dan jika mampu, kita kongsi dengan rakan-rakan Islam dan bukan Islam. Syukur Malaysia masih aman.

Khamis, 7 November 2013

Tugas Luar

Selepas 8 hari aku duduk dalam kem, akhirnya aku berpeluang untuk tugas luar. Malbatt ditempatkan di 4 buah kem sekitar selatan Lubnan ni. Buat masa sekarang, kem induk adalah yang aku duduk sekarang ni, kat Tibnine. Kami akan berpindah ke kem Marakah tahun hadapan. Jadi aku diajak ke sana untuk tengok site.

Gambar pertama adalah gambar FFR Land Rover. Nampak mantap tak? Dah buruk tu. Kalau dibandingkan dengan battalion lain, semua dah pakai kenderaan kalis peluru. Memang formaliti, kalau komandan / pegawai nak travel kat sini, akan di escort dgn FFR di depan dan belakang. Yang naik FFR ni adalah team Combat Rescue Team (CBT) yang terdiri daripada komando, Paskal dan Paskau.

Gambar kedua dan ketiga adalah gambar team konvoi baca doa dulu sebelum bertolak. Yang pakai vest hitam tu semua geng CBT la. Muka maintain garang. Yang pakai loreng hijau pelik tu adalah Komander Malbatt. Oh,aku belum cerita struktur Malbatt eh? Nantinaku cerita dlm entri akan datang. Komander pakai baju loreng baru ATM. Loreng digital namanya. Kononnya lebih camouflage dan tak dapat dikesan walaupun oleh night vision.

Gambar keempat adalah dalam FFR yang mana dipasang pemegang rifle. Ada 3 rifle dlm FFR aku + setiap orang dlm FFR aku (4 orang) kecuali aku; ada handgun. Lepas semua sedia, kami pun bertolak.

Perjalanan mengambil masa 1 jam. Kami melalui kawasan pekan. Kereta yang paling banyak aku nampak adalah jenis Renault dan Volkswagon; minivan. Yang macam Kangoo tu.selain daripada tu, banyak juga BMW dan mercedes selain Honda dan Toyota. Honda Toyota ni mana2 pun banyak. Dan memandangkan kwsn dia kering dan berdebu, ditambah lagi bekalan air susah, kete dorang kotor, n dorang x kisah pun.

Walaupun kawasan ni kawasan perang, tapi life still goes on.mcm di gambar, still ada life. Tapi maaflah kalau gambar x best. Kitorang mmgbtak dibenarkan ambil gambar sbnrnya. Setakat mcm tu je yang boleh. Orang-orang Lubnan memang cantik dan kacak-kacak. Aku terasa macam org bangla di Malaysia pulak. Huhuu..

Kat Lubnan ni, memang x banyak cukai. Road tax pun xde. Penguatkuasaan kat kawasan ni pun kurang. Yela kan, kwsn perang. Nk kuatkuasa mcmane lagi. Banyak kereta motor xde no plat pun. Helmet x wajib pakai. Even kami ada nampak 1 kedai jual senapang. Siap ada sekumpulan remaja baru keluar dgn senapang lagi. Rileks je.

Itu jela sikit sebanyak pengalaman aku keluar kem. Bersyukurlah kita Malaysia masih aman. Hehehe..