Isnin, 30 Jun 2014

Attitude

Semua buku motivasi kerja, buku pengurusan dan buku psikologi bersetuju perkara utama yang memacu kepada kejayaan individu dan organisasi bukan kepintaran, bukan strategi tetapi attitude atau sikap. Kalau sikap itu negatif, otak bagus mcm mana pun, strategi hebat mcm mana pun tidak akan membuahkan hasil.

Hasil bacaan daripada beberapa buku dan dokumentari, ada 3 perkara yang boleh mempengaruhi sikap iaitu;

1. Genetik - sikap seorang anak boleh diperolehi daripada orang tuanya secara genetik. Aku berpendapat, jika diwarisi secara genetik, perilaku itu tidak wajar dipanggil sikap, tetapi tabiat. Antara contohnya orang kita panggil kenan. Aku pun tak reti mcmane nak cerita tapi sikap yang diwarisi genetik adalah sukar untuk diubah.

2. Persekitaran - anak itu belajar dengan cara memerhatikan persekitarannya. Persekitaran boleh jadi perilaku ibubapa, adik beradik, jiran-jiran, rakan, dan termasuklah segala rancangan tv dan video dalam youtube bagai tu.

Cerita sikit. Ada anak buah aku ni selalu main game yang ketuk-ketuk binatang yg keluar daripada lubang tu. Satu hari, dia amik hammer ketuk hamster dia! Anak buah aku ni perenpuan, ketika itu berusia 4 tahun.

3. Pendidikan - ilmu yang diterapkan oleh ibubapa, guru, rakan-rakan atau rancangan tv dan internet sebagainya. Pendidikan ni boleh jadi 'pendinding' kepada persekitaran; sama ada menapis pengaruh persekitaran yang buruk atau yang baik.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau fikir balik, aku rasa semua faktor yang pengaruhi sikap seseorang pasti datang daripada salah satu punca ini. Betul ke semua? Agama macam mana?

Pada mulanya, aku sendiri kategorikan agama di bawah perkara pendidikan. Ye la. Very logic. Kita ada pendidikan agama, kita boleh jadikan ia sebagai pendinding kepada persekitaran. Tapi hari ini aku dah berubah sedikit pandangan aku. Aku rasa agama sepatutnya jadi perkara on its own. Ni arguement aku.

Sabda Rasulullah, "Di dalam badan manusia ada seketul daging (hati). Jika baik daging ini, maka baiklah ia dan jika buruk daging ini maka buruklah ia."

Dalam perkara-perkara diatas, kesemua faktor tersebut adalah faktor 'otak' iaitu faktor-faktor yang boleh difikir (kecuali genetik of course). Kita FIKIR nak hisap rokok sebab nak join kawan-kawan, kemudian kita FIKIR dengan ilmu yang kita telah perolehi nak stop merokok sebab takut pelbagai penyakit. FIKIR FIKIR FIKIR.

Hati on the other hand membuatkan kita rasa. Rasa macam hisap rokok itu berdosa sebab merbahayakan orang sekitar. Rasa berdosa sebab merbahayakan diri sendiri. Rasa berdosa sebab membazir, langgar perintah Allah dan sbginya. Dan 'rasa' ini hnya boleh dipupuk / dilembutkan dengan izin Allah iaitu nikmat iman. Kena mnta dengan Allah. Kena ibadah banyak2. Kemudian kena jaga.

Aku juga berpendapat hati ni independent / tidak berkait dengan ketiga-tiga faktor awal tu. Bapa yang berhati mulia belum tentu melahirkan anak yang juga berhati mulia. Ada anak pakar motivasi yang tinggi ilmu agamanya tapi anak dia penagih dadah. Kalau dilihat anak itu ada genetik yang baik, persekitaran tentu baik kerana membesar dengan ayahnya, pendidikan terbukti baik dengan lulusan sekolah agama dan pendidikan tinggi. Jadi mana lagi salahnya? HATI.

Mungkin kita terlalu membaca karya tokoh bukan Islam. Karya mereka tidak salah, tetapi benar pada tahap pemikiran mereka sahaja. Kita sendiri pun tahu yang fikiran manusia ni terhad maka apa yang mereka fikirkan ini tidak sempurna kecuali jika mereka berpandukan kepada Al-quran.


Khamis, 26 Jun 2014

Selamat Berjuang Mej Abdullah

Jihad yang paling besar bukanlah berperang menentang musuh. Ini menunjukkan bahawa banyak lagi perjuangan lain yang dituntut oleh Allah selain daripada peperangan. Hari ini merupakan hari terakhir Mej Abdullah berjuang bersama kami di Malbatt. Dia akan pulang ke Malaysia untuk perjuangan yang lain, yang lebih besar untuknya.

Mej Abdullah orang yang steady. Ceria tapi kurang bercakap sesuai dengan kedudukan beliau sebagai ketua elemen woksyop. Ye la, woksyop ni kerja dia aktif. Hari-hari ada kereta rosak yang diorang kena baiki. Anggota elemen JLJ antara elemen yang paling ramai menyebabkan kerja pengurusan pun banyak.

Pada bulan Februari 2014, kami dikejutkan dengan berita anak perempuan beliau, Nurfathin Shahira bt Abdullah berusia 11 tahun dikesan menghidap kanser tulang di kaki kirinya. Pihak Malbatt menguruskan beliau untuk cuti kebajikan pulang ke Malaysia untuk membolehkan anak beliau mendapatkan rawatan. Dalam tempoh sebulan beliau di Malaysia, beliau sempat membawa anak beliau untuk mengikuti 2 sesi kimoterapi. Doktor memaklumkan selepas 3 sesi, anak beliau akan sihat seperti sediakala. Maka, beliau pun kembali ke Lubnan untuk terus berkhidmat.

Pada bulan Mei 2014, Mej Abdullah dimaklumkan yang kimoterapi tidak berjaya dan kaki anaknya terpaksa dipotong. Sekali lagi Mej Abdullah pulang ke Malaysia atas dasar kebajikan untuk bersama anaknya melalui prosedur tersebut. Kaki kanan anaknya terpaksa dipotong di atas  paras lutut.

4 jam selepas pembedahan bermula, Mej Abdullah di panggil doktor ke dalam dewan bedah. Doktor memaklumkan bahawa kanser telah merebak dan kaki anaknya terpaksa dipotong hingga ke atas paha. Dengan pasrah beliau terpaksa merelakan.

4 jam kemudian, selepas pembedahan selesai, beliau sekali lagi dipanggil oleh doktor. Doktor maklumkan yang mereka baru sahaja mendapati bahawa virus kanser telahpun menular sehingga ke paru-paru anaknya. Dan tiada apa yang boleh dilakukan oleh doktor lagi. Anak beliau kini dibenarkan pulang.

Kepada Maj Abdullah, kami doakan tuan diberi kekuatan untuk membawa keluarga tuan melalui saat getir ini. Selepas hujan, pasti akan muncul pelangi yang indah. Kami doakan yang terbaik untuk tuan dan keluarga. Dan percayalah, ajal itu di tangan Allah.

Jumaat, 20 Jun 2014

Sup Ayam untuk Roh Cikgu

Saya tahu tajuk kali ini agak pelik. Ini sebenarnya terjemahan terus kepada pakej siri motivasi terkenal antarabangsa (chicken soup for soul). Sempena Hari Guru, saya berhajat untuk menulis mengenai kisah bagaimana guru-guru mwmberi inspirasi kepada saya. Dan bagi memuliakan mereka, saya akan cuba menulis dengan bahasa melayu.

1. Inspirasi mental
Semasa sekolah, saya merupakan pelajar yang aktif. Suatu ketika, saya mewakili sekolah untuk sukan olahraga. Pertandingan berlangsung di stadium Perak. Pada petang itu, saya dijadualkan untuk mengikuti acara saringan lumba lari 400m serentak dengan itu juga, saya terlibat dengan acara lompat tinggi di sekolah - acara sebelum sukan. Oleh kerana saya amat meminati acara lompat tinggi, saya tetap ambil bahagian hinggakan saya terlewat ke stadium.

Setibanya saya di stadium, saya dapati acara saringan 400m sudah hendah dimulakan. Sebaik sahaja guru pengiring saya nampak ketibaan saya, dia segera berlari ke arah pelepas dan minta acara ditangguhkan. Saya nampak dia dimarahi pelepas tetapi dia terus merayu. Kemudian dia segera mendapatkan saya, bantu saya bersiap sambil tak henti-henti berikan kata semangat. Saya dapat mengikuti saringan tersebut dan mendapat tempat kedua.

Pada pagi besoknya di stadium, ketika kontigen sekolah sedah berehat, guru saya datang kepada saya dan bertanyakan kenapa saya lewat. Saya maklumkan yang saya terlibat dengan acara sukan sekolah. Kemudian, dengan tenang dia memberitahu yang tidak salah untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa tapi perlulah bijak meletakkan keutamaan. Mewakili sekolah adalah amanah dan semestinya lebih utama daripada sukan sekolah.

Cikgu boleh marah saya ketika saya tiba petang itu. Saya tahu dia tertekan. Tetapi dia memilih untuk menjaga maruah, mental dan emosi saya dan menegur saya pada keesokkannya. Berkat bimbingan dan semangat yang diberikan, saya berjaya mendapatkan pingat emas olahraga MSSPK pertama untuk sekolah saya.

2. Inspirasi ketekunan
Semasa di tingkatan 5, guru matematik kami terjatuh tangga sekolah menyebabkan kaki beliau patah. Beliau diberi cuti sakit selama sebulan. Dalam tempoh tersebut, mata pelajaran matematik dan matematik tambahan yang diajar oleh cikgu itu diganti oleh guru yang lain.

Selepas guru matematik kami kembali bertugas, beliau segera merancang untuk mengadakan kelas tambahan secara percuma kepada kami untuk mengajar semula bab-bab yang tertinggal, dan untuk membimbing kami supaya lebih bersedia untuk SPM.

Beliau bercuti bukanlah kerana sengaja, tempat beliau turut digantikan oleh guru lain tetapi atas dasar tanggungjawab dan mahu melihat kami berjaya, beliau sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk membimbing kami. Majoriti cikgu yang mengajar kami turut ada melaksanakan kelas tambahan percuma di luar waktu persekolahan. Melihat kepada siri saya sendiri, saya sendiri pun akan berfikir berkali-kali untuk membuat kerja lebih masa kini. Cikgu sememangnya tekun.

3. Inspirasi Psikologi
Selepas peperiksaan akhir, kami berasa sangat lega. Pada malam tersebit, kami berpakat beramai-ramai untuk bermain futsal di tengah jalan, diantara dua blok asrama. Suasana sangat bising.

Tiba-tiba datang warden asrama memarahi kami. Kami dengan hati kering langsung tidak mengendahkan warden tersebut. Dia putus asa dan berlalu untuk mendapatkan pengetua asrama. Ada sebahagian daripada kami yang dah balik tapi ramainya masih terus bermain.

Pengetua datang. Dia kemudian memanggil salah seorang dari kami untuk bercakap dengannya. Dia terlebih dahulu bertanya kenapa kami bermain pada waktu malam. Kami maklumkan yang kami ingin melepaskan tekanan selepas ujian. Dia kemudian menasihati kami, kami tidak boleh pentingkan diri. Orang lain juga mahu lepaskan tekanan dan kami membuat bising akan mengganggu mereka. Dia kemudian memberi kami peluang untuk bermain lagi 15 minit dan kemudian minta kami bersurai sendiri.

Dengan penerangan rasional dan kepercayaan yang diberi, kami pun bermain, dan bersurai selepas 15 minit kemudian. Saya kagum dengan cara dia menegur kami, terkesan di hati kami, dan dia berjaya hentikan kami.

      *********** TAMAT BAHAGIAN PERTAMA************

Khamis, 12 Jun 2014

Money Matters

Setiap bulan, pegawai dari pejabat gaji / belanjawan akan ke pejabat kedutaan Malaysia di Beirut. Kami akan pergi menaiki kereta sewa, pakai baju awam sebab kalau ikut agreement UNIFIL, pergerakan peacekeepers hanya di selatan Lubnan sahaja. Biasanya kami akan gerak berempat, 2 pegawai yang berurusan dan 2 dari komando. Beirut merupakan ibu negeri Lubnan, terletak lebih 90km daripada kem kami di Ma'rakah.

Apa urusan kami di sana setiap bulan?
Kami ke sana untuk mengambil duit gaji warga Malbatt setiap bulan. Malbatt tidak mempunyai akaun bank antarabangsa. Malbatt menumpang akaun bank kedutaan Malaysia di Beirut. Kenapa Malbatt tidak mempunyai akaun bank sendiri untuk tujuan penerimaan duit gaji?

1. Program sementara. Malbatt merupakan program sementara yang bila-bila masa boleh dibubarkan. Sekiranya diarahkan untuk dibubarkan, urusan penutupan akaun sedikit menyusahkan.

2. Limitasi keselamatan. Bank-bank di selatan Lubnan tidak menyimpan jumlah wang yang banyak pada satu-satu masa atas sebab keselamatan. Malbatt memerlukan wang yang banyak pada satu2 transaksi. Bayangkanlah nak bayar gaji 850 orang.

3. Sekatan luar. Sesetengah entiti / negara (US to be specific) mempunyai kapasiti untuk menyekat wang masuk pada mana2 akaun di Lubnan sekiranya transaksi dalam USD. Masa kami nak bayar kos pembangunan kepada kontraktor kami melalui Mks Angkatan Bersama di Malaysia, pembayaran tersebut disekat oleh US sebab dia meragui transaksi kami. Kalau melalui kedutaan, akaun diplomatik, entiti / negara luar tidak berani untuk membuat sebarang campurtangan.

Perjalanan ke Beirut mengambil masa lebih 2 jam. Ini kerana faktor jalan. Selepas sampai ke lebuh raya (selepas keluar dari selatan lubnan) perjalanan semakin lancar. Apabila tiba di Saida (pinggir Beirut, mula kelihatan pembangunan yang pesat, bangunan pencakar langit dan sebagainya. Benar-benar bertentangan dengan selatan Lubnan yang umpama pekan koboi.

Tiba di pejabat kedutaan. Kedutaan malaysia terletak di tingkat atas sebuah office suite. Typical Malaysia, kedutaan Malaysia dibina atas dasar 'percaya'. Safety memang sangat loose. Tiada security guard, tiada steel grill, tiada metal scanner whats so ever. Keluhan ini turut disuarakan pegawai Malaysia di kedutaan tapi nak kata apa lagi? Pasrah je la dengan dasar penjimatan negara.

Selesai urusan mengambil cek dari pejabat kedutaan, kami berkejar ke bank standard chartered yang terletak kira-kira 5km dari kedutaan. Kenapa berkejar? Sebab standard chartered close for transaction at 1 pm! Dan standard chartered tu ada 3 branch je kat beirut. So much of an international bank.

Urusan selesai. Kami biasanya kena bawa beg sendiri sebab bank bagi duit semata. Plastik beg pun x bagi.