Rabu, 27 November 2013

Malaysia Bumi Bertuah

Sedarkah sahabat-sahabat, Malaysia ni sebenanrnya bumi yg sangat bertuah. Mungkin ada di kalangan kita yang selalu melancong luar negara dan rasa sana lagi best. Tempat pelancongan memanglah dibuat supaya best. Tapi percayalah, Malaysia memang kurniaan Allah yang tidak ternilai. Ini hujah aku berdasarkan dah sebulan di tempat orang.

Air. Di tempat aku tinggal sekarang susah sangat nak dapat air. Hujan kurang. Sampaikan di sepanjang jalan, susah nak cari longkang. Rumah pun biasanya tak dibuat bumbung, terus permukaan rata. Bila hujan kurang, udara pun kering, kulit pun kering, sakit tekak.

Tanah pun kering. tak banyak tumbuh-tumbuhan yang boleh ditanam. Tanah kering sampaikan xde tanah, batu je banyak. Kalau bajak dengan kerbau, kerbau pun boleh tergeliat bahu. Air tu susah sangat nak dapat. Sumper air dalam tanah pun terhad, kena rancang takut kalau terlebih sedut menyebabkan mendapan tanah.

Kalau kat Malaysia, aku berani jamin la kalau yang seusia dgn aku dan keatas, semua pernah mandi sungai, betul tak? Sini mana nak ada sungai. Swimming pool yg dekat resort pun pakai air laut. Tu pun kadang-kadang je isi. Kalau kita nak mandi pun ausah, apa lagi nak cuci kereta. Susah nak jumpa kereta bersih disini.

Bila air kurang, takde la kawasan tadahan air, maka takde jugalah empangan hidroelektrik. Sini sumber elektrik utama adalah generator. Generator mana boleh satu, kena ada at least 2 utk standby. Maka, elektrik pun susah di sini.

Selain daripada air, banyak lg cabaran lain macam bentuk muka bumi yang berbukit, terdedah kepada bencana alam sbb dkt lingkaran api pasifik, dan lagi satu yg org kite jelous sgt, 4 musim. Sebenarnya, penduduk tempatan rasa 4 musim ni leceh. Yela, kalau tanam pokok, kang musim panas mati kering. Tanam balik, sampai musim sejuk mati beku.

Bukan niat aku nak merendah-rendahkan tempat orang. Berada jauh dari rumah buatkan aku lebih menghargai rumah aku. Tak hairanlah kenapa ramai orang dtg nak melabur dan tinggal di Malaysia. Sama-samalah kita hargai nikmat yang Allah kurnia pada kita.

Entri kali ini banyak cakap pasal air sebab idea tercetus masa aku hajat besar dan tibe2 paip takde air.....

Ahad, 24 November 2013

Balada Refugee

Assalamualaikum, kali ni aku nak kongsi cerita seorang pelarian yang sempat kami kenal dan dengar kisahnya. Semoga dari kisah ini kita sama-sama dapat mempelajari sesuatu, in sha Allah.

Mr Ramish merupakan seorang umat Islam Sunni. Beliau telah berkeluarga dan dianugerahkan 5 orang anak. Anak sulung berusia belasan tahun dan yang bungsu baru berusia 4 tahun. Beliau berasal dari Syria. Sebagai seorang peniaga, keadaan hidup beliau adalah sederhana.

Pada penghujung 2012, berlaku kemelut dalaman diantara kerajaan dengan rakyat di Syria. Kerajaan yang diteraju bangsa Syiah bertindak mengarahkan tentera untuk membunuh semua yang menentang kerajaan; baik Sunni mahupun bangsa Syiah sendiri. Dalam kekalutan, Ramish melarikan semua keluarganya keluar dari Syria. Memandangkan negara paling hampir adalah Lubnan, disamping urusan untuk masuk ke negara itu mudah (tiada penguatkuasaan imigresen dsb sbb kawasan perang), maka Ramish membawa keluarga ke sini.

Sampai di Lubnan sebatang kara, beliau cuba mendapatkan tempat perlindungan berbekalkan duit yang dibawa dari Syria. Rupanya akibat kemelut dalaman, matawang Syria jatuh, tiada permintaan untuk matawang tersebut. Duit yang ada tidak cukup untuk mendapatkan tempat perlindungan yang selesa. Maka hiduplah Ramish dan keluarga seadanya.

Berbekalkan kereta lama yang dibawanya dari Syria, Ramish menjaja kacang dan makanan-makanan ringan dari satu tempat ke tempat lain. Sikap Ramish yang jujur dan pemurah amat disenangi sehinggakan Malbatt menjemput Ramish untuk berniaga di dalam kem setiap hujung minggu. Walaupun beliau minoriti Sunni di sini, beliau tidak berselindung. Kadang-kala, beliau akan melaungkan azan di surau kem jika kami lewat.

Minggu lepas, berlaku letupan bom di Kedutaan Iran di Beirut. Letupan berpunca daripada 2 orang pengebom berani mati. Pengebom pertama menunggang motosikal dan meletupkan diri. Sebaik sahaja orang ramai mengerumuni, sebuah kereta datang dan membuat letupan yang lebih besar! Spekulasi menunding jari kepada orang Sunni dari Syria. Sememangnya orang Sunni dari Syria membenci Iran kerana Iran bersekongkol dengan kerajaan Syria untuk membunuh rakyatnya sendiri.

Ekoran daripada kejadian itu, perniagaan Ramish terjejas. Dia diancam oleh penduduk-penduduk tempatan kerana dia adalah golongan Sunni dari Syria. Lebih seminggu dia tidak dapat berniaga seperti biasa. Dia akan tunggu di hadapan kem Malbatt mengharapkan warga Malbatt membeli. Tapi kerana terpaksa, kini dia teruskan juga perniagaannya.

Peperangan. Kalau pun rakyat itu terselamat daripada dibunuh, dia akan hidup menderita. Tiada yang untung.

Khamis, 21 November 2013

Hidup sebagai Malbatt

Di sini pada wakktu kini, pahi kami bermula seawal 4.30 pagi. Biasanya kami cuma gosok gigi dan berwudhu sebelum ke surau. Subuh pada jam 4.45. Surau kem tak jauh dari penginapan tapi nk berjalan di tengah kesejukkan tu mmg cabaran. Biasanya aku akan pakai bj 3 lapis termasuk 2 lapis sweater.

Selepas subuh, kami akan membaca al-maksurat & tadarus quran. Biasanya hingga pukul 6 pagi. Aku kemudian akan pegi gim utk bersenam sikit. Sini nk jogging luar sejuk, tak tahan. Jogging atas treadmill jela. Selesai, aku akan naik mandi.

Mandi kat sini simple. Walaun org ramai, tapi semua mandi kejap je. Sebab sejuk. Bilik air dan bilik mandi jauh; satu di hujung sana, satu di hujung sini. Bilik mandi pula tak ada pintu. Tirai sahaja. Ruang bilik air dan bilik mandi kecil. Tak sampai sedepa. Kenapa nak depa dlm bilik mandi? Hahahaa..

Selesai mandi, kami akan sarapan. Sarapan bergantung kepada ransum yg ada. Buat masa sekarang, kami tak dapat bekalan dari Malaysia lagi. Jadi, kami makan ransum yang dibekalkan UN. Jadi rasa pun tak macam Malaysia. Takpe, janji tak lapar. Dewan makan ni juga merupakan tempat pegawai berkumpul dan lepak. Ada tv, ada mini library, gitar dan board game.

Untuk musim sejuk ni, office hour mula pukul 7.00 pagi hingga 4.00 petang. Bermula dengan perhimpunan pagi. Anggota akan baris mengikut elemen, pegawai baris di hadapan, kiri dan kanan. Anggota lapor kekuatan, siapa sakit demam, apa masalah dihadapi. Kemudian kem komandan akan sampaikan amanat of the day. Ringkas tapi bermakna. Biasanya cuma 15 minit, kemudian bersurai melakukan tanggungjawab masing-masing.

Kalau aku tak keluar, aku akan duduk di pejabat, solat zuhur pada jam 11.30, asar pada 2.15 dan magrib pada 4.45 sebelum isyak pada pukul 6.00. Selalunya aku ada kat pejabat sampai isyak, kecuali kalau aku malas. Hahaha.. atau aku keluar.

Malam yang panjang. Biasanya kami isi dengan aktiviti riadah seperti main pingpong, badminton, takraw, futsal atau layan movie. Kami cuma ada satu dewan tertutup. Tu pun tutup dengan kanvas je jadi dewan. Kalau main futsal, org lain x boleh main benda lain.

Kem tibnine ini disewa oleh UN daripada penduduk tempatan. Oleh yang demikian, semua bangunan yang nak dibina di atas tanah ini perlulah yang senang dirobohkan. Sebab itulah kebanyakkan bangunan termasuk hospital adalah daripada kabin. Ruang pejabat dan lain-lain kecil dan padat. Walau bagaimanapun, bagi memenuhi piawaian UN, kem ini terpaksa membina menara kawalan dan bunker.

Hidup tentera dalam misi memang serba kekurangan. Air tak cukup sebab kami tak boleh bila tangki air. Ruang pejabat dan kediaman padat, kenderaan lama dan bukan military based, makanan seadanya dan kami tidak boleh sewenang-wenang keluar dari kawasan kem. Hiduplah kami dalam ni. Walaupun operasi ini tidak memberi kesan langsung kepada rakyat Malaysia, tapi mereka sebenarnya berjuang menaikkan nama negara, dlm keadaan yang serba kekurangan dan merbahaya. Hidup ATM.

Isnin, 18 November 2013

Pemandangan Syahdu Pelarian

Aku tak plan nak menulis lagi, tengah susun ayat. Tapi aku tak sabar nak cerita apa yang aku lihat hari ini. Aku diajak bersama komander Malbatt untuk menyaksikan upacara Transfer of Aithority (TOA) Itabatt di Kem shamar. Kem ni memang betul-betul di selatan Lubnan sampai boleh nampak tebing barat, Palestine. Aku melihat bumi Palestine dengan penuh syahdu. Al Fatihah dan doa kepada saudara Islamku di Palestine.

Dalam perjalanan pulang, kami melalui kawasan lereng bukit. Kelihatan ada budak-budak di tepi jalan, melambai-lambai ke arah konvoi kami. Aku ingatkan macam biasalah, budak excited tengok askar. Lepas tu aku terfikir, mana datangnya budak-budak ni? Bukannya ada kawasan perumahan.

Jauh aku tengok, aku ternampak khemah-khemah yang dibuat sendiri daripada kanvas dan banner-banner. Jurubahasa yang kebetulan naik kereta dengan aku cerita, mereka itu pelarian perang Palestin dan Syria. Yang diorang melambai tu mengharapkan makanan daripada kami. Ya Allah.

Bayangkan. Dalam cuaca yang sangat sejuk ni, 20°C tengah hari, 12°C malam, diorang duduk dalam khemah sahaja, tepi kaki bukit. Entah ada makanan ke tak. Ada 1,2 orang budak bersungguh-sungguh kejar kereta kami. Minta makanan. Aku nak bagi duit tapi ditegah ketua konvoi. Katanya tak guna bagi duit. Bukan ada kedai pun. Lagipun akan menyebabkan diorang gaduh.

Lepas ni, kalau aku pergi ke Naquora / Shamar lagi, aku berniat nak bawa makanan untuk diorang. Syukurlah dengan nikmat yang kita dapat.

Ahad, 17 November 2013

Cara Tentera 2

High adaptablity

Bukan saja-saja nak tulis bahasa inggeris, tapi aku tak tau nak tulis maksud dia dalam bahasa melayu. Ini adalah perkara yang ada pada semua tentera, yang aku rasa perlu ada pada semua pekerja untuk menjadi penyumbang kepada organisasi.

1. Kerja misi ni tak macam kerja-kerja lain. Sampai satu tempoh, semua pasukan misi akan balik, ganti dengan pasukan baru. Bayangkan semua orang baru, dengan environment baru - dgn suasana kerja, tmpt tinggal, dengan tak ada orang ajar, kena terus run.

2. Melihat kepada keperluan kerja, Officer Commander (OC) element boleh tarik mana-mana staf untuk duduk buat kerja bawah dia, tak kira bidang kerja. Staf ni pulak kena akur, n perform kerja yg diberi tanpa banyak soal.

Kesimpulan

Lagi lambat kita terima hakikat apa yg kita kena buat, lg lambat kita perform kepada organisasi. Kita kerja pun untuk organisasi, jadi organisasi lagi tahu bagaimana kita boleh sumbang kepada organisasi.

Tetapi, kebergantungan kepada adaptability yang terlalu tinggi menunjukkan kegagalan dalam perancangan.

Sunni dan Syiah

Assalamualaikum rakan-rakan. Memandangkan entri aku sebelum ni menceritakan tentang Syiah, aku bercadang untuk ceritakan lebih berkenaan Sunni dan Syiah dalam entri kali ni. Ini sebenarnya kirang berkaitan dengan misi UNIFIL tapi aku rasa ada baiknya aku kongsi kat sini selain untuk rekod aku sendiri. Kalau tak tulis, lama-lama hilang pengetahuan ini. Ini adalah seperti yang diceramahkan oleh Ust Akhrom JAKIM, Ust Jamal & Ust Subhi Kagat serta beberapa bahan bacaan aku.

Sabda Rasulullah SAW, "Pada akhir zaman, umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya 1 golongan sahaja yang akan masuk ke syurga." Kepada yang belum tahu, Syiah adalah satu golongan daripada Islam, yang mengaku mereka Islam, tetapi amalan dan kepercayaan berlainan dengan Islam yang kita pegang. Kita adalah golongan Sunnah wal-jamaah atau Sunni yang berpegang kepada Al-quran dan sunnah rasulullah. Syiah juga berpegang kepada Al-quran tetapi tidak kepada sunnah.

Syiah sendiri terbahagi kepada banyak golongan. Ada sumber mengatakan Syiahnterbahagi kepada 3 golongan besar. Dalam tiga golongan ini ada lagi banyak pecahan-pecahan kecil. Ada yang dilabelkan sangat ekstrim, ada yang lebih tenang.

Sejarahnya, Saidina Ali mengetuai satu pasukan perang. Selepas perang tersebut, beliau dan pasukannya diajak oleh Rasulullah untuk menunaikan haji / umrah bersama. Ketika itu, pasukan perang ini berhasrat untuk menggunakan pakaian baru hasil rampasan perang tetapi ditegah oleh Saidina Ali. Ini bertentangan dengan Rasulullah yang membenarkan rampasan perang. Maka, timbullah konflik diantara Saidina Ali dan pasukannya.

Dalam konflik itu, Rasulullah datang berjumpa dengan pasukan tentera Ali dan berkata, "Barang siapa yang menganggap aku sebagai pemimpin, maka perlulah menganggap Ali sebagai pemimpin." Peristiwa ini dinamakan peristiwa Ghadir Khum.

Salah seorang daripada ahli pasukan Saidina Ali bernama Abdullah bin Saba' menggunakan kenyataan Rasulullah memberitahu semua yang Rasulullah telah melantik Saidina Ali sebagai penggantinya. Perkara ini dipegang oleh pengikut-pengikut Ali. Selepas kewafatan Nabi dan pelantikan Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah, pengikut-pengikut Saidina Ali berang dan mula membuat cerita buruk tentang para sahabat, sedangkan Saidina Ali tak kata apa pun.

Dikisahkan, untuk mendapatkan sokongan ramai, kisah ni makin disensasikan sampai akhirnya timbul kisah Saidina Ali yang sepatutnya jadi rasul dan bukan Nabi Muhammad. Hal ini juga, menyebabkan Syiah membenci sahabat dan lebih mengagungkan keluarga-keluarga Nabi (Ahlul Bait). Lupa nak cakap, Abdullah bin Saba' adalah orang YAHUDI.

Syiah percaya selain beriman kepada Allah, Malaikat dan para Rasul, mereka juga beriman kepada imam 12. 12 orang imam ini bermula dengan Saidina Ali, Hasan bin Ali, Husin bin Ali, dan diakhiri dengan Imam Mahadi yang akan turun pada hari kiamat kelak. Imam-imam ini adalah MAKSUM; yakni tidak akan melakukan dosa. Menurut kitab-kitab Syiah, terdapat beberapa ruksah dan keistimewaan dalam amalan ibadah diberikan oleh Allah kepada golongan Syiah melalui wahyu kepada Imam-Imam termasuklah solat jamak-qasar dan kahwin mutaah.

Sebagai orang Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama kita. Islam agama yang mudah dan adil. Islam tidak akan menganiaya penganutnya. Saya dengan ilmu yang sedikit ini, tidak berani untuk mengulas lanjut, dikhuatiri menyebarkan fitnah. Sama-samalah kita belajar. Wallahuaklam.

Khamis, 14 November 2013

Asyura di Lubnan

Salam Asyura rakan-rakan semua. Semoga segala ibadah yang kita laksanakan dalam menyambutnya diterima Allah, in sha Allah. Jadi kali ini aku berhajat untuk berkongsi sambutan Asyura di sini, khasnya oleh penduduk tempatan. Sebab macam yang kita semua maklum, majoriti di selatan Lubnan adalah golongan Syiah.

Asyura ni adalah sambutan yang besar di Lubnan. Sejak 1 muharam, orang-orang Syiah berkumpul dari petang hingga malam, berpakaian serba hitam. Imam-imam akan membaca khasidah, kisah sedih tentang pembunuhan saidina Hussien, kisah saidatina Aisyah, juga Saidina Ali. Perhimpunan ini ada coverage dalam berita dan tv live.

Kemuncak keraian adalah 10 Muharam, iaitu semalam.  Perhimpunan yang lebih besar, masak bubur asyura ramai-ramai, khasidah yang lebih feeling sampai menangis-nangis, dan kali ini, ada dikalangan mereka akan menetak kepala mereka sendiri dengan parang. Sampai berdarah-darah! Kemudian, mereka akan ambil apa yang kelihatan seolah-olah zink yang dipotong memanjang dan melibas-libas badan mereka sendiri! Pun sampai berdarah-darah!

Siang tadi, Rumah Sakit ATM (RSAT) Malbatt dikunjungi oleh seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Dia dibawa oleh anak lelakinya, umur lewat 20an. Kepalanya terbelah, ada 3 belahan dan minta doktor kita jahitkan. Daripada perbualan doktor dengan lelaki itu (dengan bantuan juru bahasa), dia kata memang setiap tahun dia akan tetak kepalanya. Biasanya dia tidak akan jumpa doktor tapi kali ini memandangkan darah tidak berhenti, dia dipaksa anaknya untuk datang. Kena 8 jahitan.

Orang Syiah menganggap perbuatan mencederakan diri macam tu dapat membantu mereka lebih menghayati penderitaan yang dialami oleh Saidina Hussien dan lain-lain Ahlul Bait yang dibunuh. Menjadikan mereka lebih insaf, dan lebih taat kepada agama. I reserve my comment and let you think of it yourselves.

Jadi, malam tadi warga Malbatt turut mengadakan sambutan Asyura. Kami berkumpul, jemaah maghrib dan ada sedikit pengisian pasal Asyura oleh Ustaz Jamal KAGAT. Ustaz menceritakan yang puasa di hari Asyura turut dilaksanakan oleh orang yahudi bagi mengenang peristiwa Nabi Musa membelah lautan dan selamat daripada Firaun.

Bagi umat Islam pula, Hari Asyura adalah hari yang istimewa kerana banyak perkara berlaku pada 10 Muharam termasuklah kejadian bumi, turunnya nabi Adam ke bumi, peristiwa bahtera nabi Noh, nabi Yunus terkeluar dari perut ikan, nabi Ayob sembuh dari penyakit dan kiamat juga dikatakan akan berlaku pada 10 Muharam.

Menurut Ustaz lagi, daripada kitab (lupa tajuk) yang soheh, ada 2 orang ulama besar Syiah telah mengaku yang sebenarnya Saidina Hussien dibunuh oleh kaum Syiah sendiri. Ini adalah kerana ketika berlaku perselisihan antara beliau dan Muawiyah, beliau mengambil keputusan untuk menyerahkan tampok kepimpinan kepada Muawiyah daripada berperang sesama Islam. Kaum Syiah senang dengan berita ini lalu membunuh Saidina Hussien. Mereka kemudian menyesal dengan perbuatan tersebut, maka tindakan mencederakan diri sendiri pada 10 Muharram sebenarnya untuk menzahirkan kekesalan atas tindakan mereka. (Sila rujuk kepada sumber yg lebih meyakinkan untuk kisah yang lebih tepat.)

Sebagai umat Islam, aku sangat sedih dengan keadaan umat kita yang berpecah belah ini. Ulama-ulama sentiasa berusaha untuk menyatukan kita dengan pelbagai cara. Tapi hidayah itu dari Allah. Allah beri kepada orang yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun, kita perlulah usaha untuk dapatkannya, kekalkannya dalam diri kita, dan jika mampu, kita kongsi dengan rakan-rakan Islam dan bukan Islam. Syukur Malaysia masih aman.

Khamis, 7 November 2013

Tugas Luar

Selepas 8 hari aku duduk dalam kem, akhirnya aku berpeluang untuk tugas luar. Malbatt ditempatkan di 4 buah kem sekitar selatan Lubnan ni. Buat masa sekarang, kem induk adalah yang aku duduk sekarang ni, kat Tibnine. Kami akan berpindah ke kem Marakah tahun hadapan. Jadi aku diajak ke sana untuk tengok site.

Gambar pertama adalah gambar FFR Land Rover. Nampak mantap tak? Dah buruk tu. Kalau dibandingkan dengan battalion lain, semua dah pakai kenderaan kalis peluru. Memang formaliti, kalau komandan / pegawai nak travel kat sini, akan di escort dgn FFR di depan dan belakang. Yang naik FFR ni adalah team Combat Rescue Team (CBT) yang terdiri daripada komando, Paskal dan Paskau.

Gambar kedua dan ketiga adalah gambar team konvoi baca doa dulu sebelum bertolak. Yang pakai vest hitam tu semua geng CBT la. Muka maintain garang. Yang pakai loreng hijau pelik tu adalah Komander Malbatt. Oh,aku belum cerita struktur Malbatt eh? Nantinaku cerita dlm entri akan datang. Komander pakai baju loreng baru ATM. Loreng digital namanya. Kononnya lebih camouflage dan tak dapat dikesan walaupun oleh night vision.

Gambar keempat adalah dalam FFR yang mana dipasang pemegang rifle. Ada 3 rifle dlm FFR aku + setiap orang dlm FFR aku (4 orang) kecuali aku; ada handgun. Lepas semua sedia, kami pun bertolak.

Perjalanan mengambil masa 1 jam. Kami melalui kawasan pekan. Kereta yang paling banyak aku nampak adalah jenis Renault dan Volkswagon; minivan. Yang macam Kangoo tu.selain daripada tu, banyak juga BMW dan mercedes selain Honda dan Toyota. Honda Toyota ni mana2 pun banyak. Dan memandangkan kwsn dia kering dan berdebu, ditambah lagi bekalan air susah, kete dorang kotor, n dorang x kisah pun.

Walaupun kawasan ni kawasan perang, tapi life still goes on.mcm di gambar, still ada life. Tapi maaflah kalau gambar x best. Kitorang mmgbtak dibenarkan ambil gambar sbnrnya. Setakat mcm tu je yang boleh. Orang-orang Lubnan memang cantik dan kacak-kacak. Aku terasa macam org bangla di Malaysia pulak. Huhuu..

Kat Lubnan ni, memang x banyak cukai. Road tax pun xde. Penguatkuasaan kat kawasan ni pun kurang. Yela kan, kwsn perang. Nk kuatkuasa mcmane lagi. Banyak kereta motor xde no plat pun. Helmet x wajib pakai. Even kami ada nampak 1 kedai jual senapang. Siap ada sekumpulan remaja baru keluar dgn senapang lagi. Rileks je.

Itu jela sikit sebanyak pengalaman aku keluar kem. Bersyukurlah kita Malaysia masih aman. Hehehe..

Isnin, 4 November 2013

Latar Politik Lubnan

Ada yang tegur minta aku post gambar. I would love to tapi atas dasar keselamatan, aku tak dibenarkan. Kalau musuh tahu keadaan kem Malbatt, peralatan yang kita ada, kantoi la. Hahaha.. tapi insyaallah kalau ada gambar yang sesuai, aku akan share.

Seperti yang aku dah janjikan dalam beberap entri awal, aku nak cerita pasal Lubnan punya political setting. Ini apa yang aku faham hasil daripada bacaan, perbualan dengan risik Mindef dan orang tempatan. I could be wrong so jangan jadikan rujukan thesis ok. Hahahaa..

Lebanon asalnya adalah dibawah jajahan kerajaan Turki Uthmaniah sebelum kejatuhannya pada 1918. Dalam perang dunia 1, Lubnan diperintah oleh Perancis. Lubnan mendapat kemerdekaan pada 22
Nov 1943. Kuasa pemerintahan diberikan kepada kristian sebagai presiden dan Islam Sunni sebagai Perdana Menteri manakala Islam Syiah sebagai speaker parlimen.

Alamak, aku dah nampak dah tanda-tanda bosan di muka korang. Ye la, sejarah kan? Hehehee.. takpe, ni dah masuk part best ni.

Tekanan Israel ke atas Palestin menyebabkan ramai pelarian Palestin duduk kat Selatan Lubnan. Majoriti Islam Sunni. Jadi bilangan Islam Sunni makin ramai. Pada masa yang sama, Islam syiah pun tak happy sebab post speaker ninkuasa tak besar sangat. Minta la sokongan daripada Islam Syiah dari Syria. Jadi, dalaman dah ada konflik.

Dalam tengah konflik dalaman, ada la pulak geng Pro-Palestin serang Israel. Israel pun ape lagi. Mengamuk la dia. Terus serang Selatan Lubnan sampai ke Litani River. Besar jugak tu. Melibatkan 2,3 negeri. Cerita pasal serangan Israel telah dibincangkan dalam entri awal dulu.

Menurut orang tempatan yang sempat aku berbual (Islam Syiah), dia menyalahkan politician. Di Lubnan, ramai self claim imam n tokoh agama jadi politician. Yela, quran tu bahasa dorang. Semua boleh hafal ayat quran. Budak yang borak dgn aku ni pun selambe je hurai 2,3 ayat quran dpn aku. Dia kata politician yang sengaja gunakan isu agama untuk dapatkan sokongan. Yela, kalau ckp buat demi agama, akan masuk syurga, orang sanggup mati pun.

Pengajarannya kat sini, politician ni pengaruh dia besar ke atas rakyat. Sekali dah dicucuk sentimen, susah nak tarik balik. Daripada pemerhatian, rakyat tempatan boleh hidup dengan aman bersama. Tapi bila sekali sentimen dimainkan oleh politician, dorang mula bertelagah. Apalah maknanya ayam menang sekiranya kampung sendiri tergadai.

Ahad, 3 November 2013

Cara Tentera 1

Sebagai satu-satunya pegawai awam dalam misi ini, aku senestinya kena ikut sistem pengurusan tentera. Macam semua sistem lain, tentu sekali ada yang baik dan ada yang kurang. Untuk rujukan aku dan kawan2, aku akan share apa yang aku rasa patut dicontohi setiap kali aku alaminya dengan tajuk 'Cara Tentera'.

Straight To The Point

1. Hari pertama aku masuk pejabat, aku dipanggil oleh komander di mess pegawai masa makan. Dia ajak makan bersama. Kemudian, dia terus beritahu aku yang dia nak aku terlibat dengan semua aktiviti bersama dengan pegawai-pegawai tentera lain.

2. Dalam mesyuarat komander (CDU) bil 1, komander maklumkan kepada semua yang dia 'tidak gembira' dengan cara pelaporan yang dibuat oleh pegawai-pegawainya kini. Dia terus memaklumkan hasratnya dan apa yang dia kehendaki dengan nada tegas tapi rasional.

3. Mengikut SOP, perkara pertama perlu dibuat dalam pengurusan aset adalah melantik pegawai aset dan penubuhan lembaga pemeriksa. Aku pun draf surat meminta SO 1 (Lt. Kol) untuk namakan pegawai yang hendak dilantik. Aku minta PS 1 (Mejar) untuk proof read dan hasilnya, surat aku katanya terlalu mendayu-dayu. Draf baru lebih padat dan straight to the point.

Kesimpulan,
Dalam perkhidmatan kini, kita terlalu menekankan 'kesopanan dan kesusilaan'. Waima dalam aku menulis entry ni pun aku dok jaga 'kesopanan dan kasusilaan' aku. Tu yang lama nk buat 1 entri pun tu hehehee. Tidak salah. Tapi ia tidak sepatutnya menjejaskan produktiviti.

Ada orang kata tentera ni tak jaga hati, sebab tu la boleh direct macam tu. Aku berpendapat, sekiranya kita dapat beri rasional arahan kita yg direct tu, pasti tak ada hati yang terguris. Tapi kenalah siasat terlebih dahulu. Dan gunakan perkataan yang positif.

Jumaat, 1 November 2013

The mission

It's 2000h and i just arrived from my office. Late. But my colleague Capt. Zul is still there. And the other officers are in a meeting with the Commander. So actually, i'm the earliest to be in my room.

Wah,semangat aku cakap english, tersampuk aura meeting CDU (Commander Daily Update) la ni. Hehehe. Budaya kerja tentera memang tak sama dengan kita awam ni kerja. Dari pandangan aku, banyak yang kita boleh contohi. Tapi, aku tak nak cerita pasal budaya kerja dulu. Lagipun baru day 3, tak adil aku hurai dengan pemerharian 3 hari ni.

Kali ini aku nak cerita pasal misi ini dan bagaimana Malbatt beroperasi.

Sebagai Peacekeeper, fungsi utama Malbatt dan mana-mana batt lain yang datang ke misi adalah membuat rondaan keselamatan di sekitar kawasan sempadan Lebanon-Israel. Rondaan bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak sama ada dari Lebanon, Israel atau lain-lain yang cuba membuat serangan / mencetuskan perbalahan.

Dalam kawasan operasi Malaysia, terdapat kira-kira 75,000 orang penduduk termasuk pelarian dari Syria dan Palestin. Kepelbagaian ini menyumbang kepada banyak faktor yang boleh mencetus kepada perbalahan. Krisis politik, fahaman agama serta tindakan israel antara perkara yang akan aku ceritakan dalam entry akan datang.

Jadi, watak utama dalam Malbatt ini adalah anggota peronda atau kami panggil combat team. Rondaan dibuat setiap hari, mengikut kawasan yang telah ditetapkan dan laporan perlu dibentangkan kepada komander setiap hari. Rondaan dibuat secara on foot dan on wheel bergantung kepada kawasan.

Dikisahkan, terdapat salah satu platun combat team yang membuat rondaan di kawasan Brasit telah dikepung oleh Hizbullah. Hizbullah bertindak merampas barangan peribadi milik pasukan tersebut seperti wang dan telefon bimbit dan kemudian melepaskan mereka. Sebagai peacekeeper, kita tidak boleh memulakan serangan kecuali mempertahankan diri.

Lain-lain ancaman adalah penerimaan masyarakat setempat. Berbanding pasukan negara lain, Malbatt lebih disenangi dan diterima penduduk tempatan. Penerimaan ini dipercayai kerana Malbatt majoriti beragama Islam, sama seperti majoriti penduduk tempatan. Tetapi sebahagian yang tidak menerima kemasukan tentera UN kadang kala bertindak agresif dengan membaling batu atau membuat provokasi ke atas pasukan. Yang ini pun kita kena sabar dan tidak ambil apa-apa tindakan selagi belum diancam.

Untuk kes ini, Malbatt ada memperkenalkan CiMiC atau Civilian Military Connection (tak berapa yakin nama penuh dia). CiMiC adalah program / aktiviti yang diatur oleh komander untuk mendekati penduduk tempatan.

Buat masa kini, Malbatt ada menawarkan bantuan perubatan percuma kepada penduduk sekitar. Pasukan juga menjemput penduduk tempatan untuk masuk ke kawasan kem setiap hujung minggu untuk membuat jualan ala-ala pasar malam dipanggil 'murah-murah'. Lain-lain program dan aktiviti biasanya di rancang bersama mayor bandar berkenaan dan tertumpu kepada kawasan yang dirasakan memberi ancaman kepada Malbatt.

Banyak lagi aku nak kongsi tapi akan aku ceritakan dalam entry yang lain pula. Doakan keselamatan dan kejayaan misi kami :-)