Isnin, 14 Disember 2015

Priority

1. Bijak pandai kata, selalu letak keutamaan dalam apa yang kita buat. Dan kemudian dulukan yang utama. Perkara ini umum dan diketahui oleh semua.

2. Masalah utama ialah untuk meletakkan keutamaan. Keutamaan berbeza antara individu dengan individu lain. Makanya, bila kita pilih untuk dahulukan apa yang utama pada mata kita, mungkin kita akan ditegur orang lain kerana pada mata mereka itu bukan keutamaan.

3. Masalah yang paling besar adalah apabila konflik keutamaan ini adalah antara dua aspek terbesar dalam hidup kita; kerja dan keluarga.

4. Jawapan jelas majoriti - keluarga sentiasa utama. Kerana keluarga tiada galang ganti manakala kerja boleh cari yang lain. Majoriti belum tentu benar.

5. Pandangan saya, aspek kerja dan keluarga adalah skop yang terlalu umum untuk dibuat penilaian. Perlu diperincikan lagi. Bermaksud, jika berlaku konflik antara dua aspek ini dan saya perlu memilih, saya akan melihat kepada situasi ketika itu.

6. Jika saya sedang bekerja, dan kerja itu hanya saya yang mampu laksanakan dan masalah keluarga saya boleh tunggu sehingga saya selesai, maka kerja adalah keutamaan berbanding keluarga ketika itu.

7. Kesimpulan. Keluarga memang utama. Tetapi hakikatnya, kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. Maka bekerja juga secara tidak langung adalah untuk keluarga. Makanya keluarga adalah utama tetapi kerja bukanlah kedua.

Isnin, 12 Oktober 2015

Bahagia

Apa itu bahagia? Apa yg membawa kepada kebahagiaan?

Soalan subjektif. Sebab bagi setiap orang perkara yg membawa kepada kebahagiaan adalah berbeza. Lagi menyusahkan, kebahagiaan tu bukan datang atas 1 perkara, tapi 1 pakej. Maksudnya, kalau orang itu akan rasa bahagia makan nasi ayam, nasi tu kena membahagiakan, ayam tu kena membahagiakan, kicap dia kena membahagiakan, cili dia pun kena membahagiakan. Waima 1 benda saja yg spoil, dia tidak akan bahagia memakan nasi ayam tersebut. Dia akan kata, "Nasi dah sedap, sekali ayam pulak rasa hangit. Spoil la.."

Tu baru bahagia kita seorang individu. Kalau keluarga; mak bapa adik beradik, kebahagiaan adalah apabila kesemua ahli kumpulan bertemu dgn kehendak mereka bersama. Bahagia bersama, istilahnya. Bayangkan 1 pakej perkara, disukai oleh semua ahli kumpulan. Memang susah.

Kalau adik beradik tu sekurang2nya dididik dalam 1 acuan. Sama2 besar makan kari contohnya. Adalah titik bersamaan. Kalau suami isteri pulak, yang masing2 membesar dgn acuan berbeza, sorang makan tempoyak, sorang makan spagetthi, kat mana nak jumpa titik bahagia dia? Kalaupun ada, boleh ke bahagia setiap masa bersama?

Memang susah nk jumpa yg sama-sama bahagia. Menghampiri tiada. Sebenarnya ada, kalau kita bertolak ansur. Harini makan tempoyak (suami bahagia) esok makan spagetthi (isteri bahagia). Walaupun spagetthi tu mahal, walaupun spagetthi tu menggemukkan, walaupun suami tu benci spagetthi, selagi ia tak langgar syarak, suami patut bg peluang kpd isteri dia makan spagetthi. Bg peluang dia bahagia.

Bertolak ansur. You can educate, u can remind, but u can't demand toleration. Kalau dia tak tolak ansur slps kita ingatkan, then bersabarlah. Bertabahlah. Kerana kebahagiaan sebenar adalah di akhirat sana.

Selasa, 29 September 2015

Jaga hati

Selalu sebelum tidur, aku bercerita dgn anak aku. Hari ni anak aku jauh. Jadi aku bercerita dengan korang.

Pada zaman dahulu, ada seorang anak bernama ali. Ali anak sulung daripada 5 adik beradik. Keluarga ali hidup sederhana.

Selepas kematian ayah, keluarga ali berpindah dari rumah ayah ke rumah nenek di kedah. Ibunya tak mampu menjaga kami seorang diri. Ibunya perlu bekerja untuk menyara anak-anak.

Menyedari keadaan ibu yang susah payah, ali pun belajar bersunggub-sungguh, berjaya menamatkan pelajaran di universiti, dan mendapat kerja yang baik. Walaupun ali bekerja jauh dari keluarga, tapi ali lah yang menaggung perbelanjaan keluarga serta pendidikan adik-adiknya.

Selepas beberapa lama, ali mencadangkan untuk keluarganya berpindah kembali ke rumah keluarga. Ali tahu yg ibunya lebih selesa di rumah itu. Rumah itu juga lebih dekat untuk ali sentiasa berulang melawat ibunya.

Hakikatnya, mereka berdua tahu yg rumah itu kurang selamat untuk diduduki. Rumah itu telah lama ditinggalkan. Rumah kayu. Tentunya ada struktur yang telah usang ditelan masa.

Tapi, ali mahu ibunya pindah kerana menyangka ibunya suka tinggal di sana. Ibunya sering menyebut2 rindukan rumah itu. Jaga hati.

Ibu pula tak mahu menolak kerana menyangka ali mahu ibunya pindah. Mudah untuk ali melawat. Lagipun ali lah yg menanggung keluarga selama ini. Jaga hati.

Selepas beberapa minggu duduk di kampung, rumah tersebut roboh. Ibu ali meninggal dunia ditimpa struktur rumah. Adik-adiknya cedera.

Kadang-kadang kita terlalu nak jaga hati tapi kita tak tahupun apa isi hati orang yg kita nak jaga tu. Kadang-kadang kita terlalu nak jaga hati, sampai kita lupa nak jaga diri.

Sabtu, 12 September 2015

The Prophet method of correcting people's mistake

Tajuk entry kali ni adalah sempena sebuah buku yg aku beli masa buat umrah dulu. Masa aku beli buku ni, expectation aku adalah penulis akan rumuskan untuk setiap keadaan, bagaimana kaedah yg Rasulullah gunakan untuk menegur kesalahan tu. Rupanya aku silap. Penulis menyenaraikan hadis-hadis soheh yg ada cerita pasal Rasulullah menegur kesalahan umat Islam.

Dalam setiap hadis ni, kaedah yang Rasulullah guna memang luas. Mungkin kita sebelum ni tahu yg Rasulullah tegur secara direct, tenang dan tegas. Itu sahaja. Tapi dalam buku ni ada diceritakan Rasulullah tendang seorang Islam ni hanya kerana dia tidur meniarap - Baginda kata tidur macam ahli neraka. Ada juga cerita Rasulullah meninggikan suara, dan ada juga Rasulullah memerli (sarcastic).

Makanya, sangkaan aku yang ada SATU cara menegur paling berkesan rupanya meleset. Aku buat kesimpulan dalam keadaan tertentu, cara menegur adalah berbeza. Tapi aku x dapat nak kelaskan, salah yg macamana kena pukul, yg macamana tggi suara.

Satu hari, masa aku tengah sembahyang kat rumah, tiba-tiba anak aku (4 tahun) kacau-kacau sejadah aku. Aku xde ape2 perasaan pun. Tapi aku pernah ingatkan dia dulu yang kalau dia kacau orang sempahyang, aku akan rotan dia. Selesai sembahyang, aku panggil dia, aku buat-buat sound dia sikit, pastu rotan tapak kaki dia. Aku x marah sikit pun, cuma sbb aku dah janji akan rotan. Dan niatnya untuk mengajar. Dia nangis. Biasalah tu. Drama. Bukan sakit pun.

Kemudian baru aku sedar. Sebenarnya, yang aku cari bukan 'kaedah' menegur. Ada banyak kaedah yang betul. Tapi yg utama adalah 'niat' menegur. Niat mestilah kerana Allah. Sebab Allah beri tanggungjawab kepada kita utk menegur, utk betulkan yg salah.

Khamis, 27 Ogos 2015

Tips ajar anak muhasabah

Islam menuntut kita muhasabah diri kita setiap malam sebelum tidur. Supaya kita boleh jadikan esok lebih baik daripada hari ini. Untuk pupuk budaya ni, eloklah kalau kita latih anak kita daripada dia kecil, supaya terus jadi amalan.

Aku amalkan satu kaedah yg menarik. Kaedah ini secara tak langsung bagi 'upah' kepada kebaikkan dia, 'denda' kepada keburukkan dia, dan muhasabah setiap malam sebelum tidur.

Setiap malam sebelum tidur, aku akan tanya anak aku apa kebaikkan yg dia buat sepanjang hari. Untuk setiap kebaikkan, aku bagi upah 1 bintang. Tapi biasanya aku akan tarik balik bintang tu untuk setiap keburukan dia.

Macam malam tadi, ni perbualan aku dgn dia:

Abi: ok, hari ni affa buat baik apa?
Affa: Bangun pagi affa sembahyang dengan abi.
Abi: ok, dapat 1 bintang. Lagi?
Affa: Affa mandi terus, lepas tu makan, tak nangis pun.
Abi: itu biasa je. Takde bintang. Lagi?
Affa: kat sekolah teacher bagi bendera kat semua orang tapi affa x dapat sebab tak cukup. Tapi affa tak nangis pun, tak rebut-rebut.
Abi: ok good job. Dapat 2 bintang. Lagi?
Affa: abi ambil affa blk skolah, affa good girl.
Abi: tak good girl sebab affa minta2 abi beli kat kedai runcit. Tolak 1 bintang.
Affa: Alaaaa....

Macam tu la lebih kurang. Tapi biasanya aku genapkan 5 bintang 1 hari. Kalau hari dia nakal sgt, dia dpt kurang drp 5 bintang. Mmg dia terasa. Harapnya dgn konsep bintang ni nanti senang aku nak kaitkan dgn konsep dosa - pahala nanti. Lagipun, aku xnk terapkan konsep upah dgn duit.

Mungkin korang juga boleh cuba kat rumah ;)

Isnin, 8 Jun 2015

Travel Blog: Villa @ A'famosa Resort

Sempena cuti sekolah, kami plan nak buat famili gathering. Selepas buat research, akhirnya kami decide nak spend 1 malam kat villa di A'famosa Resort, Alor Gajah, Melaka.

Tempahan
Aku buat tempahan online. Daripada reserch, aku dah kenalpasti aku nak tempah villa superior; ada 4 bilik, 2 bilik air n private pool. Mula-mula check kat agoda. Agoda offer 1 night for RM850. Then aku realize yg boleh book accomodation direct drp website afamosa resort sendiri n harga dia RM732. Payment boleh buat via credit card or eft ke account cimb afamosa resort. Lps tu emelkan resit, dia akan reply dgn booking number.

Check in
Afamosa resort advise utk check in pukul 4pm keatas tapi boleh masuk awal bergantung kepada dah siap kemas bilik. Aku sampai pukul 3. Terus ke villa check in counter, rumah nombor 1350. Dia minta tinggalkan deposit RM500 yg akan dipulangkan upon check out tp bila aku bgtahu aku ada RM100 je, receptionist dia x banyak songeh, bagi je kami check in. Great service.

Villa condition
Condition ok la. Ada meja makan utk 8 orang, 1 set sofa, tv dgn 10+ channel astro. 2 bilik ada 2 katil queen, ada 2 bilik lagi 2 katil single. Ada 2 bilik air daannn... Swimming pool! :) swimming pool moderate, bknlah gempak sgt. Made of fibre glass. N since villa ni konsep dia ala-ala dlm hutan, ada la byk serangga dlm pool. Tp once report kat pegawai yg meronda, dia cepat2 bersihkan dan kami pun mandi dgn gembira.

Lain-lain kemudahan villa
Villa takde wet kitchen. Maknanya TAK BOLEH MASAK. Dia sediakan heater n fridge. Ada la air tin yg harga mahal tu. Tapi x susah nak cari makan sbb keluar sikit drp resort ada banyak restoren. Masa mula masuk, kami kalut cari tuala. Tuala takde. Lps tu nak call house keeping tak jumpa telefon. Rupanya telefon dlm one of the room. They shoild put it at the hall.

Lain-lain, foyer dia luas. Kami park 6 biji kereta selambe je. House keeping pun beri service yg baik. Kami call utk tuala, dia bagi segera seperti yg dijanjikan. Lps tu minta tolong sapu pun dia buat. Very good.

Shuttle service
Esknya paginya kami anak beranak pergi water park. Kami hire shuttle. Dia kira RM1 perhead. Budak kecik free. Shuttle ni kami call je. Cepat je dia datang.

Water Park
Entry fee adult RM45, budak sekolah rendah RM40 tapi yang below 3 feet kira free.

Waterpark ni besar. Banyak benda main. Tarikan utama utk adult ialah ride yang bernama 'ice cream'. Dia mcm vuvuzela yg kat sunway lagoon tu. Kecut perut woo. Yg lagi bestnya, ada thrill ride yang budak2 boleh naik, nama dia family raft. Thrill tapi selamat.

Yang buat kami rasa park ni berbaloi ialah dia include sekali pakej makan tengahari boleh pilih drp 4 menu. Since kami ramai budak2, kami pilih nasi dgn ayam kicap. Dia bagi nasi, ayam masak kicap 2 ketul sorang, keropok, dan air tin. Kenyang jugak.

Khamis, 14 Mei 2015

Buat apa yang kau suka

Ada sorang kawan aku ni, geng busking. Dia nak berhenti kerja sebab dapat offer kerja di aswara. Ajar muzik. Kami semua tumpang gembira. Dalam ramai2 yg ucap tahniah, ada sorg tu cakap, "follow your dream and u will definitely happy.."

Its a right statement. But is it true? Wallàhu àklam.

Setiap mlm bila àku dàh siap baring dgn isteri, dah ready nk tido, tiba-tiba dia akan bangun. Katanya baru teringat baju belum basuh la, pinggan belum basuh la, lauk belum simpan la. Tp badan dah letih.

Aku akan ckp kat dia, "kalau penat, tido je la dulu. Rehàt. Esk pun bole buat." Tp dia akan bangun, n buat jugak. Walaupun penat. Walaupun itu bukan yg dia suka. Aku hairan sgt. Apa yg dia cari? Sedangkn aku sndiri dah bg lesen. Dia takut sape mrh dia? Kenapa nk tinggalkan benda yg suka (tidur) utk buat benda yg tak suka lg memenatkan?

Sekarang, isteri aku dah sarat. Perut berat. Dah x larat. Akulah kena ganti buat kerja rumah. Barulah aku sedar. Mata mmg la ngantuk nak tido. Badan mmg la letih. Tapi pinggan kalau x cuci, beratur lipas keluar. Sampah kalau x buang busuk 1 rumah. Baju x basuh xde la baju esoknya.

Tak nampak perkaitan?

Kesimpulan yg aku dapat, memang bagus kalau kita dapat buat apa yg kita suka. Tapi bukan semua yg kita suka tu betul.

Ada yg suka berniaga. Berniaga sampai abaikan kerja hakiki.

Ada yg suka bersukan. Bersukan sampai tinggal anak isteri.

Ada yg suka hiburan. Hiburan sampai lupa sembahyang mengaji.

Tak salah buat benda yang kita suka. Selagi ia tidak menyebabkan kemudaratan pada kita, pada keluarga, pada agama. Apa yg kita buat itu ibadah. Selagi ia tidak melalaikan kita daripada landasan agama Islam.

Muhasabah utk diri sendiri.

Rabu, 15 April 2015

Whistle blower

Whistle-blower adalah istilah inggeris yg sememangnya popular kat 1st world country. Dia macam simpulan bahasa. Kalau popular, kenapa ramai antara kita tak tahu maksud dia? Sebab, kita ada istilah lain untuk orang-orang macam ni.

Kita panggil:
Kaki repot, anak mak, pembelot atau lain- lain yang serba negatif.

Isteri aku seorang cikgu sesi petang. Dia dilantik jadi ketua rumah. Jadi kena la dia bertugas jaga budak latihan sukan dan saringan waktu pagi dan petang. Berbanding tahun-tahun lepas, tahun ni cikgu yang bertugas tak diberi gulu ganti kelas, sebaliknya kena masuk kelas jugak, dan masa free kena pegi padang.

Isteri aku dah bincang dengan penyelia dia yg ini akan memenatkan cikgu sebab cikgu petang akan ada kat sekolah drp 7.30 pagi sampai 7.00 mlm. Dia cadangkan supaya digilirkan cikgu pagi duty ptg, n cikgu petang duty pagi. Tercabar gamaknya dgn cadangan itu, penyelia petang tu marah n tak nak terima.

Isteri aku pun bangkitkanlah isu tu dalam group whatsapp sukan. Alhirnya msj tu dibawa sampai ke pengetua, dan dicop sebagai orang yg berkira kerja.

Aku pun ada pengalaman aku sendiri.

Bekerja di HR yg mana cawangan kami ada seluruh Malaysia, kami mmg selalu akan posting staf2 kami ke merata negeri. Kebanyakkannya bukan negeri yang dorang minta - sbb kena la tengok mana yg ada keperluan penting.

Off course, orang yang kena posting tempat yg dia tak nak ni akan frust, lepas tu buat rayuan. Then rayuan ni kenalah kita terima, dan jawab dengan profesional. Tak boleh la kita label dia negatof. Kita pun tak tahu masalah dia. Dan dia puntak tahu masalah kita.

Khamis, 12 Mac 2015

Pilihan Peminat VS Pilihan Juri

AJL 29 berlangsung Januari haritu tapi aku baru nak ulas. Hahaha..

Bagi yang belum tahu, tujuan utama AJL ni adalah untuk mengiktiraf komposer dan penulis lirik. Makanya, AJL membariskan sebilangan juri-juri profesional dari kalangan komposer dan penulis lirik yang otai (dan tak bertanding) untuk menilai. 80% markah diberikan sebelum pertandingan, dan 20% markah lagi diberikan masa pertandingan.

Soalan: Kenapa bagi juri profesiobal jadi juri? Kenapa x buat undian sms macam AF, atau lain-lain rancangan realiti?
Jawapan: Sebab hanya juri profesional tahu menilai kualiti lagu yang digubah, dan lirim yang ditulis.
Terima.

Hasilnya. Pada AJL 29, maka dinobatkan Lagu "Apa Khabar" nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne sebagai juara. Bertubi-tubi komen baik di FB, twitter, ig sampailah ke surat khabar. Tak puas hati.

"Macam mana lagu bercakap ni boleh jadi johan? Takde lenggok langsung. Dah la penyanyi tak hensem," antara komen peminat.

Tapi, juri bukan seorang, berpuluh-puluh orang. Masing-masing berpengetahuan luas dlm bidang muzik. Dan keputusan adalah secara kolektif. Ada juru audit bertauliah lagi. Maknanya sepakat pilih "Apa Khabar" sebagai juara.

Maksud kat sini, keputusan yang betul oleh pakar sekalipun, belum tentu popular atau disukai orang ramai.

Tapi, ada satu kategori dalam AJL tu secara tradisinya dia bagi peminat membuat pilihan melalui undian; Kategori Persembahan Terbaik. AJL meminta penonton memilih mana2 persembahan yang disukai dan undian terbanyak akan memenangi kategori tersebut.

Pemenang: "Romancinta" - Mojo. Memang persembahan Mojo tu mesmerising. Ramai yang kagum dan tersentuh dengan Caliph Buskers yg berbakat despite kekurangan pada mereka. Tapi, betul ke persembahan diorang sangat terbaik? Lebih baik daripada Stacy? Najwa? Shila Amzah? Diorang berdiri tegak dan menyanyi je. Jadi kalau nak kata terbaik persembahan mereka tu mungkin kurang tepat.

Maksud kat sini, keputusan yang popular dan semua orang suka, belum tentu betul.

Apa kita dapat simpulkan kat sini berkaitan dengan kehidupan kita dalam sistem demokrasi berparlimen, kebanyakan keputusan yang dibuat adalah yang popular, yang orang ramai nak. Hakikatnya pemimpin kena pandu rakyatnya ke jalan yang benar. Tapi kalau asyik dengan keputusan yang tak popular, dalan sistem demokrasi, memanglah tak akan kekal lama sebagai pemimpin.

Sama-sama kita fikir.

Rabu, 11 Mac 2015

Tahu Tak Semestinya Faham - Untuk Bacaan Suami

Isteri aku boleh dilabelkan sebagai 'old-school house wife'. Dia pandai kemas rumah, memasak, jaga anak dan juga lain-lain skill extra house wife macam menjahit dan menggubah. On top of that, dia bekerja sebagai seorang guru, dan dengar-dengarnya dia seorang guru yang baik.

Aku sebelum ni, aku rasa aku seorang suami yang extra baik berbanding dgn suami-suami lain (pendapat aku sendiri). Selain perform di tempat kerja (juga pendapat sendiri), aku juga banyak membantu di rumah. Isteri aku suruh je aku buat ape kat rumah tu, aku mesti buat. Kemas rumah? Sidai baju? Cuci pinggan? Cakap je. Aku buat. Kecuali masak la. Hahaha..

Suatu hari, isteri aku upset. Dia kata dia seorang je yang kena fikir utk uruskan rumah. Aku pun argue balik. Aku tak paham kenapa kena upset sedangkan aku sentiasa sedia untuk bantu apa sahaja untuk dia suruh.

Hari ini, telah 3 bulan isteri aku mengandung. Dah 2 bulan dia mabuk (morning sickness) yang teruk menyebabkan dia banyak kena rehat. Aku rasa, ni lah peluang utk aku tunjukkan pada isteri aku. Aku akan buat apa yg dia buat.

Aku bangun awal utk sediakan breakfast, kejut anak, siapkan anak n hantar sekolah. Kemudian blk sediakan makan, siapkan anak, kemudian tidur lewat sikit utk siapkan bahan2 untuk anak sekolah.

Seminggu je. Selepas seminggu, aku dah rasa tension. Rupa-rupanya nak fikir ni memang lebih penat daripada kena buat sahaja. Aku seolah2 kena ada 2 otak; hal kerja dan hal rumah. Aku nak bagi contoh, tapi nak pikir contoh pun dah cukup membuatkan aku penat  -__-"

Rakan-rakan suami. Aku ajak korang-korang cubalah uruskan rumah secara total. At least seminggu - habis cycle baju bersih, cycle bahan mentah dan sampah. Then baru korang sedar betapa kasihannya isteri korang tu.

Belajarlah untuk saling memahami. Kerana tak kenal maka tak cinta.

Apa Salahnya Kami on Social Media?

Sudah lama tak blogging. Aku ni dah terbiasa bermonolog sejak di Lubnan. Kadang-kadang monolog aku ni bernas. Dan bila tak dicoretkan, jadi rugi pulak. Sekurang-kurangnya, untuk bacaan aku sendiri masa depan ;)

Pada pertengahan Februari, aku bertugas di KLIA sebagai JK sambutan tetamu ADSOM. Seminggu aku di sana, berulang-alik naik lrt dan erl.

Sepanjang naik public transport, aku nampak majoriti penumpang online dgn handphone masing-masing. Sebilangannya main game, tapi majoriti on social media termasuklah dgn aku sendiri.

Pada hari-hari akhir aku bertugas, rezeki aku, aku duduk berdepan dgn Dato' Riduan, CEO Ranhill. Kami pun berbual. He's a nice, humble guy. Banyak yang dia kongsi pasal life, pasal work. Dan salah satu yg dia kata dia agak upset dengan generasi sekarang adalah taksub dgn social media pada masa lapang daripada ambil tahu hal sekitar (newspaper) dan baca buku.

Setuju?

Well, aku on the other hand, berpendapat 50-50. Sebab, being on social network means you are engaging with your friends, families and environment.

Kalau dia kata bc newspaper utk update pasal keadaan sekitar, kat social media pun ada updates. Cuma penting utk kita pastikan sumber tu sahih. Kalau kata kena mingle dgn orang, through IMs dan lain2 media pun proses itu berlaku. Better still, mingling tu dgn orang yg kita kenal, dan yakini.

Saya bukan defensive sbb sy selalu online pada masa lapang. Tp saya tak setuju kalau dikatakan yg baca buku/ newspaper semasa menunggu lebih baik drp online.