Bila cakap pasal negara Lubnan, kita tak boleh lari daripada bercakap tentang Hizbullah. Hizbullah atau 'Parti Allah' merupakan parti politik separa military yang ditubuhkan sekitar tahun 1985 iaitu ketika Israel menyerang dan 'menawan' selatan Lubnan. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengusir keluar Israel daripada Lubnan, dan menuntut kebebasan untuk kerajaan mentadbir negara tanpa campur tgn pihak luar. Hizbullah diterajui oleh golongan Islam Syiah. Tapi, memandangkan perjuangannya untuk menentang Israel, ramai orang Arab, termasuk Kristian dan Sunni join sama. Pada awal penubuhan, Hizbullah merupakan pasukan militan semata-mata. Dana, bekalan senjata serta laithan dibekalkan oleh Iran dgn sokongan daripada Syria. Hizbullah mengangkat Ayatollah khomeini sebagai idola mereka.
Tahun 2000, Israel keluar daripada Lubnan sepenuhnya. Apa jadi dgn Hizbullah? Dengan pengikut yang ramai dan pengaruh yang besar, ramai pemimpin Hizbullah berjaya menjadi ahli parlimen. Seterusnya, mereka mendaftar Hizbullah sebagai parti politik. Jadi Hizbullah merupakan pertubuhan yg sah, dan bersenjata! Kan salah satu matlamat Hizbullah adalah nak menuntut kebebasan kerajaan mentadbir? Jadi Hizbullah berpendapat syarat perlembagaan menetapkan kristian sbgi presiden adalah salah, maka mereka menentang sistem tersebut.
Memandangkan sistem politik di Lubnan ni dah dipecah ikut agama, maka Hizbullah ni kena rebut kerusi dengan parti syiah yang lain. Seteru utama Hizbullah dulu adalah parti Amal. Masalah dengan politik agama ni adalah sebab agama itu kepercayaan, pegangan hidup. Bila main dengan sentimen kepercayaan, dia akan sangat attach dengan diri individu itu sampaikan adik-beradik boleh berbunuh kerana berbeza parti politik. Ye la, bila satu pihak dakwa pihak ni sesat, musuh kepada agama, bunuh dapat pahala. To make things worst, Hizbullah ada senjata. Tapi itu tak significant pun, sebab sejak selatan Lubnan ni diisytihar kawasan perang, senjata boleh dibeli di tepi jalan. Tak ada kastam nak rampas, tak ada polis nak halang. Pertengkaran Hizbullah - Amal pernah sangat tegang sampaikan each parti pernah hubungi pihak luar macam Amerika dan negara-negara arab lain untuk perangi lawan masing-masing. Tapi sekarang dah baik, sebab diorang diorang dah buat agihan kerusi. Nampak tak punca gaduh apa?
Hizbullah kini yang dipimpin oleh Hassan Nasrullah masih lagi berpegang kepada Syiah. Kekuatan Hizbullah dikatakan lebih besar daripada Lebanese Armed Forces (LAF). Hizbullah masih lagi memerangi Israel, maka dia ada hubungan baik dengan pertubuhan2 yang anti Israel ni macam, Hamas, Fatah, Palestine Liberation Organization dan lain-lain. Hizbullah ada siaran tv dan radio sendiri. Maknanya dia sangat-sangat besar. Besarnya dia ni secara tak langsung jadi ancaman kepada penduduk tempatan. Ye la, dorang boleh buat apa saja yang dorang rasakan betul sbb dorang lagi besar daripada polis, drp tentera lubnan. Ada orang tempatan cakap dgn aku, kalaupun dia rasa dasar / tindakan yang pemimpin Hizbullah buat tu nampak bodoh, dia tak boleh nak luahkan pendapat dia, apa lagi nak tulis dlm fb. Sbb they can take justice with their own hand. Ada yang kata, Hizbullah macam kanser dalam badan, ia merebak dan membunuh dari dalam. Keras dakwaan itu.
Diceritakan, ketika salah satu combat team Malbatt melakukan rondaan rutin, mereka ditahan oleh Hizbullah. Selepas soal jawab (rasanya xde outcome sbb sorg ckp arab, sorg cakap melayu), barangan peribadi milik tentera dirampas, habisla henpon, wallet diorang semua.
Aku sendiri pun ada pengalaman. Duta Malaysia di Lubnan ada lawatan rasmi ke Sektor East. Selesai urusan, beliau bertolak balik ke beirut, 2 kereta Malbatt yg terdiri daripada komando escort kereta duta. Aku sibuk ikut sama. Masa tu dah malam. Perjalanan dari sektor east ke highway beirut adalah dlm 2 jam lalu kawasan perumahan, selang-seli kawasan lereng bukit mcm jalan cameron highland.
Dalam kegelapan tu, navigator tersilap ambil simpang n kami semua ikut. Slps 20m, kami sedar kami silap n nk buat u-turn. Tiba2 beberapa orang arab, bertatu, naik motor terus ke arah kereta Tuan Duta! Nasib baik driver duta tu org arab, so boleh cakap n komando kami ni org yg cool. Kami perasan yang orang2 arab ni bersenjata. Kami bagitau kami silap jalan, n kami beredar.
Point ak kat sini adalah diorang ni berani. Walaupun dorang tahu kami ni tentera, dan kami ada senjata, diat tetap berani nak approach kami. Bayangknlah apa mereka boleh buat kepada penduduk tempatan.
Saya tak kata Hizbullah pertubuhan yang jahat. Sebab baik dan jahat, betul dan salah adalah subjektif. Kecuali jika ia melanggar al-Quran dan Sunnah, maka itu memang salah. Tapi, dalam setandan pisang, pasti ada yang busuk. Rakyat hidup dalam ketakutan daripada ancaman dalaman bukanlah perkara yang baik. Semoga Allah beri rahmat kepada negara kita dan kekal aman sentosa, Amin.